Najib Minta Thomas Tarik Balik Dakwaan Dalam Buku Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta



Najib Razak menuntut supaya bekas peguam negara Tommy Thomas menarik semula dakwaan terhadap Najib di dalam memoirnya, yang mengatakan bahawa ahli parlimen Pekan itu memainkan peranan dalam pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dalam notis tuntutan kepada Thomas, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata anak guamnya menuntut ganti rugi RM10 juta dan mengemukakan “permohonan maaf” yang sebenar-benarnya yang akan ditentukan oleh peguam.
Thomas diberi tempoh sehingga Jumaat tengah hari untuk berbuat demikian. Menurut Shafee, jika tidak pihaknya akan mengemukakan saman fitnah terhadap Thomas awal minggu depan.
Shafee berkata, kenyataan Thomas dalam memoirnya yang baru dilancarkannya, “My Story: Justice in the Wilderness” adalah sangat cuai, melulu, tidak bertanggungjawab, berniat jahat dan bertujuan untuk mencemarkan imej dan reputasi baik Najib di mata orang ramai dan seterusnya mendedahkan anak guamnya kepada kebencian, cercaan, penghinaan, ejekan dan cemuhan orang ramai.”
“Kamu menggambarkannya sebagai pembunuh dengan kesimpulan secara langsung dan sindiran yang sama sekali tidak benar, palsu dan tidak mempunyai asas atau bukti,” katanya.
“Kenyataan anda yang mempertikaikan perkara itu jelas bermotifkan mala fide (berniat jahat) dan dilakukan demi kepentingan diri untuk mencari publisiti murahan, sensasi dan keuntungan,” dakwa Shafee.
Shafee berkata kenyataan dalam buku itu telah menimbulkan rasa tertekan dan memalukan Najib terutamanya apabila kenyataan itu dibuat oleh bekas peguam negara Malaysia.
“Kemudian, kamu dengan sengaja membuat kenyataan ini walaupun mengetahui bahawa Mahkamah Persekutuan baru-baru ini telah menolak percubaan untuk menyemak semula keputusan mereka yang berkaitan dengan sabitan terhadap Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar,” katanya.
Dalam memoirnya, Thomas berkata Sirul telah memberikan bukti yang membenarkan dakwaan tertuduh bersama Azilah, yang membabitkan keterlibatan Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya.
Thomas berkata dia diberitahu Sirul sebelum itu telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Australia bahawa dia diarahkan untuk membunuh perisik asing, seperti yang didakwa oleh Azilah.
Menurut Thomas, ia berdasarkan wawancara oleh seorang timbalan pendakwa raya kanan yang diarahkannya untuk bertemu Sirul di pusat tahanan imigresen Villawood di Australia.
Kedua-dua Sirul dan Azilah bekas anggota pasukan komando khas polis. Mereka disabitkan membunuh warga Mongolia pada tahun 2006.
Bagaimanapun, Sirul melarikan diri ke Australia setelah Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Persekutuan kemudian mengembalikan keputusan bersalah terhadapnya dan sabitan hukuman mati. Mk

The post Najib minta Thomas tarik balik dakwaan dalam buku, tuntut ganti rugi RM10 juta appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/02/najib-minta-thomas-tarik-balik-dakwaan-dalam-buku-tuntut-ganti-rugi-rm10-juta/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=najib-minta-thomas-tarik-balik-dakwaan-da

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta Daripada Tommy Thomas

Najib Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta Daripada Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 294 hits
BERNAMAKuala Lumpur Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya berhubung pembunuhan seorang wanita Mong...
Najib Tuntut Thomas Thomas Mohon Maaf Dan Tarik Balik Kenyataan Berkaitan Kes Altantuya

Najib Tuntut Thomas Thomas Mohon Maaf Dan Tarik Balik Kenyataan Berkaitan Kes Altantuya

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 246 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menuntut bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya berhubung pembunuhan seorang wanita Mongo...
Buku Tommy Thomas Dap Masih Membisu Najib

Buku Tommy Thomas Dap Masih Membisu Najib

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 282 hits
DAP dilihat masih lagi membisu berhubung penerbitan buku berjudul My story Justice in the Wilderness Buku yang ditulis bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas itu mendedahkan pelbagai insiden sepanjang penglibatan beliau bersama politik da...
Pas Kenapa Buku Thomas Tak Sentuh Kes Guan Eng

Pas Kenapa Buku Thomas Tak Sentuh Kes Guan Eng

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 283 hits
PAS mempertikaikan mengapa bekas peguam negara Tommy Thomas tidak menyentuh isu membabitkan pengguguran kes mahkamah Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng dalam buku memoirnya My Story Justice in the Wilderness Malah kata Timbalan Presiden PAS...
Polis Siasat Buku Tommy Thomas Penerbit Menghadap Bukit Aman

Polis Siasat Buku Tommy Thomas Penerbit Menghadap Bukit Aman

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 314 hits
Polis mula menjalankan siasatan berhubung My Story Justice In The Wilderness dengan mengambil keterangan penerbit memoir ditulis bekas peguam negara itu Siasatan berkenaan dijalankan selepas pihak berkuasa menerima banyak aduan mengenainya ...
Kdn Mungkin Haram Buku Tommy Thomas

Kdn Mungkin Haram Buku Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 319 hits
February 5 2021 10 33 AMBuku tulisan Tommy Thomas My Story Justice in The Wilderness mengundang kontroversi selepas dilancarkan PETALING JAYA Buku tulisan bekas peguam negara Tommy Thomas My Story Justice in The Wilderness kini dalam pemerh...
Buku Tommy Thomas Pemuda Umno Desak Siasat Tommy Thomas

Buku Tommy Thomas Pemuda Umno Desak Siasat Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 219 hits
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat beberapa perkara dibangkitkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube
Ulasan Menarik Buku Memoir Tommy Thomas Oleh Dr Mohamed Hadi Ah

Ulasan Menarik Buku Memoir Tommy Thomas Oleh Dr Mohamed Hadi Ah

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 318 hits
DR MOHAMED HADI AHAda banyak cerita menarik bertaraf first hand information yang Tommy Thomas kongsikan dalam memoir beliau Paling meletihkan selaku Peguam Negara ialah menyelesaikan masalah 1MDB SRC Equanimity dan rangkaiannya kerana isu i...
Kontroversi Buku Tommy Thomas Polis Sahkan Terima 134 Laporan

Kontroversi Buku Tommy Thomas Polis Sahkan Terima 134 Laporan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 224 hits
Polis telah membuka tiga kertas siasatan berkaitan kandungan buku bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas My Story Justice in the Wilderness didakwa memfitnah dan menghina pelbagai pihak Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk H...
Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc

Kari Sardin Sedap

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Subang Ke Alor Setar Dengan Pesawat Kecil Firefly Atr 72 500

Friday Notes From The Quran Some Words Of Advice

Zahid S Comments About Sabah For Sabahans May Backfire On Umno Says Analyst

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close

Wat Are The Benefits Of Eating Yogurt Daily

Kuala Lumpur Sharil Regalia Studio Regalia Residence