Masa Depan Zahid Hamidi Akan Habis Jika Umno Gagal Pertahan Pendirian Tanding Solo Di Prn Melaka


 
Pihak yang nampaknya amat bimbang jika UMNO akhirnya memutuskan bertanding secara solo dan tanpa bekerjasama dengan sesiapa dalam PRN Melaka ialah Pas.Walaupun maksud bertanding secara solo sebagaimana yang ditegaskan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi itu bererti UMNO tiada kerjasama juga dengan Bersatu, selain dengan Pas, namun Bersatu terlihat lebih relaks menerima pendirian itu.Bagi Bersatu, sama ada wujud kerjasama atau tidak dengan UMNO, kedua-dua keadaan itu dapat mereka terima dengan seadanya.Tetapi, tidak bagi Pas di mana mereka seboleh mungkin tetap mahu kerjasama tiga parti Melayu – UMNO, Pas dan Bersatu – diwujudkan dalam menghadapi PRN Melaka.Meski Pas adalah ahli rasmi gabungan PN yang ditunjangi oleh Bersatu, parti itu nampaknya tidak sedia bertanding atas panji PN semata-mata.Mereka masih berharap, malah begitu mengidamkan untuk bekerjasama sebagai satu pasukan dengan saling membantu dan berbahagi-bahagi dari segi pengagihan kerusi dengan UMNO.Dalam hal ini, beberapa pemimpin Pas mula berdalil bahawa penegasan bertanding solo yang diumumkan Zahid Hamidi sebelum ini bukanlah pendirian rasmi UMNO, bahkan hanya bersifat peribadi serta tidak pernah pun diputuskan oleh MT.Secara tersiratnya, adalah jelas Pas mahu agar pendirian Zahid Hamidi dapat diubah sebelum PRN Melaka diadakan.Cuma, masalah Pas ialah selain ia mahu bekerjasama dengan UMNO, dalam masa yang sama ia juga ingin UMNO menerima Bersatu sebagai rakan kerjasama.Meski pernah dikhianati kerana bertindak menyertai PN tanpa merujuk kepada UMNO walaupun ketika itu kedua-dua parti sudah “bertunang” dalam MN, rasanya UMNO tiada masalah jika hanya menerima Pas sebagai rakan kerjasamanya.Masalah besar ialah apabila Pas mahu Bersatu diterima juga oleh UMNO sebagai rakan dalam kerjasama yang mahu diwujudkan itu.Apa sebenarnya yang Pas mahu?Tidak sukar untuk memahami bahawa niat dan tujuan Pas itu, selain kerana melihat melalui kerjasama tiga parti itulah saja peluang terbaik untuk mereka menang kerusi di Melaka, ia juga adalah disebabkan keinginan lebih besar parti itu untuk menyelamatkan nyawa politik rakan segabungan dalam PN iaitu Bersatu.Pas dengan UMNO tiada sebarang ikatan rasmi dalam mana-mana gabungan, malah MN yang mengikat mereka selama ini pun tidak pernah didaftarkan secara rasmi.Ini berbeza dalam hubungan antara Pas dengan Bersatu di mana kedua-dua parti adalah ahli rasmi PN yang ditunjangi oleh Bersatu.Sudah tentu, melalui ikatan sah yang wujud itu, Pas lebih memihak dan ingin menyelamatkan Bersatu berbanding UMNO.UMNO tidak lebih hanya alat untuk Pas memenuhi hasrat politiknya dan juga untuk memastikan Bersatu tidak mati begitu saja dimatikan oleh UMNO.Sebab itu, UMNO harus berhati-hati dengan permainan licik Pas yang sanggup menjadikan agama sebagai tunggangan nafsu politiknya.Kalau agamanya pun sanggup dijadikan sebagai tunggangan, apalah sangat dengan menunggang UMNO demi nafsu politik juga.Harus UMNO ingat, kiranya mereka terjebak dalam kerjasama dengan Pas dan Bersatu di PRN Melaka yang cuba dicatur Pas itu, ia seterusnya pasti akan menjurus kepada berlakunya kerjasama yang sama pada PRU15 nanti.Oleh kerana ketetapan PAU atau Perhimpunan Agung UMNO telah memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dalam PRU15, untuk mengubah keputusan itu ia memerlukan PAU juga membatalkannya.Dengan yang demikian, PAU tahun ini sudah pasti akan dimanfaatkan oleh pemimpin UMNO pro Bersatu yang berada dalam kerajaan untuk mengubah ketetapan tersebut, tidak kira apa sekali pun keputusan PRN Melaka nanti.Jika itu berjaya dilakukan, tidak mustahil ia juga disusuli dengan usul agar pemilihan UMNO dipercepatkan dan mesti diadakan sebelum PRU15 dilangsungkan.Dengan Ismail Sabri Yaakob kini memegang jawatan Perdana Menteri dan kuasa menentukan tarikh PRU15 adalah ditangannya, bersama pula beberapa menteri UMNO yang pro Bersatu ada bersamanya, Zahid Hamidi pasti “habis” jika dilanggar oleh Perdana Menteri dalam pemilihan UMNO yang diadakan sebelum PRU15 dilangsungkan.Jika itu yang berlaku nanti – imbaslah semula – semuanya bermula dengan kegagalan UMNO mempertahankan pendirian untuk bertanding solo di PRN Melaka.
– ShahbudinHusin 19/10/2021.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/masa-depan-zahid-hamidi-akan-habis-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Hanya Zahid Mahu Tanding Solo Mt Umno Belum Buat Keputusan

Prn Melaka Hanya Zahid Mahu Tanding Solo Mt Umno Belum Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 482 hits
Seorang Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mendedahkan hanya Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu UMNO bertanding secara solo pada pilihan raya negeri Melaka tetapi setakat ini parti masih belum ada keputusan muktamad ...
Umno Sedia Terima Keputusan Zahid Untuk Tanding Solo Prn Melaka

Umno Sedia Terima Keputusan Zahid Untuk Tanding Solo Prn Melaka

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 252 hits
agendaily com15 10 2021Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding secara solo dalam pilihan raya negeri Melaka diterima den...
Karier Zahid Bakal Berakhir Jika Umno Gagal Di Prn Melaka

Karier Zahid Bakal Berakhir Jika Umno Gagal Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 279 hits
Penganalisis berkata kedudukannya sebagai presiden Umno mungkin tergugat jika parti itu gagal memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Umno 2020 di Pusat Daganga...
Nasib Umno Ismail Dan Zahid Terikat Pada Prn Melaka

Nasib Umno Ismail Dan Zahid Terikat Pada Prn Melaka

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 227 hits
October 24 2021 Mohsin AbdullahKata ketua penyelidik Ilham Centre Prof Madya Mohd Yusri Ibrahim Bayangkan hanya kerana krisis antara beberapa individu dalam kepimpinan Umno Melaka kita terpaksa berbelanja sebesar RM46 juta Dalam tempoh kris...
Selepas Zahid Hamidi Berkeras Umno Bertanding Solo Kemana Kluster Menteri Pro Bersatu Punya Hala Tuju

Selepas Zahid Hamidi Berkeras Umno Bertanding Solo Kemana Kluster Menteri Pro Bersatu Punya Hala Tuju

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 235 hits
Di sebalik keinginan di pihak Bersatu dan Pas serta sikap beberapa menteri UMNO yang masih berharap parti itu dapat bekerjasama dengan PN dalam menghadapi PRN Melaka Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi nampaknya kekal dan tegas dengan pendiria...
Majoriti Pemimpin Umno Melaka Tolak Langkah Solo Zahid

Majoriti Pemimpin Umno Melaka Tolak Langkah Solo Zahid

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 234 hits
Pemimpin Umno Melaka berpandangan langkah tersebut seakan akan Umno rela menyerahkan negeri itu kepada Pakatan Harapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berdepan kesukaran meyakinkan pemimpin parti itu di Melaka untuk bergerak bersendirian d...
Zahid Tolak Mn Di Prn Melaka Bn Akan Bertanding Solo

Zahid Tolak Mn Di Prn Melaka Bn Akan Bertanding Solo

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 365 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu mahupun PAS pada pilihan raya negeri Melaka yang akan datang Dalam sebuah program bual bicara malam tadi pengacara Rafi Awang Kechik bertanya kepada Za...
Umno Bn Akan Tanding Secara Bersendirian Pada Prn Melaka Tanpa Kerjasama Parti Lain

Umno Bn Akan Tanding Secara Bersendirian Pada Prn Melaka Tanpa Kerjasama Parti Lain

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 232 hits
KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk PAS yang menjadi sekutunya dalam Muafakat Nasional ataupun BERSATU Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ah...
Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 269 hits
Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR Abd Razak Aid PERIKATAN Nasional berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan bulan depan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya