Shahrir Tak Tahu Sumber Rm1 Juta Diterima Daripada Najib Kata Saksi


freemalaysiatoday.com
Bernama
-September 5, 2022 8:25 PM
Bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad, berdepan tuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus bank memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Shahrir Samad, tidak mengetahui daripada mana bekas perdana menteri Najib Razak memperoleh wang RM1 juta, yang diberikan kepada bekas pengerusi Felda itu.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R Uma Devi mengesahkan perkara itu berkata, beliau berpengalaman dalam bidang perbankan selama 12 tahun, juga tidak mengetahui sumber wang tersebut.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam yang mewakili Shahrir, Dzulkifli Ahmad, pada perbicaraan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berhadapan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib, kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dzulkifli: Sebagai pegawai bank berpengalaman, jika cek bank tersebut (RM1 juta) ditunaikan bermakna tiada apa-apa isu berkenaan sumber wang tersebut.

Uma Devi: Ya, pada ketika itu tiada (isu).

Dzulkifli: Cik Uma boleh mengesahkan cek ini tiada masalah, apatah lagi Tan Sri Shahrir juga boleh beranggapan bahawa cek tersebut tiada masalah ketika menerima dan memasukkan (wang) ke dalam akaunnya.

Uma Devi: Ya.

Selain itu, Uma Devi bersetuju dengan Dzulkifli bahawa pihak LHDN tidak merakam percakapannya, memandangkan kes itu berkaitan dengan pengubahan wang haram yang mana Shahrir didakwa tidak melaporkan pendapatan sebenar kepada LHDN, bukan melibatkan rasuah.

Kata saksi itu, hanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merakam percakapannya.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek, yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014, mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/shahrir-tak-tahu-sumber-rm1-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Pernah Menyesal Jadi Seorang Budiman Dalam Politik Kata Najib

Tidak Pernah Menyesal Jadi Seorang Budiman Dalam Politik Kata Najib

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 240 hits
freemalaysiatoday com August 26 2022 11 48 PMNajib Razak berkata beliau berjuang untuk rakyat walaupun selepas kehilangan kuasa PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak tidak pernah menyesal menjadi seorang yang budiman dalam politik...
Ismail Tak Pernah Janji Segerakan Kes Mahkamah Zahid Najib Kata Pegawai Khas

Ismail Tak Pernah Janji Segerakan Kes Mahkamah Zahid Najib Kata Pegawai Khas

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 219 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah berjanji dengan mana mana pihak untuk menyegerakan kes mahkamah melibatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak kata pegawai khas perdana menteri Kamarul Zam...
Rm60 6 Juta Masuk Ke Akaun Peribadi Najib

Rm60 6 Juta Masuk Ke Akaun Peribadi Najib

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 156 hits
MalaysiakiniMahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa wang berjumlah RM60 6 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Datuk Seri Najib Razak dalam dua transaksi pada 2011 Pengurus Cawangan Ambank Berhad Jalan R...
Dipenjara 12 Tahun Denda Rm210 Juta Najib Masih Kekal Sebagai Mp

Dipenjara 12 Tahun Denda Rm210 Juta Najib Masih Kekal Sebagai Mp

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 219 hits
Berikut adalah sebahagian dari Perkara 48 yang dipetik dari Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan tentang kriteria yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Tertakluk kepada peruntukan Perkara ...
Najib Sukar Cabar Sabitan Hukuman Kata Anwar

Najib Sukar Cabar Sabitan Hukuman Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 193 hits
August 24 2022 Anwar Ibrahim percaya Najib Razak akan ditempatkan dalam penjara lebih baik daripadanya pada awal 2000 selepas bekas timbalan perdana menteri itu dinafikan mendapatkan buku dan lawatan keluarga ketika menjalani hukuman PETALI...
Bekas Ceo 1mdb Tidak Layan Bila Minta Dokumen Pelaburan Kata Saksi

Bekas Ceo 1mdb Tidak Layan Bila Minta Dokumen Pelaburan Kata Saksi

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 169 hits
Bekas CEO 1MDB tidak layan bila minta dokumen pelaburan kata saksi nbsp Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 25
Najib Ke Penjara Umno Tak Mahu Rakyat Marah Kepada Pm Kata Ahmad Maslan

Najib Ke Penjara Umno Tak Mahu Rakyat Marah Kepada Pm Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 182 hits
freemalaysiatoday com September 3 2022 5 15 PMSetiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan emosi marah dan simpati kepada Najib Razak akan digunakan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 PETALING JAYA Umno...
Najib Dipenjara Ada Hikmah Ismail Jadi Pm Ganti Muhyiddin Kata Tuan Ibrahim

Najib Dipenjara Ada Hikmah Ismail Jadi Pm Ganti Muhyiddin Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 220 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun Ismail Sabri Yaakob dari Umno namun kerajaan tidak campur tangan dalam kes mahkamah PETALING JAYA Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man membayangkan kemarahan dan kecaman Um...
Najib Kata Mahkamah Tak Bagi Penangguhan Ini Kronologi Kes Src Najib Selama 4 Tahun

Najib Kata Mahkamah Tak Bagi Penangguhan Ini Kronologi Kes Src Najib Selama 4 Tahun

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 232 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd Panel lima hakim Mahkamah Per...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil