Hamzah Beri Syarat Sokong Perikatan Nasional Baru Muda Diluluskan Syed Saddiq



 
PETALING JAYA: Dalam satu afidavit mengejutkan yang difailkan di mahkamah, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin “memujuknya” supaya menyokong kerajaan jika mahu pendaftaran parti Muda pimpinannya diluluskan.
Bekas menteri belia dan sukan itu berkata, perkara itu berlaku di Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan Belanjawan ketika beliau membincangkan perkara itu dengan Hamzah kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) berada bawah bidang kuasa Hamzah.
“Dia mengatakan setakat ini saya tidak pernah sebagai Ahli Parlimen yang mengundi menyokong Rang Undang-undang (RUU) kerajaan,” kata Syed Saddiq dalam afidavit bagi menyokong permohonan semakan kehakiman berhubung keengganan JPPM mendaftarkan Muda.
Syed Saddiq mendakwa, menteri itu seterusnya berkata walaupun beliau menentang RUU kerajaan, beliau tidak seharusnya menghadiri sesi Dewan Rakyat ketika proses pengundian diadakan.
“Saya terperanjat. Saya menjawab dengan mengatakan bahawa saya tidak boleh melepaskan tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen dan akan selalu mengundi mengikut hati nurani saya dan kepentingan konstituen saya,” katanya dalam afidavit yang dilihat FMT.

Syed Saddiq berkata, beliau bertemu Hamzah di pejabatnya di bangunan Parlimen pada 3 Nov tahun lalu sekitar 10.45 pagi untuk membincangkan pendaftaran Muda.
Selepas bertanya mengenai status permohonan itu, Hamzah berkata, beliau belum menerima surat daripadanya (Syed Saddiq) yang meminta bantuan.
Beliau mendakwa, Hamzah memberitahunya bahawa laluan rasmi untuk pendaftaran melalui JPPM tidak mencukupi dan beliau perlu menulis terus kepada menteri.
Syed Saddiq menyerahkan surat kepada Hamzah pada hari sama, dengan memberikan latar belakang perkara tersebut dan meminta bantuan untuk mempercepatkan pendaftaran Muda.
Pada 10 Nov, beliau berkata, setiausaha politik menteri itu memaklumkan bahawa surat bertarikh 3 Nov itu sudah dihantar kepada JPPM, dengan nota supaya jabatan berkenaan mengambil perhatian kepada perkara itu.
Syed Saddiq berkata, pada 13 Dis, beliau sekali lagi berkomunikasi dengan Hamzah mengenai status pendaftaran partinya, tetapi menteri itu berkata: “Saya harus memberikan komitmen (commit myself) kepada perdana menteri dan sekali lagi mengingatkan bahawa saya selama ini mengundi menentang kerajaan di Parlimen.”
Pada masa itu, Ahli Parlimen dijadualkan mengundi Belanjawan 2021 pada 15 Dis dan wujud ketidakpastian, ketegangan dan kegelisahan.
Kegagalan meluluskan belanjawan itu akan sekali gus bermakna undi hilang percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan boleh membawa kepada peletakan jawatan beliau.
Awal bulan ini, 13 penaja Muda yang diketuai Syed Saddiq memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan JPPM dan menteri menolak pendaftaran parti itu.
Mereka juga mahu memaksa JPPM mendaftarkan Muda sebagai parti politik dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah mahkamah.
Permohonan itu dijadualkan didengar melalui perbicaraan secara maya di hadapan hakim Mariana Yahya esok dan FMT difahamkan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengemukakan bantahan awal.
AGC berkata, masih terlalu awal bagi Muda menggunakan penyelesaian undang-undang kerana ia belum membuat rayuan kepada menteri dalam tempoh 30 hari selepas JPPM menolak permohonan tersebut.
Pada 6 Jan, JPPM menolak permohonan pendaftaran Muda tanpa memberikan sebab khusus.
Muda memfailkan permohonan untuk mendaftarkan parti itu pada 17 Sept dan mengemukakan perlembagaannya yang disemak semula pada 6 Okt.

 
The post Hamzah Beri Syarat Sokong Perikatan Nasional, Baru ‘Muda’ Diluluskan – Syed Saddiq appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/24/hamzah-beri-syarat-sokong-perikatan-nasional-baru-muda-diluluskan-syed-saddiq/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hamzah-beri-syarat-sokong-perikatan-nasio

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamzah Set Support Pn And We Ll Approve Muda Condition Claims Syed Saddiq

Hamzah Set Support Pn And We Ll Approve Muda Condition Claims Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 126 hits
Syed Saddiq claims Hamzah Zainudin had on two occasions questioned his refusal to support the government when he brought up Muda s application PETALING JAYA In an explosive claim in a court affidavit Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman re...
Hamzah Luluskan Saja Muda Takut Apa Dengan Syed Saddiq Kata Puad

Hamzah Luluskan Saja Muda Takut Apa Dengan Syed Saddiq Kata Puad

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 51 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa kerajaan Perikatan Nasional menerusi Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin meluluskan pendaftaran parti Muda yang diasaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman Puad berkata...
Muafakat Nasional Menang Dan Perikatan Nasional Menang

Muafakat Nasional Menang Dan Perikatan Nasional Menang

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 123 hits
BERDASARKAN KEPUTUSAN PRU 14 BAH 1 MUAFAKAT NASIONAL A Terkini 165 Ahli Parlimen Semenanjung terbahagi kepada beberapa buah parti utama a PAKATAN HARAPAN 34 PKR 33 DAP 11 AMANAH b PERIKATAN NASIONAL 23 PPBM 18 PASc BARISAN NASIONAL 36 UMNO ...
Covid 19 Perikatan Nasional Dah Angkat Bendera Putih Rakyat Kena Uruskan Diri Sendiri

Covid 19 Perikatan Nasional Dah Angkat Bendera Putih Rakyat Kena Uruskan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 172 hits
Jangkitan harian Covid 19 semakin hari semakin parah Perjalanan kita untuk melandaikan lekuk graf kes baharu Covid 19 masih jauh apa lagi untuk mengawal sepenuhnya wabak Covid 19 yang makin hari semakin memakan korban nyawa rakyat Malaysia ...
Syarat Baru Untuk Semua Penumpang Udara Ke Amerika Syarikat

Syarat Baru Untuk Semua Penumpang Udara Ke Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 42 hits
Pusat Kawalan Penyakit telah mengumumkan Syarat Baru Untuk Semua Penumpang Udara Ke Amerika Syarikat Mulai 26 Januari 2021 semua pelancong akan diwajibkan mempunyai bukti keputusan ujian Covid 19 negatif untuk tiba di negara tersebut Ia ter...
Perikatan Nasional Government Still In Control

Perikatan Nasional Government Still In Control

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 68 hits
There is no doubt that PN is a minority government but it still holds the majority The Perikatan Nasional government remains a valid ruling coalition despite commanding a thin majority analysts said While PN has the support of only 111 memb...
Perikatan Nasional Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Masih Sah

Perikatan Nasional Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Masih Sah

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 72 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin memiliki 110 sokongan ahli Parlimen selepas Ahmad Jazlan menyatakan tidak lagi menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https...
Perikatan Nasional Muhyiddin Perlu Segera Menghadap Yang Di Pertuan Agong

Perikatan Nasional Muhyiddin Perlu Segera Menghadap Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 101 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menyarankan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin segera menghadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berikutan sudah hilang sokongan majoriti SUBSCRIBE now Astro Awani h...
Arab Saudi Umumkan Syarat Baru Jemaah Umrah Dari Indonesia Ini Penjelasannya

Arab Saudi Umumkan Syarat Baru Jemaah Umrah Dari Indonesia Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 46 hits
Pemerintah Arab Saudi mengumumkan adanya syarat baru pada kategori usia bagi jemaah umrah khusus warga negara Indonesia Kepala Bidang Umrah Asosiasi Muslim Penyelenggara Haji dan Umrah Republik Indonesia Zaky Zakaria Anshary menyampaikan sy...
Amalan Seks Gila Dan Tidak Masuk Dek Akal Di Seluruh Dunia Amat Mengejutkan

Kenapa Semua Salah Kan Saya Nelydia Senrose

5 Cara Menghalau Monyet Dan Babi Hutan Tanpa Membunuh

Aku Baru Sedar Pentingnya Simpan Emas 2021 Ini Sebabnya

Jutawan Segera Tercipta Bila Lelaki Ini Menang Cabutan Bertuah Bsn Dia Adalah Yang Termuda Sekali

15 Infected With Covid 19 After Symptomatic Relatives Attend Tahlil

Nasib Hangpa Orang Kedah Ooi Bila Dapat Mb Balak

Hospital Kpj Ampang Puteri Terbakar Video Awal



Ganja Tumbuh Meliar di Kampung Tersembunyi Himalaya Ini Malana Village

6 Tahap Kawalan Autonomi Kenderaan Yang Bakal Menggantikan Manusia

Mengapa Majoriti Sekolah di Dunia Mewajibkan Uniform

Biodata 12 Fakta Instafamous Coki TikTok Yang Ramai Tak Tahu

Apa Yang Berlaku Jika Anda Disedut Ke Dalam Lubang Empangan


Kekampungan

Virus Demam Babi Afrika Merebak Ke Daerah Lain Di Sabah

Dia Bagi Cincin Saja Kilafairy

Tabung Haji Reduced To A Ponzi Scheme

Menteri Naik Bas Ekspres Tanda Besar Pru Sudah Muncul

Enaknya Laksa Teluk Kechai Resepi Pun Mudah