Tiada Layanan Vip Untuk Najib Baguslah Jangan Diulang Skandal Abdullah Ang Tu



JABATAN Penjara Malaysia menafikan dakwaan VIP akan diberi layanan istimewa.
Menjawab gambar viral sebuah bilik berperabot, bersih dan luas, yang didakwa sebagai penjara untuk VIP, jabatan itu berkata ia adalah palsu.
“Hentikan penyebaran maklumat palsu,” kata jabatan itu dalam catatan ringkas di laman Facebook rasminya, disertai dengan perkataan besar bertulis “PALSU” pada gambar yang tular itu.
Gambar tular itu tidak menamakan sesiapa secara khusus tetapi nampaknya ditujukan kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan khabar angin bahawa beliau akan diberi layanan istimewa oleh jabatan penjara.
Semalam, Najib dihantar ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuannya dan mengekalkan hukumannya dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Mahkamah tertinggi memerintahkan bekas perdana menteri itu menjalani hukuman penjara 12 tahun serta-merta.
Di samping itu, Najib perlu membayar denda RM210 juta, jika gagal berbuat demikian, beliau perlu menjalani hukuman penjara lima tahun lagi.
Netizen beranggapan Najib, sebagai bekas perdana menteri dan ahli Parlimen Pekan, akan diberi layanan istimewa di penjara.
Malah ada yang mempersoalkan mengapa Najib, walaupun telah disabitkan kesalahan semalam, masih mempunyai pengiring polis lapor The Malaysian Insight.
Baguslah kalau begitu, Netizen cuma mempertikaikan apa yang dilihat oleh mata kita dan membandingkan dengan apa yang pernah dilihat oleh mereka dimasa lalu.
Mereka biasa melihat Banduan di angkut dengan menggunakan lori Polis ataupun Black Maria tapi jarang sekali kita lihat seorang banduan diberikan layanan VVIP.
Dalam hal Najib, beliau telah dibawa ke Penjara dengan menaiki SUV dan diiringi entah berapa buah outrider (satu pembaziran buat negara ni).. jadi wajarlah Netizen ragu-ragu akan layanan yang akan Najib terima dalam Penjara tu..

Kalau tiada layanan istimewa untuk Najib tu.. baguslah.. cuma rakyat Malaysia sudah pasti tidak mahu Skandal Abdullah Ang Berulang...
Begini kisahnya.. 
Akhbar Malay Mail pada 19 Ogos 1989 secara eksklusif membuat pendedahan ‘berani mati’ bagaimana seorang ahli perniagaan bernama Abdullah Ang mendapat layanan ‘SUPER VVIP’ ketika ditahan di Penjara Kajang


Selain biliknya siap dilengkapi peti sejuk, karpet, perakam video dan tilam air khas (waterbed), Abdullah juga dilihat keluar masuk Penjara Kajang – macam Penjara Kajang tu dia punya!
Untuk rekod, Abdullah Ang pernah dilantik menjadi Ketua Eksekutif Perbadanan Pelaburan Seberang Laut Malaysia (MOIC) dan mempunyai ramai kenalan rapat di kalangan pemimpin dan pegawai kanan kerajaan


Abdullah Ang telah dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 1986 (diringankan kemudiannya atas rayuan) setelah dia mengaku salah atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM 338,808.80.
Kira-kira lagi dua hari sebelum dibebaskan dari penjara, kelibat Abdullah telah dilihat di pusat bandar Kuala Lumpur! Abdullah ketika itu memakai t-shirt dan seluar putih. Sampai saja ke pengetahuan Malay Mail, editornya telah menghantar wartawan dan jurugambar mereka untuk menjejaki banduan bernama Abdullah Ang ini.
Dalam laporan Malay Mail itu juga memperlihatkan bagaimana Abdullah dengan selamba berada di kilang pakaian keluarganya. Malah tidak ada juga sebarang wadar atau pegawai penjara yang mengiringinya ketika itu
Apa yang berlaku begitu mengejutkan rakyat Malaysia kerana bagaimana Abdullah, seorang banduan, boleh dilihat keluar masuk dari penjara dan bagaimana kelengkapan selnya begitu hebat seolah-olah dalam sebuah hotel!
Namun ketika jurugambar Malay Mail sedang asyik sedang merakamkan kelibatnya, Abdullah terperasan dan terus menutup wajahnya dengan menggunakan sehelai tuala.
Bila kes ini diajukan kepada pegawai penjara, mereka mendakwa Abdullah terlibat dalam sebuah sistem dimana ia merupakan persediaan pra-pembebasan untuk seseorang banduan dibenarkan bekerja di luar untuk membiasakan diri mereka bila bebas kelak.
Namun menurut Allahyarham Datuk Zainuddin Maidin (ZAM) dalam tulisannya, Abdullah sebenarnya diberi keistimewaan dengan berulang alik antara penjara Kajang dengan bandar raya untuk minum teh tarik, membaca akhbar dan menguruskan pernigaannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Pun begitu, kata ZAM, di sebalik ketidakjujurannya, Abdullah Ang mempunyai perwatakan luar biasa. Dia dapat menjelmakan dirinya sebagai seorang yang mempunyai kualiti yang diperlukan dalam dunia perniagaan dan perusahaan. Mudah mengenengahkan dirinya di semua peringkat, tidak segan dan malu, berani dan sanggup bersikap rakus apabila perlu.
” Perwatakannya yang istimewa inilah membolehkannya mengadakan hubungan yang rapat dengan pegawai- pegawai penjara Kajang sehingga dia diberikan layanan istimewa untuk bebas keluar masuk penjara bagi menikmati suasana di luar,” ujarnya
Yang pasti, keistimewaan yang dinikmati Abdullah juga adalah kerana pengaruh dan hubungan baiknya dengan pemimpin tertinggi negara.
Disebabkan kes Abdullah Ang jugalah, rombakan dalam penjara telah dibuat termasuk akhirnya jawatan tertinggi Ketua Pengarah Penjara telah diberikan kepada pegawai kanan PDRM ketika itu.
Sejujurnya kita berharap sangat apa yang dikatakan itu tidak berlaku kerana secara amnya, kita masih melihat integriti Jabatan Penjara ketika ini berada di tahap tertinggi, apatah lagi pelbagai penambahbaikan yang dibuat oleh Jabatan Penjara pasca skandal yang melibatkan Abdullah Ang kira-kira 30 tahun lalu.
Cukuplah kes Abdullah Ang merosakkan segala-galanya

KIsah Abdullah Ang itu dipetik dari PakDin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/08/tiada-layanan-vip-untuk-najib-baguslah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Penjara Kajang Ada Bilik Vip Harap Kes Istimewa Abdullah Ang Tidak Berulang

Benarkah Penjara Kajang Ada Bilik Vip Harap Kes Istimewa Abdullah Ang Tidak Berulang

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 189 hits
NORMAN RADZUANBenarkah Penjara Kajang ada bilik VIP HARAP KES ISTIMEWA ABDULLAH ANG TIDAK BERULANG Penjara Kajang kembali menjadi popular semalam Disebalik kes Najib semalam ada cerita menarik mengenai penjara ini Khabarnya wujud bilik VIP ...
Ketua Hakim Ingatkan Peguam Najib Jangan Sampai Tak Bersedia Untuk Kemuka Hujahan

Ketua Hakim Ingatkan Peguam Najib Jangan Sampai Tak Bersedia Untuk Kemuka Hujahan

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 177 hits
PUTRAJAYA Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sekali lagi tidak membenarkan permohonan peguam utama Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan prosiding rayuan akhir bagi mengetepikan sabitan dan hukuman bersalah yang dikenakan terhada...
Bersih Buat Petisyen Mohon Agong Jangan Ampun Najib

Bersih Buat Petisyen Mohon Agong Jangan Ampun Najib

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 181 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 24 2022 3 35 PMGabungan proreformasi sistem pilihan raya Bersih memulakan petisyen atas talian yang memohon supaya Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah tidak mengampunk...
Jangan Malukan Najib Takkan Baru Sehari Masuk Penjara Sudah Nak Minta Pengampunan Diraja

Jangan Malukan Najib Takkan Baru Sehari Masuk Penjara Sudah Nak Minta Pengampunan Diraja

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 169 hits
Hanya semalaman selepas Najib Razak mendekam di Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya semalam hari ini terlihat sudah ramai kalangan penyokongnya yang bercakap tentang usaha me...
Ustaz Ustazah Jangan Kelirukan Rakyat Sokong Najib

Ustaz Ustazah Jangan Kelirukan Rakyat Sokong Najib

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 154 hits
Ustaz ustazah jangan kelirukan rakyat sokong NajibPosted By on August 28 2022Tindakan segelintir agamawan pro Najib Razak dan Umno yang berkuliah membela bekas Perdana Menteri yang dihukum penjara Najib Razak amat dikesalkan Bagi Angkatan M...
Shafiee Abdullah Kembali Untuk Rayuan Kes Penyelewengan Rm42 Juta Dana Src Najib

Shafiee Abdullah Kembali Untuk Rayuan Kes Penyelewengan Rm42 Juta Dana Src Najib

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 180 hits
PUTRAJAYA Peguam Tan Sri Datuk Seri Shafee Abdullah akan menyertai semula pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan kes SRC International Shafee akan membantu peguam utama Hisyam Teh Poh Teik Selepas prosiding disambung semul...
Jangan Samakan Kes Anwar Najib Kes Anwar Tidak Libatkan Duit Rakyat

Jangan Samakan Kes Anwar Najib Kes Anwar Tidak Libatkan Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 200 hits
Pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak menyamakan kes yang dialami oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemenjaraan bekas Perdana Menteri Najib Razak harus sedar terdapat perbezaan besar di antara kedua dua kes berken...
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 320 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut