Benarkah Penjara Kajang Ada Bilik Vip Harap Kes Istimewa Abdullah Ang Tidak Berulang




NORMAN RADZUAN








Benarkah Penjara Kajang ada bilik VIP?

HARAP KES ISTIMEWA ABDULLAH ANG TIDAK BERULANG

Penjara Kajang kembali menjadi popular semalam.

Disebalik kes Najib semalam ada cerita menarik mengenai penjara ini. Khabarnya wujud bilik VIP di penjara tersebut.

Saya tidak pasti kebenaran kewujudan bilik VIP ada di penjara Kajang mahupun Sg. Buluh ketika ini. Ada yg mengatakan bilik VIP mempunyai bilik yang mempunyai tilam seperti di hotel, TV, bilik air khas dan kemudahan internet.

Tidak dinafikan Anwar Ibrahim dikhabarkan diletakkan di dalam bilik bukan sel seperti banduan-banduan lain. Malah dikatakan beliau dapat menikmati makanan seperti mee, roti dan sebagainya. Itu yang pernah dikhabar oleh Zukilfi Noordin antara peguam Anwar ketika itu.

Apabila DS Anwar sekali lagi dipenjarakan, Zahid Hamidi menegaskan tiada layanan istimewa untuk Anwar. Dalam kes ini hanya Anwar boleh menceritakan keadaan sebenarnya.

Samada benar atau tidak kewujudan bilik VIP di dalam penjara ia boleh diterima sebabnya penjara tetap penjara. Yang luar biasa bagi saya apabila berlaku peristiwa ada banduan ‘istimewa’ yang dibenarkan keluar dari penjara.

Banduan tersebut bernama Abdullah Ang. Ia telah didedahkan oleh Akhbar Malay Mail pada tahun 1989.

Laporan akhbar Akhbar Malay Mail pada 19 Ogos 1989 secara eksklusif membuat pendedahan ‘berani mati’ bagaimana seorang ahli perniagaan bernama Abdullah Ang mendapat layanan ‘SUPER VVIP’ ketika ditahan di Penjara Kajang.

Selain biliknya siap dilengkapi peti sejuk, karpet, perakam video dan tilam air khas (waterbed), Abdullah juga dilihat keluar masuk Penjara Kajang mcm Penjara Kajang tu dia punya!

Untuk rekod, Abdullah Ang pernah dilantik menjadi Ketua Eksekutif Perbadanan Pelaburan Seberang Laut Malaysia (MOIC) dan mempunyai ramai kenalan rapat di kalangan pemimpin dan pegawai kanan kerajaan.

Abdullah Ang telah dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 1986 (diringankan kemudiannya atas rayuan) setelah dia mengaku salah atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM 338,808.80.

Kira-kira  lagi dua hari sebelum dibebaskan dari penjara, kelibat Abdullah telah dilihat di pusat bandar Kuala Lumpur! Abdullah ketika itu memakai t-shirt dan seluar putih.

Sampai saja ke pengetahuan Malay Mail, editornya telah menghantar wartawan dan jurugambar mereka untuk menjejaki banduan bernama Abdullah Ang ini. Dalam laporan Malay Mail itu juga memperlihatkan bagaimana Abdullah dengan selamba berada di kilang pakaian keluarganya.

Malah tidak ada juga sebarang wadar atau pegawai penjara yang mengiringinya ketika itu. Apa yang berlaku begitu mengejutkan rakyat Malaysia kerana bagaimana Abdullah, seorang banduan boleh dilihat keluar masuk dari penjara dan bagaimana kelengkapan selnya begitu hebat seolah olah dalam sebuah hotel!

Namun ketika jurugambar Malay Mail sedang asyik merakamkan kelibatnya, Abdullah terperasan dan terus menutup wajahnya dengan menggunakan sehelai tuala.

Bila kes ini diajukan kepada pegawai penjara, mereka mendakwa Abdullah terlibat dalam sebuah sistem dimana ia merupakan persediaan pra pembebasan untuk seseorang banduan dibenarkan bekerja di luar unutk membiasakan diri mereka bila bebas kelak.

Namun menurut Allahyarham Datuk Zainuddin Maidin (ZAM) dalam tulisannya, Abdullah sebenarnya diberi keistimewaan dgn berulang alik antara penjara Kajang dgn bandar raya untuk minum teh tarik, membaca akhbar dan menguruskan pernigaannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Pun begitu, kata ZAM di sebalik ketidakjujurannya, Abdullah Ang mempunyai perwatakan luar biasa. Dia dpt menjelmakan dirinya sebagai seorang yang mempunyai kualiti yang diperlukan dlm dunia perniagaan dan perusahaan.

”Perwatakannya yang istimewa inilah membolehkannya mengadakan hubungan yang rapat dengan pegawai-pegawai  penjara Kajang sehingga dia diberikan layanan istimewa untuk bebas keluar masuk penjara bagi menikmati suasana di luar,” ujarnya ZAM.

Yang pasti keistimewaan yang dinikmati Abdullah juga adalah kerana pengaruh dan hubungan baiknya dgn pemimpin tertinggi negara. Disebabkan kes Abdullah Ang jugalah, rombakan dalam penjara telah dibuat termasuk akhirnya jawatan tertinggi Ketua Pengarah Penjara telah diberikan kpd pegawai kanan PDRM ketika itu.

Harapan kita tiada keistimewaan seperti itu wujud lagi. Banduan boleh berada di luar melanggar sistem perundangan negara yang tiada siapa boleh mengatasi undang-undang.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/benarkah-penjara-kajang-ada-bilik-vip.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Layanan Vip Untuk Najib Baguslah Jangan Diulang Skandal Abdullah Ang Tu

Tiada Layanan Vip Untuk Najib Baguslah Jangan Diulang Skandal Abdullah Ang Tu

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 185 hits
JABATAN Penjara Malaysia menafikan dakwaan VIP akan diberi layanan istimewa Menjawab gambar viral sebuah bilik berperabot bersih dan luas yang didakwa sebagai penjara untuk VIP jabatan itu berkata ia adalah palsu Hentikan penyebaran makluma...
Malaysia Tiada Layanan Istimewa Di Luar Negara Ada Penjara Ala Vip Setaraf Hotel 5 Bintang

Malaysia Tiada Layanan Istimewa Di Luar Negara Ada Penjara Ala Vip Setaraf Hotel 5 Bintang

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 148 hits
Jika di Malaysia mana mana banduan akan dilayan sama rata baik orang kenamaan atau orang biasa bahkan tidak ada penjara yang yang 8216 istimewa 8217 namun di luar negara percayakah anda terdapat penjara setaraf hotel lima bintang sangat sel...
Yana Baca Warkah Najib Dari Penjara Kajang Suasana Dewan Merdeka Hiba

Yana Baca Warkah Najib Dari Penjara Kajang Suasana Dewan Merdeka Hiba

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Suasana hiba menyelubungi Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur apabila anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Nooryana Najwa Najib membawa sepucuk surat daripada Penjara Kajang
Najib Tiba Di Penjara Kajang

Najib Tiba Di Penjara Kajang

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 164 hits
Faiz ZainudinNajib Razak yang dikawal ketat polis tiba di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman berkait dana RM42 juta SRC International KAJANG Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Penjara Kajang p...
Shafiee Abdullah Kembali Untuk Rayuan Kes Penyelewengan Rm42 Juta Dana Src Najib

Shafiee Abdullah Kembali Untuk Rayuan Kes Penyelewengan Rm42 Juta Dana Src Najib

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 180 hits
PUTRAJAYA Peguam Tan Sri Datuk Seri Shafee Abdullah akan menyertai semula pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan kes SRC International Shafee akan membantu peguam utama Hisyam Teh Poh Teik Selepas prosiding disambung semul...
Jabatan Penjara Nafi Beri Layanan Istimewa Kepada Najib Minta Netizen Hentikan Dakwaan Palsu

Jabatan Penjara Nafi Beri Layanan Istimewa Kepada Najib Minta Netizen Hentikan Dakwaan Palsu

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 195 hits
The ReporterSemalam Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd Sejak d...
Najib Selamat Tiba Di Penjara Kajang Lama Berdiam Diri Ini Kata Kata Padu Dari Muhyiddin Yassin

Najib Selamat Tiba Di Penjara Kajang Lama Berdiam Diri Ini Kata Kata Padu Dari Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 400 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Penjara Kajang pada 6 05 petang tadi bagi menjalani hukuman 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta
Najib Ke Penjara Dan Kronologi Kes

Najib Ke Penjara Dan Kronologi Kes

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 214 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa menolak rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd Panel...
Kes Src 19 8 2022 Recap

Kes Src 19 8 2022 Recap

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 165 hits
KES SRC 19 8 2022 RECAP Hari ni saya cari update Berita Harian secara langsung takde keluar pula Selalunya ada So tak boleh nak update kehadiran penyokong NR seperti hari2 lalu Jadi kita proceed untuk update drama striker eh peguam dia Inga...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner