Najib Mahu Lantik Queen S Counsel Kerana Rayuan Src Libat Isu Kompleks


Oleh Bernama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengadakan sidang media berkenaan kes pecah amanah terhadap dana syarikat SRC International Sdn. Bhd di Bukit Tunku, bulan lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid Hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melantik Peguam Diraja dari United Kingdom atau Queen’s Counsel kerana Peguam Diraja mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk membantu beliau dalam isu dan persoalan perundangan yang kompleks dalam rayuannya untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.
Perkara itu didedahkan dalam surat enam halaman yang dikeluarkan peguam Najib daripada Shafee & Co. kepada sekretariat Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini.
Dalam salinan surat yang dikeluarkan kepada media hari ini, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata memandangkan rayuan itu melibatkan isu dan persoalan undang-undang yang kompleks serta dianggap baharu di Malaysia dan Komanwel, perayu (Najib) memerlukan nasihat dan kepakaran daripada Peguam Diraja berpengalaman yang telah mengendalikan isu-isu kompleks ini.
Pelantikan Peguam Diraja itu akan dibuat secara ad-hoc selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah Malaysia.
Selain itu, beliau berkata mereka juga memohon Mahkamah Persekutuan tidak menetapkan tarikh awal untuk pendengaran rayuan itu kerana mereka memerlukan masa untuk menterjemahkan nota dan dokumen mahkamah yang dikaitkan dengan kes itu dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris, bagi membolehkan beliau dan peguam kanan lain memberi taklimat kepada Peguam Diraja mengenai rayuan itu.
“Oleh itu perayu memerlukan masa, selepas menerima rekod rayuan untuk membekalkan (rekod) yang sama kepada Peguam Diraja di London,” kata peguam.
Muhammad Shafee berkata pihak-pihak masih belum menerima rekod penuh rayuan berhubung kes itu dan menyatakan sudah ada 121 jilid dokumen dari Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, yang menunjukkan bahawa ia mungkin meningkat di mahkamah tertinggi negara.
“Memandangkan pihak-pihak tidak dibekalkan dengan rekod penuh rayuan, perayu tidak dapat menyediakan Petisyen Rayuan yang lengkap kerana kami perlu meneliti rekod rayuan,” katanya dan menambah mereka memerlukan lanjutan masa untuk memfailkan petisyen rayuan. 
“Justeru, kami percaya penetapan tarikh awal untuk mendengar rayuan ini  akan menyebabkan prejudis kepada perayu terutama memandangkan bahawa ia adalah rayuan terakhir. Perayu perlu diberi masa yang cukup untuk membuat persediaan dan bukannya rayuan dipercepatkan. Perayu merasakan rayuannya dijalan dengan tergesa-gesa tanpa alasan yang kukuh. Persepsi adalah sangat penting kepada imej badan kehakiman,” katanya.
Berhubung dua rayuan bekas perdana menteri itu, untuk menambah bukti baharu dan rayuan utama, peguam kanan itu berkata ia adalah satu keperluan untuk mengadakan perbicaraan berasingan dengan jurang masa yang ketara antara kedua-dua proses.
“Kami memohon pertimbangan baik Yang Arif bagi suatu tempoh wajar untuk mendengar kedua-dua rayuan. Kami tidak yakin sebarang tarikh pada April, Mei atau Jun adalah bersesuaian. Bagaimanapun, rayuan bukti tambahan boleh dipersetujui pada tarikh semasa yang telah ditetapkan,” katanya. 
Semalam mahkamah menetapkan 15 dan 16 Mac untuk mendengar rayuan Najib bagi mengemukakan bukti baharu. 
Mahkamah juga menetapkan 28 Jan untuk pengurusan kes seterusnya bagi menentukan langkah berikutnya untuk rayuan utama.
Pada 7 Dis lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi rayuannya dalam kes SRC dengan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baharu diperlukan untuk keadilan dalam kes itu.
Sehari selepas itu, mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 28 Julai 2020.
Pada hari sama, Najib, 69, memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/najib-mahu-lantik-queens-counsel-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Src Appeal Najib Directed To Apply For Uk Queen S Counsel By May 20

Src Appeal Najib Directed To Apply For Uk Queen S Counsel By May 20

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 278 hits
The Federal Court gave Najib Abdul Razak until May 20 to file an application for admission of a Queen s Counsel from the United Kingdom to submit in his appeal in the RM42 million SRC International graft case The apex court gave this direct...
Najib To Engage Queen S Counsel For Src Appeal

Najib To Engage Queen S Counsel For Src Appeal

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 195 hits
Najib Razak s lawyers will write to the Federal Court on their intention to bring in a Queen s Counsel from the UK to appear in his final appeal PUTRAJAYA Najib Razak intends to engage a Queen s Counsel from the UK to appear in his final ap...
Peguam Jelaskan Mengapa Najib Lantik Peguam Diraja Dalam Rayuan Src

Peguam Jelaskan Mengapa Najib Lantik Peguam Diraja Dalam Rayuan Src

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 149 hits
Peguam Najib turut memohon mahkamah tidak menetapkan tarikh awal pendengaran rayuan kerana memerlukan masa untuk menterjemahkan dokumen mahkamah yang dikaitkan dengan kes itu Bekas perdana menteri Najib Razak Gambar Bernama Hasrat Najib Raz...
Tiada Sebab Untuk Tergesa Gesa Dalam Rayuan Akhir Src Najib Shafee

Tiada Sebab Untuk Tergesa Gesa Dalam Rayuan Akhir Src Najib Shafee

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 141 hits
Tiada sebab untuk tergesa gesa dalam rayuan akhir SRC Najib Shafee Rayuan akhir Najib Razak untuk membatalkan sabitan terhadap kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd tidak harus dibuat tergesa gesa kerana dokumen kritika...
March 15 Hearing Of Najib S Appeal To Adduce Fresh Evidence In Src Case

March 15 Hearing Of Najib S Appeal To Adduce Fresh Evidence In Src Case

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 136 hits
The Federal Court has fixed two days from March 15 to hear Najib Abdul Razak s appeal to adduce fresh evidence in the RM42 million SRC International corruption case The apex court registry today has also yet to fix a hearing date of the for...
Isu Bantuan Wang Ihsan Ramai Mangsa Banjir Beratur Panjang Kecewa Di Arah Tunggu Sms

Isu Bantuan Wang Ihsan Ramai Mangsa Banjir Beratur Panjang Kecewa Di Arah Tunggu Sms

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 213 hits
KUANTAN Rata rata mangsa banjir yang ditemui di pusat agihan Bantuan Wang Ihsan dekat sini kecewa dengan sistem agihan yang tidak sistematikApa tidaknya agihan bantuan yang sepatutnya berjalan lancar itu masih lagi dicemari dengan insiden i...
Teruknya Ramai Selebriti Korea Kritik Isu Penderaan Haiwan Dalam The King Of Tears Yi Bangwon

Teruknya Ramai Selebriti Korea Kritik Isu Penderaan Haiwan Dalam The King Of Tears Yi Bangwon

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 196 hits
Minggu lalu industri hiburan Korea membanjiri drama The King Of Tears Yi Bangwon dengan kritikan selepas didakwa mendera kuda yang digunakan di dalam penggambarannya ARTIKEL BERKAITAN Aksi kuda itu yang dipaksa untuk jatuh menimbulkan keris...
Saya Masih Terhutang Dengan Peminat Jay Park Jawab Soalan Peminat Tentang Isu Bersara

Saya Masih Terhutang Dengan Peminat Jay Park Jawab Soalan Peminat Tentang Isu Bersara

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 191 hits
Berita gembira buat peminat Jay Park ARTIKEL BERKAITAN Pada tahun lepas peminat telah dikejutkan dengan berita bahawa Jay Park akan meletakkan jawatan sebagai CEO kepada label ciptaannya AOMG dan H1GHR MUSIC Tidak lama selepas itu Jay Park ...
Prn Johor Ph Capai Konsensus Isu Logo Kerusi

Prn Johor Ph Capai Konsensus Isu Logo Kerusi

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 200 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini telah mencapai kata sepakat dan menyelesaikan mengenai pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Johor Menurut Majlis Presiden kerusi kerusi tersebut muktamad diagih agihkan sesama komponen PH Mes...
Catatan Hujung Minggu

Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad

3 Top Rated Things To Do In Jakarta

Jengah Kebun Melihat Tanaman



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Penjawat Awam Ditahan Salah Guna Jawatan Luluskan Rm12 000 Untuk Kegunaan Diri

Berkait Rasuah Di Perlis Sprm Cadangkan Seorang Suspek Didakwa

Beware Misplaced Trust In Pseudo Intellectuals

Menu Tengahari Sup Ayam Ala Thai Kobis Goreng

Undang Luak Rembau Selamat Dikebumikan

Siri Oppo Reno12 Akan Dilancarkan Di China Pada 23 Mei