Peguam Jelaskan Mengapa Najib Lantik Peguam Diraja Dalam Rayuan Src


 Bernama
Peguam Najib turut memohon mahkamah tidak menetapkan tarikh awal pendengaran rayuan kerana memerlukan masa untuk menterjemahkan dokumen mahkamah yang dikaitkan dengan kes itu.

Bekas perdana menteri Najib Razak. Gambar: Bernama Hasrat Najib Razak untuk melantik peguam diraja dari United Kingdom kerana peguam diraja mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk membantu beliau dalam isu dan persoalan perundangan yang kompleks dalam rayuannya untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.
Perkara itu didedahkan dalam surat enam halaman yang dikeluarkan peguam Najib daripada Shafee & Co. kepada sekretariat Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat semalam.
Dalam salinan surat yang dikeluarkan kepada media semalam, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata memandangkan rayuan itu melibatkan isu dan persoalan undang-undang yang kompleks serta dianggap baru di Malaysia dan Komanwel, perayu (Najib) memerlukan nasihat dan kepakaran daripada Peguam Diraja berpengalaman yang telah mengendalikan isu-isu kompleks ini.
Pelantikan peguam diraja itu akan dibuat secara ad-hoc selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah Malaysia.
Selain itu, beliau berkata mereka juga memohon Mahkamah Persekutuan tidak menetapkan tarikh awal untuk pendengaran rayuan itu kerana mereka memerlukan masa untuk menterjemahkan nota dan dokumen mahkamah yang dikaitkan dengan kes itu dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris, bagi membolehkan beliau dan peguam kanan lain memberi taklimat kepada peguam diraja mengenai rayuan itu.
“Oleh itu perayu memerlukan masa, selepas menerima rekod rayuan untuk membekalkan (rekod) yang sama kepada peguam diraja di London,” kata peguam.
Shafee berkata pihak-pihak masih belum menerima rekod penuh rayuan berhubung kes itu dan menyatakan sudah ada 121 jilid dokumen dari Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, yang menunjukkan bahawa ia mungkin meningkat di mahkamah tertinggi negara.
“Memandangkan pihak-pihak tidak dibekalkan dengan rekod penuh rayuan, perayu tidak dapat menyediakan petisyen rayuan yang lengkap kerana kami perlu meneliti rekod rayuan,” katanya dan menambah mereka memerlukan lanjutan masa untuk memfailkan petisyen rayuan.
“Justeru, kami percaya penetapan tarikh awal untuk mendengar rayuan ini akan menyebabkan prejudis kepada perayu terutama memandangkan bahawa ia adalah rayuan terakhir. Perayu perlu diberi masa yang cukup untuk membuat persediaan dan bukannya rayuan dipercepatkan. Perayu merasakan rayuannya dijalan dengan tergesa-gesa tanpa alasan yang kukuh. Persepsi adalah sangat penting kepada imej badan kehakiman,” katanya.
Berhubung dua rayuan bekas perdana menteri itu, untuk menambah bukti baru dan rayuan utama, peguam kanan itu berkata ia adalah satu keperluan untuk mengadakan perbicaraan berasingan dengan jurang masa yang ketara antara kedua-dua proses.
“Kami memohon pertimbangan baik Yang Arif bagi suatu tempoh wajar untuk mendengar kedua-dua rayuan. Kami tidak yakin sebarang tarikh pada April, Mei atau Jun adalah bersesuaian. Bagaimanapun, rayuan bukti tambahan boleh dipersetujui pada tarikh semasa yang telah ditetapkan,” katanya.
Semalam mahkamah menetapkan 15 dan 16 Mac untuk mendengar rayuan Najib bagi mengemukakan bukti baru.
Mahkamah juga menetapkan 28 Januari untuk pengurusan kes seterusnya bagi menentukan langkah berikutnya untuk rayuan utama.
Pada 7 Disember lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi rayuannya dalam kes SRC dengan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baharu diperlukan untuk keadilan dalam kes itu.
Sehari selepas itu, mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.
Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 28 Julai 2020.
Pada hari sama, Najib, 69, memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/peguam-jelaskan-mengapa-najib-lantik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Mahu Lantik Queen S Counsel Kerana Rayuan Src Libat Isu Kompleks

Najib Mahu Lantik Queen S Counsel Kerana Rayuan Src Libat Isu Kompleks

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 138 hits
Oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengadakan sidang media berkenaan kes pecah amanah terhadap dana syarikat SRC International Sdn Bhd di Bukit Tunku bulan lalu GAMBAR Abd Razak Aid Hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melantik Peguam...
Tiada Sebab Untuk Tergesa Gesa Dalam Rayuan Akhir Src Najib Shafee

Tiada Sebab Untuk Tergesa Gesa Dalam Rayuan Akhir Src Najib Shafee

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 140 hits
Tiada sebab untuk tergesa gesa dalam rayuan akhir SRC Najib Shafee Rayuan akhir Najib Razak untuk membatalkan sabitan terhadap kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd tidak harus dibuat tergesa gesa kerana dokumen kritika...
Src Appeal Najib Directed To Apply For Uk Queen S Counsel By May 20

Src Appeal Najib Directed To Apply For Uk Queen S Counsel By May 20

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 276 hits
The Federal Court gave Najib Abdul Razak until May 20 to file an application for admission of a Queen s Counsel from the United Kingdom to submit in his appeal in the RM42 million SRC International graft case The apex court gave this direct...
March 15 Hearing Of Najib S Appeal To Adduce Fresh Evidence In Src Case

March 15 Hearing Of Najib S Appeal To Adduce Fresh Evidence In Src Case

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 135 hits
The Federal Court has fixed two days from March 15 to hear Najib Abdul Razak s appeal to adduce fresh evidence in the RM42 million SRC International corruption case The apex court registry today has also yet to fix a hearing date of the for...
Najib To Engage Queen S Counsel For Src Appeal

Najib To Engage Queen S Counsel For Src Appeal

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 193 hits
Najib Razak s lawyers will write to the Federal Court on their intention to bring in a Queen s Counsel from the UK to appear in his final appeal PUTRAJAYA Najib Razak intends to engage a Queen s Counsel from the UK to appear in his final ap...
Nak Lantik Peguam Dari Uk Untuk Apa

Nak Lantik Peguam Dari Uk Untuk Apa

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 191 hits
DS Najib sudah tewas 2 peringkat mahkamah mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan dengan keputusan 4 0 Ini bermakna para hakim tidak berselisih pendapat langsung tentang hukuman yang telah dijatuhkan ke atas DS Najib Kami khuatir permohonan mel...
Remaja Dimandikan Macam Jenazah Lantik Peguam Prosiding Semakan Jenayah 17 Januari Ini

Remaja Dimandikan Macam Jenazah Lantik Peguam Prosiding Semakan Jenayah 17 Januari Ini

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 166 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 15 2022Daniel Iskandar remaja yang dimandikan seperti jenazah hari ini melantik Tetuan Hariz Syakinah Co bagi mewakili dirinya dengan bantuan Peguam Peguam Muslim Malaysia Menurut Presiden PPMM Datuk Zainul Ri...
Muhyiddin Dedah Butiran Permintaan Najib Untuk Percubaan Campur Tangan Kehakiman Dalam Surat Kepada Peguam

Muhyiddin Dedah Butiran Permintaan Najib Untuk Percubaan Campur Tangan Kehakiman Dalam Surat Kepada Peguam

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 150 hits
MALAYSIA NOW Beliau berkata terdapat permintaan supaya seorang peguam kanan disingkirkan daripada pendakwaan dalam kes rasuah yang sedang berjalan di mahkamah Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mendedahkan butiran untuk menyokong dakwaa...
Peguam Syarie Jelaskan Isteri Perlu Tahu 7 Perkara Ini Tentang Hak Dirinya Sendiri

Peguam Syarie Jelaskan Isteri Perlu Tahu 7 Perkara Ini Tentang Hak Dirinya Sendiri

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 145 hits
Dalam sebuah perkahwinan seorang wanita yang bergelar isteri harus tahu hak mereka Walaupun dalam rumah tangga peranan suami lebih dari isteri tetapi si isteri tak boleh menidakkan haknya sendiri Berkongsi mengenai hal ini Peguam Syarie Kon...
Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

There Is An Awakening

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

App Inarah

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Masih Beraya



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Untukmu Shayang

Pesanan Buat Sang Suami

Lfl Should Defend The Victims Too

1 500 Berarak Ke Dataran Merdeka Tuntut Hak Pekerja

More Than Pools Patios Eric Curtis Landscape Architecture Designs For Life

Dua Lelaki Didakwa Tebang Pokok Robin Hood