Tiada Jaminan Isu Tanah Selesai Jika Manogaran Menang


Nizam Zain
Ketua Pemuda Barisan Nasional Pahang, Mohd Farid Mohd Nor bercakap kepada MalaysiaGazette dalam wawacara eksklusif di Bala Chalet House, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. foto HAZROL ZAINAL 
TANAH RATA – Tiada jaminan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron boleh menyelesaikan isu tanah yang membelenggu pengusaha kebun saban tahun.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pahang, Mohd Farid Mohd Noor sebaliknya berkata, bidang kuasa tanah terletak di bawah Kerajaan Negeri Pahang yang kini dikuasai oleh BN.

Beliau berkata, sekiranya Manogaran memenangi kerusi P078 pada 26 Januari ini, wakil DAP itu hanya boleh membawa permasalahan rakyat selain isu tanah di peringkat Parlimen sahaja dan bukannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

“Apabila pilihan raya ini dilakukan di peringkat Parlimen, saya tak nampak bagaimana sekiranya calon dari PH dipilih dia boleh membantu menyelesaikan isu tanah.

“Ini kerana kalau berada di Parlimen, dia tiada sentuhan kepada kuasa tanah yang sepatutnnya dibawa dalam persidangan DUN Pahang,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama MalaysiaGazette, baru-baru ini.

Sebelum ini, pekebun-pekebun tanah pertanian di Cameron Highlands menuntut agar Kerajaan Negeri Pahang mengkaji semula pemberian Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang perlu diperbaharui setiap tahun.

Malah sebelum ini juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin menggesa Kerajaan Negeri Pahang agar menyelesaikan masalah tanah termasuk memperkenalkan sistem pajakan tanah untuk tempoh 30 tahun.

Mohd Farid yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis berkata, walaupun wakil PH di DUN Tanah Rata pernah membawa isu tanah itu ke sidang DUN Pahang sebelum ini, penyelesaian itu lebih awal dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang.

“Baru-baru ini Kerajaan Negeri Pahang telah beri permit kepada 51 peneroka tanah haram dalam kawasan yang digazetkan sebagai hutan simpan tapi atas ihsan kerajaan negeri kita bagi permit itu.

“Ketika kita bagi permit itu, kita tak tahu pun akan berlaku PRK Cameron Highlands dan saya dimaklumkan pejabat Menteri Besar Pahang bahawa ada banyak lagi permit seperti ini akan diluluskan.

“Kerajaan Negeri tak nak menghalang mereka yang nak mengusahakan tanah tersebut dan pada masa sama kerajaan negeri tak nak kehilangan hasil.

“Jadi permit diberikan dan sudah tentu ia bersifat sementara di mana perlu diperbaharui berdasarkan tempoh masa yang telah ditetapkan TOL,” katanya.

Mohd Farid juga berkata, kebanyakan tanah di Cameron Highlands tidak diberi pemilikan secara tetap atau geran dan kebanyakan pengusahan tanah pertanian ini diberikan TOL.

“Kebanyakan pekebun-pekebun ini sebelum ini meneroka tanah-tanah ini tanpa kebenaran. Sekiranya kawasan tersebut tiada dalam perancangan untuk pembangunan atau bukan kawasan tadahan air, Insya-Allah proses untuk memberi TOL itu boleh dilaksanakan.

“Cuma mungkin memakan sedikit masa, sebab isu tanah di Cameron Highlands ini kompleks, kadang-kala atas sebidang tanah ada beberapa pihak menuntut dan mendakwa tanah itu diusahakan oleh mereka.

“Jadi memang memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan, mengenal pasti siapa pengusaha sebenar, siapa yang datang kemudian atau cuba dakwa itu hak mereka supaya tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang,” katanya.

Katanya lagi, pemberian pemilikan tanah di Cameron Highlands juga perlu dikawal kerajaan negeri daripada sebarang pembangunan tidak terancang dan tanpa kawalan bagi mengelakkan kawasan tadahan air hujan terjejas.

“Cameron Highlands ini terletak di hulu Pahang, sebahagian besarnya merupakan kawasan tadahan air.

“Pembangunan tanpa kawalan ianya boleh menjejaskan bukan setakat Pahang bahkan negeri-negeri berhampiran seperti Kelantan dan Perak.

“Kebanyakan sungai mengalir di Pahang ini berpunca dari Cameron Highlands, jadi kawalan di kawasan ini sangat penting,” katanya.

Beliau turut berkata, bagi menyelesaikan masalah tanah, Pergerakan Pemuda BN Pahang berperanan sebagai jambatan untuk menghubungkan antara pekebun dan agensi yang berkaitan.

“Dengan hubungan baik dan hubungan kerja, kita cuba selesaikan perkara ini satu demi satu kes demi kes dan itulah yang Menteri Besar Pahang selalu ingatkan saya.

“Orang melihat Cameron Highlands ini tanah tinggi dan tanah kebun sayur semata-mata, tetapi sebenarnya di setiap tapak itu ada masalahnya yang berbeza-beza, kadang-kala tanah itu milik kerajaan.

“Kerajaan sudah merancang untuk membuat pembangunan pada masa akan datang, ada sesetengahnya di atas tapak yang milik swasta, jadi perkara ini yang dilihat oleh kerajaan negeri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/tiada-jaminan-isu-tanah-selesai-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manogaran Saya Mungkin Saman K Jaan Pahang Isu Tanah Orang Asli

Manogaran Saya Mungkin Saman K Jaan Pahang Isu Tanah Orang Asli

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 296 hits
Diterbitkan 23 Jan 2019 11 57 malam PRK CAMERON Apa saja keputusan dalam PRK Cameron Highlands pada Sabtu ini calon Pakatan Harapan M Manogaran mungkin akan tetap memfailkan saman terhadap kerajaan Pahang berhubung hak tanah adat Orang Asli...
Saya Akan Bangkit Isu Dana Politik Hingga Selesai Syed Saddiq

Saya Akan Bangkit Isu Dana Politik Hingga Selesai Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 664 hits
TANAH RATA Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan terus membangkitkan isu dana politik kepada pimpinan tertinggi kerajaan sehingga selesai kesemuanya Katanya ketika ...
Isu Duit Minyak Tak Jejas Kempen Ph Kata Manogaran

Isu Duit Minyak Tak Jejas Kempen Ph Kata Manogaran

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 335 hits
PRK CAMERON l Calon Pakatan Harapan M Manogaran berkata tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memanggil seorang wanita berbaju PH yang didakwa mengagihkan wang kepada sukarelawan pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands untuk mer...
Manogaran Enggan Dikaitkan Dengan Isu Ugut Tok Batin

Manogaran Enggan Dikaitkan Dengan Isu Ugut Tok Batin

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 287 hits
dan Astro Awani Manogaran bersama Timbalan Presiden Keadilan Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berarak ke Pusat Penamaan Calon SMK Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata 12 Jan 2019 ASTRO AWANI SHAHIR OMARTANAH RATA Calon Pak...
Prk Cameron Menang Atau Kalah Apa Kata Manogaran

Prk Cameron Menang Atau Kalah Apa Kata Manogaran

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 350 hits
THE MALAYSIAN TIMES CAMERON HIGHLANDS Calon Parlimen Cameron Highlands M Manogaran akan terus memberi perkhidmatan kepada masyarakat di sini meskipun jika beliau tidak memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen itu Sabtu ini Menurut Manogaran sa...
Isu Pencerobohan Tanah Hutan Cameron Dapat Perhatian Tpm

Isu Pencerobohan Tanah Hutan Cameron Dapat Perhatian Tpm

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 222 hits
CAMERON HIGHLANDS Isu pencerobohan tanah kerajaan negeri dan hutan simpan di penempatan Orang Asli Pos Terisu di sini yang kembali berulang mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri dalam siri lawatan kerja seharinya hari ini Dalam lawata...
Bn4ch Ramli Yakin Menang Bantu Selesai Masalah Penduduk

Bn4ch Ramli Yakin Menang Bantu Selesai Masalah Penduduk

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 313 hits
Calon Barisan Nasional Ramli Mohd Nor optimis mampu meraih kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini Beliau berkata kemenangan BN di Parlimen itu bakal memberi manfaat kepada penduduk terutama dalam p...
Hasto Soal Pengelolaan Isu Jokowi Menang Telak 5 0 Atas Prabowo

Hasto Soal Pengelolaan Isu Jokowi Menang Telak 5 0 Atas Prabowo

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 254 hits
Sekretaris Jenderal PDI Perjuangan menjelaskan skor lima ini hanya menghitung isu yang terjadi di awal tahun Tidak termasuk masalah hoaks bekas Jurkam Prabowo Sandiaga Ratna Sarumpaet di awal masa kampanye
Kes Pertengkaran Isu Tanah Mp Bentong Takkan Minta Maaf

Kes Pertengkaran Isu Tanah Mp Bentong Takkan Minta Maaf

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 253 hits
KUANTAN Ahli Parlimen Bentong tidak akan meminta maaf secara terbuka susulan pertengkaran mulut yang tular di media sosial membabitkan isu tanah di Manchis di sini baru baru ini Wong Tack berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator