Kes Pinda Audit 1mdb Pendakwaan Selesai Kemuka Saksi


malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Sep 7, 2022 7:19 PM
Pihak pendakwaan dalam kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy hari ini selesai mengemukakan kesnya selepas memanggil 16 saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bahawa pihak pendakwaan menutup kesnya hari ini selepas selesai pemeriksaan balas terhadap Arul Kanda sebagai saksi pendakwaan ke-15.

“Kami dengan ini menutup kes pendakwaan dan menawarkan 18 saksi kepada pihak pembelaan,” katanya.

Antara saksi yang ditawarkan ialah bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Hakim Mohamed Zaini kemudian memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujah bertulis mereka pada 7 Okt, hujah balasan pada 14 Okt dan hujah secara lisan pada 28 Okt.

Peguam Datuk N.Sivananthan yang mewakili Arul Kanda berkata pihaknya akan mengemukakan hujah bertulis berhubung sama ada indemniti patut ditawarkan kepada anak guamnya.

Mohamed Zaini berkata beliau akan memutuskan sama ada Arul Kanda akan diberikan pembebasan penuh atau dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) pada akhir kes pendakwaan.

"Saya percaya itu adalah cara yang paling tepat untuk melakukannya," kata hakim.

Kes pendakwaan mengambil masa 43 hari, bermula pada 18 Nov 2019 dengan mendengar keterangan beberapa saksi utama termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa; bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan Tan Sri Dr Madinah Mohamad, bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan bekas Pengarah Audit Jabatan Audit Negara (NAD) Saadatul Nafisah Bashir Ahmad.

Pada 24 Jun, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya Arul Kanda memberi keterangan terhadap Najib dalam perbicaraan itu mengikut Seksyen 63(1) akta SPRM.

Di bawah Seksyen 63(3) Akta SPRM, mana-mana saksi yang dikehendaki memberikan keterangan di bawah subseksyen 1, berhak menerima perakuan indemniti di bawah meterai mahkamah, dan perakuan tersebut hendaklah menjadi penghalang kepada semua prosiding undang-undang mengenai perkara tersebut.

Najib, 69, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/kes-pinda-audit-1mdb-pendakwaan-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Kes 1mdb Keliru

Saksi Kes 1mdb Keliru

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 135 hits
Saksi Kes 1MDB Keliru Seorang bekas pegawai kementerian kewangan mengakui di mahkamah bahawa dia tidak mengetahui ketepatan butiran dalam penyata saksi bertulisnya sendiri Siti Zauyah Md Desa berkata demikian semasa perbicaraan rasuah 1MDB ...
Kes 1mdb Penampilan Pertama Najib Tiba Di Kompleks Mahkamah Tinggi

Kes 1mdb Penampilan Pertama Najib Tiba Di Kompleks Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 224 hits
Aug 25 2022 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 27 pagi tadi untuk menghadapi perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad berjumlah RM2 28 bilion Beliau d...
Kes Yayasan Akalbudi Selepas 17 Hari Ahmad Zahid Selesai Beri Keterangan Pembelaan

Kes Yayasan Akalbudi Selepas 17 Hari Ahmad Zahid Selesai Beri Keterangan Pembelaan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 142 hits
Selepas 17 hari Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberi keterangan pembelaan dalam perbicaraan kes melibatkan dirinya Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Selepas 17 hari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberi keterangan pembelaan d...
Zahid Hamidi Selesai Beri Keterangan Selepas 17 Hari Bela Diri Kes Rasuah

Zahid Hamidi Selesai Beri Keterangan Selepas 17 Hari Bela Diri Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 508 hits
ismaweb netKes rasuah membabitkan puluhan juta ringgit dana YAB yang dihadapinyaKUALA LUMPUR 2 Safar 1444H Selasa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberikan keterangan setelah 17 hari membela diri terhadap kes rasuah memba...
Tommy Thomas Jelaskan Mengapa Src Jadi Kes Mahkamah Pertama Berkait 1mdb

Tommy Thomas Jelaskan Mengapa Src Jadi Kes Mahkamah Pertama Berkait 1mdb

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 149 hits
malaysiakini comEKSKLUSIF Bekas peguam negara Tommy Thomas yang memulakan pendakwaan dalam kes Najib Razak akhirnya bersuara mengenai kes berkenaan dalam satu wawancara Dia menceritakan mengenai perbicaraan kes SRC International secara panj...
Kes Rasuah Projek Solar Pendakwaan Bantah Permohonan Rosmah Agar Hakim Tarik Diri

Kes Rasuah Projek Solar Pendakwaan Bantah Permohonan Rosmah Agar Hakim Tarik Diri

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 185 hits
freemalaysiatoday com September 1 2022 12 00 PMPendakwa raya ad hoc Gopal Sri Ram berkata penghakiman bocor yang dirujuk oleh Rosmah Mansor dalam permohonannya bukan penghakiman bertulis KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan hari ini membantah perm...
Sembilan Tahun Hidup Saya Dihabiskan Mengejar Kes Src 1mdb Rafizi

Sembilan Tahun Hidup Saya Dihabiskan Mengejar Kes Src 1mdb Rafizi

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 119 hits
Skandal SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad antara kes penyelewengan yang mengambil masa panjang untuk diselesaikan sejak proses pendedahan sehinggalah pelaku dibicarakan dan dijatuhkan hukuman Sepanjang tempoh itu te...
1mdb Audit Prosecution Closes Case Against Najib Arul Kanda

1mdb Audit Prosecution Closes Case Against Najib Arul Kanda

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 134 hits
The prosecution has closed its case against Najib Abdul Razak and Arul Kanda Kandasamy over alleged amendments to the audit report of the Malaysian sovereign wealth fund 1MDB Lead deputy public prosecutor Gopal Sri Ram informed the Kuala Lu...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Office Rental Near Kl Sentral Station Advantages For Business Connectivity

Gaji 2005 Yuran Pengalaman 2016

The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul

Pn Talks Of Gov T Change After Kkb Azmin Holds Back On Revelations Against Ph