Tiada Maklum Balas Daripada 1mdb Selepas Dapat Pinjaman As 3 Bilion Kata Saksi


 




Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak Najib, 68, berdepan empat
pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pernah memberi sebarang maklum balas, setelah mendapat pinjaman US$3 bilion yang diterima melalui Surat Sokongan (LOS) yang dikeluarkan kerajaan.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, 63, berkata pelbagai usaha dibuat oleh pihaknya untuk mendapatkan maklumat terkini daripada 1MDB, tentang bagaimana wang AS$3 bililion itu digunakan, tetapi tidak pernah dijawab oleh pihak syarikat, lapor Bernama.

“Saya cuba berhubung dengan pihak pengurusan 1MDB dengan cara komunikasi melalui surat dan panggilan telefon. Pihak saya juga berhubung dengan wakil 1MDB ketika itu, Zahid Taib untuk mereka memberikan maklum balas dan mengemukakan laporan kepada Kementerian Kewangan, tetapi tiada balasan.

“Saya juga mengesahkan tidak pernah melihat dokumen perjanjian usaha sama antara 1MDB dan Aabar Investment BVI Co, seperti dalam permohonan LOS mereka kepada kerajaan untuk mendapatkan pinjaman US$3 bilion itu,” katanya pada pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB dihadapi bekas perdana menteri itu.

Saksi pendakwaan ke-26 itu bersetuju dengan cadangan Wan Aizuddin bahawa tindakan 1MDB yang tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai penggunaan US$3 bilion, menunjukkan kelemahan pihak pengurusan syarikat.

Wan Aizuddin: Setuju dengan saya, Datuk tidak boleh mengaitkan kesalahan pengurusan 1MDB kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB? (Kesemua jawatan tersebut dipegang oleh Najib ketika itu).

Siti Zauyah: Seingat saya ada satu surat daripada Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB), yang menyatakan pihak pengurusan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai penggunaan wang US$3 bilion, kerana mereka perlu merujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dahulu.

Wan Aizuddin kemudian merujuk Siti Zauyah kepada pernyataan saksinya, yang menyatakan Malaysia kini terpaksa menanggung bayaran balik hutang 1MDB ekoran LOS yang dikeluarkan kerajaan dan ditandatangani oleh Najib selaku Menteri Kewangan pada 2013.

Siti Zauyah mengesahkan beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai perkara itu, tetapi membuat kenyataan berdasarkan ‘hearsay’ daripada pegawai yang bertanggungjawab menguruskan proses LOS itu.

Ditanya lanjut oleh peguam sekiranya saksi pernah melihat sebarang dokumen menunjukkan 1MDB gagal membuat pembayaran semula menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung hutang itu, Siti Zauyah menjawab “saya tidak ingat..tentunya mesti ada bukti sebab itu saya nyatakan (perkataan itu) dalam pernyataan saksi saya”.

Wan Aizuddin: Menariknya anda membuat kenyataan ini “LOS yang ditandatangani oleh Najib selaku Menteri Kewangan”. Adakah anda mengatakan kerajaan perlu menanggung hutang kerana Najib tandatangan LOS, jadi itu salah dia?

Siti Zauyah: tiada komen.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan hakim datuk collin lawrence sequerah bersambung.

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/tiada-maklum-balas-daripada-1mdb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ceo 1mdb Tidak Layan Bila Minta Dokumen Pelaburan Kata Saksi

Bekas Ceo 1mdb Tidak Layan Bila Minta Dokumen Pelaburan Kata Saksi

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 117 hits
Bekas CEO 1MDB tidak layan bila minta dokumen pelaburan kata saksi nbsp Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 25
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 248 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Kes Pinda Audit 1mdb Pendakwaan Selesai Kemuka Saksi

Kes Pinda Audit 1mdb Pendakwaan Selesai Kemuka Saksi

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 109 hits
malaysiakini comPihak pendakwaan dalam kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy hari ini selesai mengemuk...
1mdb Saksi Asyik Jawab Tak Ingat

1mdb Saksi Asyik Jawab Tak Ingat

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 141 hits
September 5 2022 Bekas timbalan ketua setiausaha Kementerian Kewangan Siti Zauyah Mohd Desa KUALA LUMPUR Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak ingat mengenai beberapa bahagian dalam pernyataan saksinya membab...
Shahrir Tak Tahu Sumber Rm1 Juta Diterima Daripada Najib Kata Saksi

Shahrir Tak Tahu Sumber Rm1 Juta Diterima Daripada Najib Kata Saksi

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 160 hits
freemalaysiatoday com September 5 2022 8 25 PMBekas pengerusi Felda Shahrir Samad berdepan tuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri KUALA LUMPUR Seorang pengurus bank member...
Saksi Kes 1mdb Keliru

Saksi Kes 1mdb Keliru

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 137 hits
Saksi Kes 1MDB Keliru Seorang bekas pegawai kementerian kewangan mengakui di mahkamah bahawa dia tidak mengetahui ketepatan butiran dalam penyata saksi bertulisnya sendiri Siti Zauyah Md Desa berkata demikian semasa perbicaraan rasuah 1MDB ...
Malaysia Tarik Pelaburan Rm123 3 Bilion Dari Januari Hingga Jun Kata Mida

Malaysia Tarik Pelaburan Rm123 3 Bilion Dari Januari Hingga Jun Kata Mida

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 110 hits
embaga Pembangunan Pelaburan Malaysia berkata bagi projek diluluskan kerajaan lima negeri iaitu Johor Selangor Sabah Kedah dan Pulau Pinang menyumbang RM103 5 bilion atau 83 9 daripada jumlah pelaburan diluluskan KUALA LUMPUR Malaysia menar...
Selepas Src Kes 1mdb Pula

Selepas Src Kes 1mdb Pula

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 169 hits
Meskipun sudah dimasukkan ke penjara bekas Perdana Menteri Najib Razak masih berdepan beberapa lagi kes rasuah lain Beliau hadir Mahkamah Tinggi KL hari ini untuk perbicaraan kes 1MDB Isterinya Rosmah Mansor turut hadir ke mahkamah untuk me...
Imf Setuju Beri Pinjaman As 2 9 Bilion Kepada Sri Lanka

Imf Setuju Beri Pinjaman As 2 9 Bilion Kepada Sri Lanka

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 102 hits
IMF setuju beri pinjaman AS 2 9 bilion kepada Sri Lanka Dikemas kini 31 saat yang lalu Diterbitkan pada 1 Sep 2022 11 00PM
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Kempen Ramadan Dan Raya 2024 Kuskop Mari Beli Lokal Kembali Lagi

Sustainable And Ethical Practices

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia 04 05 2024

Aktiviti Majlis Perasmian Richiamo Mart Dan Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Richiamo 2024 Ppim 05 05 2024

Suspek Simbah Asid Faisal Halim Ditahan Direman Hari Ini