Shafiee Abdullah Kembali Untuk Rayuan Kes Penyelewengan Rm42 Juta Dana Src Najib


 

PUTRAJAYA - Peguam Tan Sri Datuk Seri Shafee Abdullah akan menyertai semula pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan kes SRC International.
Shafee akan membantu peguam utama Hisyam Teh Poh Teik.
Selepas prosiding disambung semula selepas mahkamah berehat, Hisyam memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa Shafee datang ke mahkamah dan akan membantunya dalam permohonan Najib agar Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada panel.
Tengku Maimun kemudian bertanya kepada Hisyam: “Saya ingat dia telah dilepaskan?”
Hisyam memberitahu mahkamah beliau memujuk Shafee untuk kembali ke pasukan peguam.
Tengku Maimun kemudian berkata Hisyam boleh memulakan hujahnya dahulu sementara menunggu Shafee tiba.
Shafee tiba selepas jam 11 pagi.
Awal hari ini, Najib membuat permohonan agar Tengku Maimun menarik diri daripada panel Mahkamah Persekutuan bagi mendengar rayuan terakhirnya itu atas alasan Tengku Maimun tidak sepatutnya mendengar kes itu kerana hantaran suaminya, Datuk Zamani Ibrahim di Facebook pada 11 Mei 2018.
Shafee dan dua lagi peguam, Harvinderjit Singh serta Farhan Read sebelum ini mengendalikan kes SRC International itu ketika ia dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Pada 26 Julai lalu, Najib dilaporkan menggugurkan Shafee daripada mewakilinya dalam rayuan terakhirnya dan melantik Zaid Ibrahim Suflan T H Liew & Partners, dengan Hisyam menjadi peguam utamanya.
Khamis lalu, Hisyam memohon untuk menarik diri daripada mewakili Najib atas alasan tidak mempunyai masa mencukupi membuat persediaan bagi kes itu, tetapi ia ditolak panel hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat.
Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim dan Datuk Zabidin Mohd Diah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/08/peguam-shafiee-abdullah-kembali-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Hakim Negara Pengerusi Panel Dengar Rayuan Akhir Najib Kes Penyelewengan Src

Ketua Hakim Negara Pengerusi Panel Dengar Rayuan Akhir Najib Kes Penyelewengan Src

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 252 hits
PUTRAJAYA Rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak akan didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat Turut b...
Rayuan Kes Src Firma Guaman Nafi Tarik Diri Wakili Najib

Rayuan Kes Src Firma Guaman Nafi Tarik Diri Wakili Najib

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 395 hits
Zaid turut menafikan persetujuan firma guaman itu untuk mewakili Ahli Parlimen Pekan berkenaan dalam rayuan kes SRC tidak bermotifkan wang Gambar fail BERNAMAKUALA LUMPUR Firma guaman yang baharu dilantik untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun...
Langsung Pendengaran Rayuan Terakhir Kes Src Najib Bermula

Langsung Pendengaran Rayuan Terakhir Kes Src Najib Bermula

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 256 hits
malaysiakini comSelepas dua hari pendengaran Mahkamah Persekutuan akhirnya akan mendengar rayuan terakhir bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42...
Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR 21 Ogos Banyak ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebara...
Kes Src Rayuan Terakhir Najib Bersambung Hari Ini

Kes Src Rayuan Terakhir Najib Bersambung Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 235 hits
PUTRAJAYA 23 Ogos Mahkamah Persekutuan hari ini dijadual mendengar hujahan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC Inter...
Mahkamah Persekutuan Di Jadual Mendengar Rayuan Akhir Najib Kes Src International Esok

Mahkamah Persekutuan Di Jadual Mendengar Rayuan Akhir Najib Kes Src International Esok

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 296 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd esok Ia adalah rayuan terakhir Najib sel...
Nizar Layak Tanding Di Pekan Tatkala Najib Kemuka Rayuan Akhir Kes Src

Nizar Layak Tanding Di Pekan Tatkala Najib Kemuka Rayuan Akhir Kes Src

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 360 hits
agendaily com12 08 2022Datuk Mohd Nizar bersama bapanya Datuk Seri Najib Razak Nizar kini adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan Gambar BernamaAnak sulung Datuk Seri Najib Razak dengan bekas isteri pertamanya Datuk Mohd Nizar dikatakan lay...
Najib Lafaz Sumpah Laknat Di Masjid Kg Baru Nafi Terbabit Penyelewengan Rm42j Dana Src

Najib Lafaz Sumpah Laknat Di Masjid Kg Baru Nafi Terbabit Penyelewengan Rm42j Dana Src

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru di sini malam ini menafikan pembabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd Najib dalam sumpah laknat itu mem...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

Easy Healthy Low Carb Ground Beef Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ucid Selesai Berkhatan

Hanya Yang Terbaik 2025

Apa Pulak Ni

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda

7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan Spm Sementara Menanti Keputusan

Pengorbanan Tragis Makam Ratu Polyxena Dari 2 500 Tahun Yang Lalu