Tiada Lagi Ziarah Aidilfitri Selepas Ini


KUALA LUMPUR, 25 MEI: Memasuki hari kedua bulan Syawal hari ini, bermakna rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung-mengunjung dan aktivit ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagi mengekang penularan wabak Covid-19, kerajaan sebenarnya memberi kelonggaran itu hanya pada hari pertama sambutan Aidilfitri dengan syarat perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP), antaranya terhad kepada 20 ahli keluarga terdekat, mengamalkan jarak sosial dan menjaga kebersihan.
Meskipun ada segelintir golongan degil enggan mematuhi SOP dengan mencuba nasib merentas negeri untuk pulang ke kampung, namun sebilangan besar masyarakat di negara ini dilihat sudah dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu sambutan perayaan itu tahun ini.
Misalnya, masjid, surau dan tanah perkuburan yang menjadi tumpuan utama umat Islam pada 1 Syawal saban tahun, dilihat sepi dan lengang susulan perintah larangan yang dilaksanakan di kebanyakan negeri.
Perintah larangan itu juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada umat Islam di negara ini mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga menerusi solat sunat Aidilfitri dan penyampaian khutbah di kediaman masing-masing.
Selain itu, bagi golongan bujang yang tidak dapat pulang ke kampung beraya bersama keluarga tercinta, kemajuan teknologi dimanfaatkan sepenuhnya dengan menggunakan aplikasi panggilan video yang digunakan untuk mengubati rindu mereka terhadap anggota keluarga.
Sememangnya, sudah menjadi tradisi sambutan Aidilfitri adalah saat terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan sanak-saudara, sahabat handai serta jiran tetangga dan masyarakat pelbagai agama dan bangsa di negara ini dengan saling berkunjung pada hari raya.
Namun, penularan pandemik Covid-19 tidak mengizinkan tradisi itu diteruskan pada tahun ini kerana aktiviti ziarah Aidilfitri melibatkan pergerakan dan berjumpa dengan ramai orang pada satu-satu masa, termasuk dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas, pesakit kronik dan kanak-kanak.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 62.6 peratus daripada kes kematian akibat Covid19 terdiri daripada mereka berusia 60 tahun ke atas manakala 80.7 peratus kes kematian melibatkan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan penyakit lain.
Malah, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pernah mengingatkan orang ramai supaya mendisiplinkan diri untuk elak berjumpa orang ramai walaupun kelonggaran diberikan untuk beraya kerana sudah ada kes jangkitan wabak Covid-19 di luar negara akibat aktiviti ziarah itu.
Beliau mengambil contoh kejadian di Bahrain dan New Jersey, Amerika Syarikat apabila ada keluarga yang terdiri daripada 16 individu menghadiri majlis berbuka puasa dan empat orang berkumpul untuk jamuan makan yang akhirnya menyebabkan mereka semua dijangkiti Covid-19.
Ada sebabnya mengapa kerajaan melaksanakan larangan ziarah Aidilfitri itu, bukan semata-mata untuk menyekat sepenuhnya pergerakan orang ramai ketika musim perayaan tetapi bagi mengekang penularan wabak ovid-19 yang mungkin membawa maut kepada golongan berisiko tersebut.
Justeru, umat Islam diminta supaya bersabar menerima ketetapan sambutan bulan Syawal tahun ini dalam norma baharu dengan hati yang terbuka.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/05/tiada-lagi-ziarah-aidilfitri-selepas-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermalam Dikira Langgar Sop Aktiviti Ziarah Pada Aidilfitri Ismail Sabri

Bermalam Dikira Langgar Sop Aktiviti Ziarah Pada Aidilfitri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 540 hits
Bermalam dikira melanggar Prosedur Operasi Standard yang dikeluarkan kerajaan bagi aktiviti ziarah menziarahi sempena Aidilfitri jelas Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menerusi sidang media harian mengenai Perintah
Sepatutnya Tiada Lagi Budaya Ziarah Selepas Hari Raya Pertama

Sepatutnya Tiada Lagi Budaya Ziarah Selepas Hari Raya Pertama

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 707 hits
Ismail Sabri menegaskan kebenaran mengunjungi rumah ahli keluarga hanya diberi pada hari raya pertama sahaja Tiada lagi budaya ziarah selepas hari raya pertama Ismail Sabri Orang ramai perlu menerima perubahan dengan tidak lagi boleh meneru...
Sabah Larang Ziarah Rumah Saudara Kubur Ketika Aidilfitri

Sabah Larang Ziarah Rumah Saudara Kubur Ketika Aidilfitri

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 501 hits
Setiausaha kerajaan Sabah berkata sepanjang tempoh perayaan sambutan hanyalah dibenarkan dalam kalangan keluarga tinggal serumah saja yang tidak melebihi 20 orang bergantung kepada keluasan rumah KOTA KINABALU Ziarah kubur antara 8 aktiviti...
Penjawat Awam Yang Enggan Kembali Bekerja Selepas Aidilfitri Akan Dikenakan Tindakan Tatatertib Termasuk Dibuang Kerja

Penjawat Awam Yang Enggan Kembali Bekerja Selepas Aidilfitri Akan Dikenakan Tindakan Tatatertib Termasuk Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 465 hits
Penjawat Awam yang enggan kembali bekerja selepas Aidilfitri akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerjaKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman menegaskan penjawat awam yang tidak kembali ke pejabat selep...
Langkah Rawang Selepas Aidilfitri Armand Dakwa Anwar Mahu Jadi Mb Selangor

Langkah Rawang Selepas Aidilfitri Armand Dakwa Anwar Mahu Jadi Mb Selangor

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 572 hits
KUALA LUMPUR 22 Mei Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah mendakwa wujud usaha untuk mengangkat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari Armand yang ...
Langgar Arahan Pkpb Ziarah Aidilfitri Enam Sahabat Dikompaun Rm1000 Setiap Seorang

Langgar Arahan Pkpb Ziarah Aidilfitri Enam Sahabat Dikompaun Rm1000 Setiap Seorang

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 471 hits
Kegembiraan enam sahabat menyambut Aidilfitri di sebuah rumah dekat Penaga di sini membawa padah apabila mereka dikompaun kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Kompaun RM1 000 setiap seorang itu dikeluarkan selepas polis ...
Umat Islam Di Labuan Tidak Dibenar Ziarah Kubur Sepanjang Aidilfitri

Umat Islam Di Labuan Tidak Dibenar Ziarah Kubur Sepanjang Aidilfitri

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 564 hits
LABUAN 20 Mei Labuan mengikut langkah Selangor untuk tidak membenarkan umat Islam menziarahi tanah perkuburan sepanjang sambutan perayaan Aidilfitri sama ada sebelum atau selepas solat sunat Aidilfitri dan pada hari berikutnya Ketua Pegawai...
Dijangka Pemberhentian Pekerja Akan Berterusan Selepas Aidilfitri

Dijangka Pemberhentian Pekerja Akan Berterusan Selepas Aidilfitri

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 259 hits
SHAH ALAM Persekutuan Majikan Malaysia menjangkakan pemberhentian pekerja akan terus berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri kerana kebanyakan majikan masih bergelut dengan kesan ekonomi akibat wabak koronavirus Menurut laporan portal FMT Peng...
Kena Kompaun Kerana Masih Ziarah Aidilfitri

Kena Kompaun Kerana Masih Ziarah Aidilfitri

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 497 hits
Kena Kompaun Kerana Masih Ziarah Aidilfitri Kerajaan telah mengeluarkan garis panduan kepada semua rakyat Malaysia berkaitan aktiviti aktiviti ziarah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Kena Kompaun Kerana Masih Ziarah Aidilfitri Aktiviti...
Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

5 Speaker Aktif Terbaik Dengan Audio Jernih Sound Horeg Mah Lewat

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe

Chili Oil Sk Recommend

Water Samples From Sungai Ketil Sent To Chemistry Dept Following Fish Kill Incident

Rahsia Tulang Si Kecil

Udang Kara Air Tawar Mengancam Ekosistem Habitat Asal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Atkinson Cycle Dalam Enjin Kereta

Apa Maksud Kereta Ev Hybrid E Hev Phev Dan Lain Lain

Ftg Kembali Dendang Remaja Ditemani Sofea

Bagaimana Cahaya Dapat Dipengaruhi Oleh Graviti Di Lohong Hitam

Apa Yang Berubah Sejak Aku Kali Terakhir Menulis

Al Hikam 2