Thomas Keterangan Sirul Sokong Dakwaan Azilah Diarah Tembak Bunuh Altantuya


malaysiakini.com
Diterbitkan 1 Feb 2021, 5:46 pm
Dikemaskini 5:59 pm

Sirul Azhar Umar memberikan bukti yang membenarkan dakwaan tertuduh bersama Azilah Hadri, yang membabitkan keterlibatan bekas perdana menteri Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu

Menurut bekas peguam negara Tommy Thomas, ini berdasarkan wawancara oleh seorang timbalan pendakwa raya kanan yang diarahkannya untuk bertemu Sirul di pusat tahanan imigresen Villawood di Australia.

"Saya meminta seorang DPP senior untuk terbang ke Sydney bagi meminta izin pihak berkuasa di sana untuk menemubual Sirul mengenai kewibawaan pengakuan Azilah.

"DPP kanan saya menghabiskan banyak hari untuk mewawancara Sirul di Villawood. Keterangan Sirul mengesahkan (corroborate) keterangan Azilah.

"Versi bersama mereka ada kredibiliti, terutama dengan mempertimbangkan bahawa mereka dipenjara di pusat tahanan yang berlainan di dua negara tanpa cara untuk saling berhubungan.

"Saya berpuas hati mereka bercakap benar," tulis Tommy dalam memoirnya "My Story: Justice in the Wilderness".
Thomas berkata dia dimaklumkan Sirul sebelum ini telah memberitahu pihak berkuasa Australia bahawa dia diarahkan untuk membunuh seorang perisik asing, serupa dengan apa yang didakwa oleh Azilah.

Kedua-dua Sirul dan Azilah bekas anggota pasukan komando khas polis. Mereka disabitkan membunuh warga Mongolia pada tahun 2006.

Bagaimanapun, Sirul melarikan diri ke Australia setelah Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Persekutuan kemudian mengembalikan keputusan bersalah terhadapnya dan sabitan hukuman mati.

Australia mempunyai polisi tidak mengusir mereka yang sedang menjalani hukuman mati pulang ke negara asalnya.
Dalam memoirnya, Thomas menyentuh pengakuan Azilah yang pertama kali dibuat saat menunggu hukuman mati di penjara Kajang - bahawa dia bersama-sama dengan Sirul membunuh Altantuya setelah arahan eksplisit "tembak untuk membunuh" (shoot to kill).

Azilah, pada bulan Disember 2019, mendakwa arahan itu datang daripada Najib dan sekutu rapatnya, Abdul Razak Baginda.

Perincian ini terkandung dalam permohonan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula sabitan dan hukuman matinya, bersama dengan Sirul.

"Azilah menyokong permohonan semakannya dengan akuan berkanun yang sama (SD) yang pernah saya baca sebelum ini.

"Ini tidak hanya membabitkan Najib sebagai orang yang memberi arahan kepada Azilah untuk membunuh, tetapi juga pembantunya, Musa Safri, kerana membantu atau bersubahat dengan Najib," kata Thomas merujuk kepada SD itu.

Pada SD bertarikh 17 Okt 2019, Azilah mendakwa Najib mengarahkannya untuk "menangkap dan menghapuskan" (arrest and destroy) Altantuya, yang dikatakan oleh timbalan perdana menteri ketika itu sebagai "perisik asing" dan "ancaman terhadap keselamatan negara."

Bagaimanapun, Najib telah menafikan dakwaan tersebut.
Sementara itu, Thomas dalam bukunya juga menulis ayah Altantuya, Shaariibuu Setev, telah membuat laporan polis kedua pada 2018 menggesa dibuka satu siasatan baru mengenai pembunuhan anak perempuannya berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang lalu.

Bekas peguam negara berkata ketika itu, dia secara peribadi telah mengatur pertemuan dengan ketua polis negara Fuzi Harun dan beberapa pegawai kanan polis lain, tetapi dimaklumkan tidak ada petunjuk baru dalam kes berkenaan.

Thomas berkata siasatan itu hanya mula bergerak lebih dari setahun kemudian berdasarkan kandungan SD Azilah dengan polis merakam pernyataan saksi yang disebutkan dalam dokumen 32 halaman itu.

"Objektif siasatan baru untuk membina kes.

"Saya perlu menjadi sangat hati-hati atas alasan yang jelas. Tetapi satu perkara yang pasti - saya tidak dapat mengabaikan pendedahan yang dibuat oleh Azilah dengan akuan bersumpah itu, yang menjadi asas permohonan kepada mahkamah tertinggi di negeri ini," katanya.

Pada 8 Disember lalu, sidang lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed sebulat suara menolak permohonan semakan Azilah.

Azahar berkata Azilah terus membisu mengenai apa yang dikatakan "bukti baru" sebagaimana dinyatakan dalam akuan berkanunnya sepanjang siasatan polis, perbicaraan di Mahkamah Tinggi, dan rayuan berikutnya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Permohonan Azilah dikemukakan pada 5 Disember 2019, dengan alasan pemohon dibenarkan untuk menambahkan bukti lebih lanjut yang tidak dikemukakan semasa perbicaraan pembunuhan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

[Baca laporan asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/thomas-keterangan-sirul-sokong-dakwaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peristiwa 13 Mei Kepalsuan Dakwaan Tommy Thomas Terdedah

Peristiwa 13 Mei Kepalsuan Dakwaan Tommy Thomas Terdedah

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 152 hits
Sungguh pelik bagaimana seorang peguam terkenal yang pernah menjawat jawatan Peguam Negara boleh menulis secara semberono tanpa mengalaskan dakwaan dakwaan beliau kepada mana mana sumber sahih apa lagi bila beliau sendiri menyebut bahawa se...
Najib Minta Thomas Tarik Balik Dakwaan Dalam Buku Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta

Najib Minta Thomas Tarik Balik Dakwaan Dalam Buku Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 189 hits
Najib Razak menuntut supaya bekas peguam negara Tommy Thomas menarik semula dakwaan terhadap Najib di dalam memoirnya yang mengatakan bahawa ahli parlimen Pekan itu memainkan peranan dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu Dala...
Kes Altantuya Najib Dakwa Difitnah Keluar Surat Tuntutan Terhadap Tommy Thomas

Kes Altantuya Najib Dakwa Difitnah Keluar Surat Tuntutan Terhadap Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 419 hits
February 2 2021 6 18 PMMuhammad Shafee Abdullah berkata Najib Razak mengarahkan beliau memfailkan saman awal minggu depan jika Tommy Thomas gagal memberi jawapan memuaskan menjelang Jumaat ini PETALING JAYA Najib Razak mengeluarkan surat tu...
Mahathir Jawab Dakwaan Tommy Thomas

Mahathir Jawab Dakwaan Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 392 hits
DR MAHATHIR MOHAMADSaya terkejut membaca petikan dari buku Tommy Thomas My Story Justice in the Wilderness Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya Tetapi sebelum saya menjadi Perdana Menteri semula Tommy telah datang bersama Zainu...
Najib Tuntut Thomas Thomas Mohon Maaf Dan Tarik Balik Kenyataan Berkaitan Kes Altantuya

Najib Tuntut Thomas Thomas Mohon Maaf Dan Tarik Balik Kenyataan Berkaitan Kes Altantuya

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 211 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menuntut bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya berhubung pembunuhan seorang wanita Mongo...
Pru14 Pun Ahli Mic Tak Sokong Pas Mereka Undi Ph Malas Layan Dah Mb Kedah

Pru14 Pun Ahli Mic Tak Sokong Pas Mereka Undi Ph Malas Layan Dah Mb Kedah

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 268 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata dia enggan melayan kenyataan pemimpin MIC termasuk amaran parti itu yang tidak akan menyokongnya pada Pilihan Raya Umum ke 15 Sanusi yang mengganti Mukhriz Mahathir tahun lalu bagi mentadbi...
Hamzah Beri Syarat Sokong Perikatan Nasional Baru Muda Diluluskan Syed Saddiq

Hamzah Beri Syarat Sokong Perikatan Nasional Baru Muda Diluluskan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 391 hits
PETALING JAYA Dalam satu afidavit mengejutkan yang difailkan di mahkamah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin memujuknya supaya menyokong kerajaan jika mahu pendaftaran parti Muda p...
Sokong Muhyiddin Atau Pergi Mampus Your Choice

Sokong Muhyiddin Atau Pergi Mampus Your Choice

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 189 hits
For PAS people our stand is simple Tepuk dada tanya iman For other Malays it is tepuk dada tanya selera And our selera is controlled by Setan Humankind is insatiable We are driven by wants greed ego and lust not by needs And this is the rea...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord