Dr Zainal Kling Orang Melayu Bakal Hilang Kuasa Di Prn Melaka



(PN BBC) – Penganalisis politik meramalkan orang Melayu bakal hilang kuasa politik dan Pakatan Harapan (PH) akan kembali berkuasa jika berlaku pertembungan banyak penjuru membabit UMNO, BERSATU dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.
Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, berkata jika UMNO bertanding bersendirian tanpa PAS dan BERSATU maka undi Melayu sudah pasti akan berpecah, sekali gus membuka ruang kepada PH untuk kembali menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Zainal berkata keadaan itu menjadi lebih parah kerana majoriti pengundi Cina dikatakan berpihak kepada DAP yang menjadi penggerak utama PH.
“Oleh itu, saya percaya jika majoriti undi kaum Cina berpihak kepada DAP dan PKR, manakala undi Melayu berpecah kepada dua atau tiga pihak, dengan manipulasi isu rasuah dan sebagainya oleh Anwar, maka tidak mustahil PH akan kembali menerajui kerajaan negeri selepas PRN Melaka, pada 20 November depan.
“Jadi semua parti mewakili orang Melayu terutama UMNO, BERSATU dan PAS wajib bersatu padu dan tidak boleh berlagak sombong dengan mengatakan bahawa kami boleh menang jika bertanding bersendirian dan enggan bertolak ansur antara satu sama lain.
“Jika pemimpin UMNO, BERSATU dan PAS mahu melihat orang Melayu kembali menguasai kerajaan negeri Melaka maka mereka kenalah bertolak ansur antara satu sama lain kerana peluang menang sekiranya mereka bertanding bersendirian adalah amat tipis,” katanya ketika dihubungi wartawan PNBBC hari ini.
Tambahan pula, Zainal berkata wajah UMNO sudah tercemar selepas bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO sekarang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibicarakan di mahkamah kerana terbabit dengan skandal rasuah.
Malah, rakyat dan pengundi di akar umbi secara umumnya sudah mengetahui masalah rasuah membabitkan kedua-dua pemimpin dan tokoh berpengaruh dalam UMNO terbabit.
“Keadaan itu diburukkan lagi apabila kejatuhan kerajaan negeri Melaka yang berpunca daripada skandal rasuah dan perebutan kontrak perlombongan pasir dalam kalangan pemimpin UMNO.
“Jadi bagi saya orang Melaka memang sudah sedia maklum sebab utama mereka terpaksa menghadapi PRN sekarang adalah berkait rapat dengan sikap gila kuasa dan rasuah dalam kalangan pemimpin UMNO.
“Jika itu rakyat Melaka sedar punca masalah sebenar PRN perlu diadakan semasa negara masih dilanda krisis kesihatan COVID-19 dan kemerosotan ekonomi maka peluang UMNO menang PRN jika mereka bertanding bersendirian tanpa bergabung dengan PN terutama PAS adalah amat tipis.
“Sebelum ini UMNO dikatakan mahu bersendirian kerana menolak PAS yang rapat dengan BERSATU biarpun parti berkenaan mempunyai imej paling bersih.
“Jika UMNO mahu bertanding sendirian tanpa bergabung dengan mana-mana parti termasuk PAS maka ia adalah satu perjudian besar kerana beranggapan parti itu masih kuat dan mendapat sokongan akar umbi.
Beliau juga percaya PH terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan isu skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pemimpin UMNO termasuk di Melaka sebagai bahan kempen utama pada PRN nanti.
Akhir sekali, Zainal berkata pengundi Melayu juga perlu berfikir panjang dan mengulangi kesilapan sama dengan memilih PH pada PRN Melaka nanti seperti berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu sehingga menyebabkan hak orang Melayu terhakis.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/10/20/dr-zainal-kling-orang-melayu-bakal-hilang-kuasa-di-prn-melaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Melaka Prn Bakal Saksikan Pertembungan Bn Ph Dan Pn Abdul Rahim

Politik Melaka Prn Bakal Saksikan Pertembungan Bn Ph Dan Pn Abdul Rahim

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 320 hits
Shuhada Abdul KadirOktober 11 2021Pertembungan dijangka berlaku pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika perbincangan antara parti parti berkenaan gagal mencapai sebarang bentuk kerjasama Gambar failAYER KEROH Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri...
Prn Melaka Zahid Di Nasihatkan Berunding Jangan Pertaruh Nasib Politik Melayu Islam

Prn Melaka Zahid Di Nasihatkan Berunding Jangan Pertaruh Nasib Politik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 283 hits
SHAH ALAM Pemimpin Pas meminta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berunding bersama semua parti Melayu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyataka...
Prn Melaka Gabungan Pas Bersatu Bakal Kalah Teruk Lapor Portal

Prn Melaka Gabungan Pas Bersatu Bakal Kalah Teruk Lapor Portal

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 237 hits
perakinsights com PRN Melaka yang bakal diadakan dijangka menjadi penentu landskap politik di peringkat nasional menuju PRU15 Ia terutama berkaitan kekuatan gabungan Perikatan Nasional antara Bersatu dengan PAS yang sama ada berisiko kalah ...
Siapa Bakal Menang Prn Melaka

Siapa Bakal Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 347 hits
PERSOALAN yang paling kerap ditanya kepada mana mana penganalisis politik ketika ini ialah siapa yang akan menang pada Pilihan Raya Negeri Melaka kelak Soalnya ada atau tidak PRN seperti yang sepatutnya berlaku selepas pembubaran Dewan Unda...
Karier Zahid Bakal Berakhir Jika Umno Gagal Di Prn Melaka

Karier Zahid Bakal Berakhir Jika Umno Gagal Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 278 hits
Penganalisis berkata kedudukannya sebagai presiden Umno mungkin tergugat jika parti itu gagal memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Umno 2020 di Pusat Daganga...
Prn Melaka Ph Akan Hilang Kredibiliti Jika Terima 4 Adun Ramkarpal

Prn Melaka Ph Akan Hilang Kredibiliti Jika Terima 4 Adun Ramkarpal

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 207 hits
Kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh perkara itu harus dihindari dengan segala cara memandangkan ph mempunyai komitmen undang undang anti lompat parti berdasarkan memorandum persefahaman yang ditandatangani bersama kerajaan baru...
Prn Melaka Rundingan Agihan Kerusi Ph Bakal Dimuktamadkan Selasa Depan

Prn Melaka Rundingan Agihan Kerusi Ph Bakal Dimuktamadkan Selasa Depan

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 235 hits
Rundingan kerusi membabitkan parti komponen Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Negeri Melaka dimuktamadkan selewat lewatnya selasa depan kata Pengerusi PH Negeri Adly Zahari SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub co...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana