Tiada Perkataan Anwar Perlu Minta Maaf Dalam Draf Awal



Kenyataan menggesa pemecatan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Zakaria Abd Hamid mula dipertikaikan apabila terdapat pemimpin yang mendakwa perkataan meminta Presiden PKR Anwar Ibrahim meminta maaf tidak terdapat dalam draf asal.
Anwar juga tidak melayan kenyataan bersama yang ditandatangani 20 pemimpin PKR itu.
Beliau mendakwa, dua pemimpin yang menandatanganinya, naib presiden Tian Chua dan anggota MPP R Sivarasa tidak setuju dengan sebahagian kandungannya.
“Mereka tak setuju bahagian yang meminta saya memohon maaf atas pemecatan Zakaria. Bahagian itu tiada dalam draf.
“Ini bermakna ada sesuatu yang memanipulasi surat itu kerana surat itu tidak betul seluruhnya,” katanya ketika sidang media di Pulau Pinang semalam.
Bagaimanapun Anwar menjawab tidak tahu apabila disoal wartawan siapakah yang disangkanya mengubah kandungan asal tersebut.
“Saya tak tahu tapi timbalan presiden yang tandatangan.
“Kenyataan perlu dipersetujui semua tetapi ada bahagian yang tiada dalam draf. Biar mereka jelaskan perkara itu dulu,” katanya lagi.
Selain Azmin, Tian Chua dan Sivarasa, kenyataan itu turut ditandatangani Amiruddin Shaari, Saifuddin Abdullah dan 13 anggota MPP, termasuk Zakaria sendiri.
Dalam pada itu, Anwar berkata beliau terbuka jika lembaga disiplin PKR ingin menilai semula pemecatan Zakaria, kerana ia adalah hak yang dimiliki semua anggota parti.
“Lebih baik Zakaria membuat rayuannya sendiri terhadap pemecatannya,” kata beliau.
Katanya lagi, isu itu bukan persoalan politik atau pergeseran antara kem tetapi PKR ialah sebuah parti yang berasaskan dasar reformasi, termasuk melawan rasuah.
“Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akui mereka tersilap menghantar surat itu kepada PKR, tetapi mereka tidak menyangkal kandungan surat itu, yang membabitkan Zakaria,” katanya lagi.
Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan kandungan surat SPRM berkenaan Zakaria dengan membacakannya kepada pemberita.
Saifuddin berkata PKR menerima surat itu pada 23 Oktober lalu, yang mana SPRM secara spesifik menyatakan nama pesalah, kesalahan yang dilakukan, tarikh dan lokasi ia didakwa berlaku dan maklumat berkenaan individu yang disoal siasat.
Menurut surat itu, Zakaria – yang merupakan bekas setiausaha politik Menteri Kerja Raya Baru Bian – didakwa menawarkan projek kementerian itu yang bernilai RM20,000.
Beliau berkata keseluruhan surat itu telah ditunjukkan kepada MPP dan tindakan parti sebelum ini berdasarkan pernyataan tuntutan daripada pihak berkuasa berkenaan siasatan rasuah yang tertinggi di negara ini.
Katanya lagi, sepucuk surat kemudian dihantar kepada Zakaria dan beliau diberi masa dua minggu untuk membuat rayuan.
Jika rayuan dibuat, lembaga disiplin akan membuat pertimbangan dan cadangan kepada MPP, katanya lagi.
“Selepas membaca kandungan surat itu, adakah anda fikir kami perlu minta maaf?”
Sebelum sidang media berakhir, Saifuddin ditanya jika PKR sedia berdepan dengan perpecahan besar dalam parti itu ekoran konflik yang berlaku.
“Kami telah menempuhi banyak episod, kami sedia berdepan apa saja,” katanya lagi.
Sidang media itu dibuat selepas Anwar menghadiri program “Dialog Peradaban Islam-Konfusianisme” yang diadakan di Bayan Baru.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/25662

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Mohon Maaf Insiden Semalam

Anwar Mohon Maaf Insiden Semalam

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 305 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre Ayer Keroh Melaka foto IQBAL BASRI AYER KEROH Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan u...
Dede Sunandar Sakit Hati Gara Gara Pekerjaannya Diambil Anwar Nangis Dan Minta Maaf

Dede Sunandar Sakit Hati Gara Gara Pekerjaannya Diambil Anwar Nangis Dan Minta Maaf

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 323 hits
Dede membuat sebuah pengakuan mengejutkan Dede mengaku pernah sakit hati dengan Anwar lantaran pekerjaannya diambil oleh Anwar
Benarkah Perkataan Maaf Mampu Memanjangkan Usia Wanita

Benarkah Perkataan Maaf Mampu Memanjangkan Usia Wanita

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 572 hits
Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu kita jangan pernah melupakan dua perkataan ajaib iaitu terima kasih dan maaf Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa apa tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf...
Dap Di Belakang Anwar Hj Hadi

Dap Di Belakang Anwar Hj Hadi

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 417 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini membayangkan bahawa DAP mahu menjadikan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai boneka mereka dalam kerajaan Menurut Abdul Hadi walaupun DAP menonjolkan Anwar sebagai perdana menteri untuk menggantikan Dr M...
Anwar Di Dewan Rakyat Bukan Istana Negara Laaa

Anwar Di Dewan Rakyat Bukan Istana Negara Laaa

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 324 hits
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menafikan mesej tular mendakwa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Istana Negara untuk mengadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pagi tadi Fahmi tu...
Pasai Apa Anwar Tak Mau Pecat Azmin

Pasai Apa Anwar Tak Mau Pecat Azmin

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 767 hits
Masih ramai lagi yang tanya soalan ini padahal saya dah jawap bulan 7 lepas Membaca politik ini adalah seperti menganalisa permainan catur grandmaster vs master Kadang kadang kita tengok sepatutnya dia dah boleh checkmate lawan tapi kenapa ...
Kroni Anwar Dah Boleh Bersiap Sedia Untuk Isi Tempat

Kroni Anwar Dah Boleh Bersiap Sedia Untuk Isi Tempat

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 308 hits
Cuma tolong sabar sikit Takut Takut apa pun tak dapat kalau gelojoh Sekarang ni muncul pula nama Hisham dan ku li sebagai calon PM8 Guano LIM GUAN eng kata Mahathir maklumkan dia masih sihat
Perjumpaan Azmin Pkr Saya Tak Dijemput Kata Anwar

Perjumpaan Azmin Pkr Saya Tak Dijemput Kata Anwar

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 403 hits
Diterbitkan Hari ini 4 22 petangBERITATidak banyak yang dinyatakan Anwar Ibrahim ketika sebahagian ahli parlimen dan pemimpin PKR disebut sebut mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali petang ini Presiden PKR itu yang...
No Vote Of No Confidence Planned Against Pm Says Anwar

No Vote Of No Confidence Planned Against Pm Says Anwar

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 409 hits
Parti Keadilan Rakyat president Datuk Seri Anwar Ibrahim denies a viraled message that purportedly he was at Istana Negara this morning to have an audience with the Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Sha...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik