Manogaran Saya Mungkin Saman K Jaan Pahang Isu Tanah Orang Asli


Diterbitkan 23 Jan 2019, 11:57 malam 

PRK CAMERON | Apa saja keputusan dalam PRK Cameron Highlands pada Sabtu ini, calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran mungkin akan tetap memfailkan saman terhadap kerajaan Pahang berhubung hak tanah adat Orang Asli.

Beliau berkata demikian dalam program debat antara calon yang disiarkan secara langsung di TV1 dan Astro Awani, ketika menjawab soalan moderator Faisal Hazis berkenaan perkara itu.

Faisal bertanya tentang kemungkinan kerajaan persekutuan memfailkan saman terhadap kerajaan Pahang, seperti yang dibuat terhadap kerajaan Kelantan.

"Mungkin saya akan saman kerajaan Pahang, sama ada saya menang atau kalah.

"Tanah adat perlu dikekalkan, Orang Asli tidak perlu dipindahkan ke tempat lain," katanya.

Debat bertajuk "Apa perubahan yang diperlukan Cameron Highlands" dan dianjurkan NGO Bersih.

Manogaran berdepan dua calon Bebas, iaitu Wong Seng Yee dan Sallehuddin Ab Talib. Calon BN, Ramli Mohd Nor sebelum ini menolak untuk menyertainya.
Menjawab soalan sama, Wong berkata beliau akan menggunakan pendekatan yang lebih "lembut".

"Saya akan cuba mencapai persetujuan antara pihak yang terlibat.

"Saya tiada sumber untuk memulakan tindakan undang-undang, jadi fokus saya ke arah mewujudkan keadaan menang-menang antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan Orang Asli," katanya yang merupakan seorang pemilik ladang.

Sallehuddin pula hanya berkata isu tersebut sebagai sentimental buat Orang Asli.

Undi untuk pembangunan?

Bagi soalan tentang penggunaan isu pembangunan untuk meraih undi - seperti yang dinyatakan sesetengah pihak terhadap kempen PH - Manogaran berkata janji yang dibuat berdasarkan permintaan dan rungutan penduduk.

"Cuma saya boleh ketuk (pintu kerajaan) lebih kuat jika saya dipilih sebagai anggota parlimen."

Wong menegaskan tumpuannya terhadap pelan pertanian di tanah tinggi - ke arah apa yang digelarnya sebagai "pertanian 4.0".
Wong Seng Yee"Jika saya tak dipilih pun, saya akan berjuang untuk matlamat itu," katanya, membangkitkan pengalamannya dalam NGO berkaitan pertanian selama lebih 15 tahun.

Sementara itu, Sallehuddin berkata tumpuannya terhadap isu yang dihadapi warga Felda generasi kedua, terutama hutang yang ditanggung mereka.

Isu Orang Asli

Orang Asli - yang membentuk hampir suku daripada jumlah pengundi - sekali lagi menjadi tumpuan. Ketika ditanya apakah tawaran untuk golongan itu, Wong berkata mereka harus dihargai dan dihormati, justeru tumpuannya untuk mewartakan tanah dan meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.

"Saya akan bekerja dengan pihak terlibat untuk menambah baik pertanian mereka agar mereka tidak perlu membebankan kerajaan, dan mewujudkan platform atas talian untuk menjual produk mereka."

Sallehuddin menyentuh soal keciciran anak Orang Asli dari sekolah dan mahu menangani masalah itu.

"Apabila mereka berhenti sekolah, mereka rasa tertinggal, dan jadi rendah diri. Saya mahu menukar pemikiran mereka agar boleh bersaing di arus perdana.

"Masalah kemiskinan menyebabkan mereka mudah dieksploitasi," katanya.

Manogaran berkata akan memberikan Orang Asli "lebih daripada" tanah dan kemudahan asas.

"Saya akan memimpin tangan mereka dan menyertakan mereka dalam pembangunan negara. Saya juga akan melihat kelemahan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Akta Orang Asli 1954."

Ketika sesi penggulungan, Manogaran mempersoal Ramli yang tidak menyertai debat itu.

"Apa pendiriannya terhadap soalan yang dibangkitkan? Jika dia takut, dia tak perlu bertanding. Jika menang, apa yang akan diperkatakannya di Parlimen (berkenaan isu ini)?"

Wong menggunakan ruang itu untuk menegaskan tumpuannya terhadap alam sekitar dan pertanian yang lestari.

"Kini kita dalam keadaan janggal, BN sebagai kerajaan negeri dan PH di persekutuan. Jika saya dipilih, saya akan menjadi jambatan (kepada dua pihak dalam isu tempatan)."

Ramli pula berikrar untuk membawa suara rakyat di Parlimen


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/manogaran-saya-mungkin-saman-kjaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Anak Jins Shamsuddin Saman Adik Sendiri Isu Hak Milik Tanah

Dua Anak Jins Shamsuddin Saman Adik Sendiri Isu Hak Milik Tanah

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 726 hits
AHMAD ISYAFIQ MAD DESA 25 Januari 2019 5 00 PM PETALING JAYA Dua anak kepada pelakon legenda Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin menfailkan saman terhadap waris b
Tiada Jaminan Isu Tanah Selesai Jika Manogaran Menang

Tiada Jaminan Isu Tanah Selesai Jika Manogaran Menang

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 298 hits
Ketua Pemuda Barisan Nasional Pahang Mohd Farid Mohd Nor bercakap kepada MalaysiaGazette dalam wawacara eksklusif di Bala Chalet House Tanah Rata Cameron Highlands Pahang foto HAZROL ZAINAL TANAH RATA Tiada jaminan kemenangan calon Pakatan ...
K Tan Sedia Hadapi Saman Kes Tanah Adat Orang Asli

K Tan Sedia Hadapi Saman Kes Tanah Adat Orang Asli

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 331 hits
Diterbitkan Hari ini 10 48 malamKerajaan Negeri bersedia menghadapi saman yang akan dikemukakan Kerajaan Persekutuan melalui Peguam Negara Tommy Thomas mengenai isu Orang Asli di negeri ini Menteri Besar Ahmad Yakob berkata buat masa ini pi...
Anak Orang Asli C Highlands Jadi Pelacur Aku Anak Pahang

Anak Orang Asli C Highlands Jadi Pelacur Aku Anak Pahang

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 2324 hits
Kegiatan pelacuran melibatkan kanak kanak perempuan Orang Asli kepada pekerja asing di sini merupakan satu tindakan yang terdesak Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia Cameron Highlands B Suresh Kumar berkata masalah berkenaan sudah berl...
Tak Ada Tanah Dimiliki Orang Asli Kelantan Jawab Putrajaya

Tak Ada Tanah Dimiliki Orang Asli Kelantan Jawab Putrajaya

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 311 hits
January 18 2019 8 20 PMTimbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar AbdullahPETALING JAYA Kerajaan Kelantan malam tadi menjawab tindakan Putrajaya menyamannya demi Orang Asli mengatakan tidak ada tanah di negeri itu yang dimiliki masyarakat pribu...
Giliran Ydp Agong Mungkin Sultan Pahang

Giliran Ydp Agong Mungkin Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1188 hits
Kerabat diraja Pahang dilapor akan bermesyuarat minggu ini bagi membincangkan kemungkinan Pemangku Raja Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah naik takhta sebagai sultan Cadangan itu jika diterima akan menyaksikan pertabalan Tengku Abdullah seba...
2 Lagi Kes Penyelewengan Tanah Lot K Jaan Didedah

2 Lagi Kes Penyelewengan Tanah Lot K Jaan Didedah

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 315 hits
Khalid berkata pihaknya akan terus mengumpul bukti dan dijangka menyerahkannya kepada SPRM
Isu Duit Minyak Tak Jejas Kempen Ph Kata Manogaran

Isu Duit Minyak Tak Jejas Kempen Ph Kata Manogaran

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 341 hits
PRK CAMERON l Calon Pakatan Harapan M Manogaran berkata tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memanggil seorang wanita berbaju PH yang didakwa mengagihkan wang kepada sukarelawan pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands untuk mer...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko