Tiada Ceramah Jelajah Mesra Sempena Prn Melaka
MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mungkin tidak akan membenarkan ceramah dan jelajah mesra (walkabout), sebaliknya segala bentuk kempen perlu dibuat secara dalam talian menggunakan media sosial.
Itu antara prosedur operasi standard (SOP) yang sedang diperhalusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman.
Beliau berkata, justeru, satu SOP khas menghadapi pelaksanaan PRN juga akan dikeluarkan kerajaan negeri dalam masa terdekat.
Jelasnya, SOP khas berkenaan merupakan penambahbaikan yang akan dilakukan kepada garis panduan ditetapkan SPR dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan kempen serta hari pengundian.
“Kita akan kaji SOP yang dikeluarkan SPR, kalau ada penambahbaikan kita akan buat di peringkat Mesyuarat Pengurusan Covid-19 negeri minggu hadapan.
“Kita ada masa lagi, ada SOP khas (negeri). SOP SPR ini termasuklah ceramah dan walkabout tidak dibenarkan serta ceramah kempen dibuat menggunakan media sosial,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek, di sini hari ini.
Tambahnya, perkara lain yang ditetapkan adalah, ceramah kempen dilakukan menggunakan pembesar suara daripada kenderaan dalam tempoh 5 hingga 7 minit.
“Apabila orang mula berkumpul, kenderaan tersebut perlu bergerak, itu antara SOP khas yang akan dimaklumkan.
“SOP ini akan diteliti dan diperkemaskan lagi untuk memastikan kejadian di Sabah tidak berulang lagi,” jelasnya.
Ujarnya lagi, jentera semua parti termasuk dari dalam dan luar Melaka disaran melakukan ujian kendiri Covid-19 sebelum berkempen.
“Setiap bilik gerakan juga perlu menyediakan kit ujian tersebut. Kerajaan negeri berharap jentera semua parti dapat memberikan kerjasama baik dalam pematuhan SOP yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini,” katanya. – UTUSAN
Tiada ceramah, jelajah mesra sempena PRN Melaka
Baca Artikel Menarik :
Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
PRN Melaka: Muhyiddin umum PN bertanding menentang BN dan PH
The post Tiada ceramah, jelajah mesra sempena PRN Melaka appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/10/22/tiada-ceramah-jelajah-mesra-sempena-prn-melaka/