Najib Tuntut Thomas Thomas Mohon Maaf Dan Tarik Balik Kenyataan Berkaitan Kes Altantuya


 

KUALA LUMPUR -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menuntut bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya berhubung pembunuhan seorang wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang diterbitkan baru-baru ini.
Firma guaman Tetuan Shafee & Co, yang mewakili Najib, dalam surat tuntutan, berkata ia telah diarahkan untuk menuntut agar kenyataan itu ditarik balik dengan jelas daripada buku itu dan permohonan maaf sepenuhnya bagi fitnah dalam bab 42 di bawah tajuk ‘Altantuya.’
"Anak guam kami juga telah mengarahkan kami agar menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada anda bagi kecederaan terhadap reputasinya serta aku janji untuk tidak mengulangi dakwaan dan komen terbabit," katanya.
Dokumen itu turut menyebut bahawa dengan inferens dan sindiran yang jelas, Thomas telah menghantar mesej bahawa beliau, sebagai AG dan Pendakwa Raya ketika itu, berpuas hati dengan kebenaran dakwaan dua individu yang telah disabitkan bahawa Najib terlibat dalam mengarahkan mereka membunuh Altantuya.
"Kenyataan anda yang dipertikaikan telah menyatakan bahawa anak guam kami amat cuai, bersikap melulu, tidak bertanggungjawab, sengaja, berniat jahat dan dibuat dengan tujuan merendahkan harga diri serta reputasi baik anak guam kami di mata orang awam selain mendedahkan anak guam kami kepada kebencian, cemuhan, penghinaan dan ejekan umum," katanya.
Surat itu juga menyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah jelas bermotifkan niat jahat dan secara prinsipnya dilakukan demi kepentingan diri Thomas dalam mencari publisiti murahan yang didorong oleh egonya, sensationalisme dan keuntungan.
"Oleh itu, kami menuntut jawapan yang memuaskan daripada Thomas sebelum 12 tengah hari Jumaat ini; jika kami tidak menerimanya, arahan jelas untuk kami ialah memulakan prosiding perundangan pada awal minggu depan," katanya.
Peguam Datuk Baljit Singh Sidhu, dalam kenyataan berasingan hari ini, memaklumkan bahawa Thomas telah tersalah fakta dalam memoirnya, terutama dalam bab mengenai Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) yang membabitkkan kes anak guamnya iaitu bekas Pengerusi AIAC Sundra Rajoo.
Beliau berkata fakta yang tepat ialah semakan kehakiman telah difailkan terlebih dahulu di mahkamah sebelum pertuduhan dikenakan ke atas anak guamnya, seperti yang dinyatakan dalam buku itu.
“Paling penting ialah semakan kehakiman itu masih tertangguh di peringkat Mahkamah Persekutuan, jadi untuk menyatakan perkara ini dalam buku tersebut adalah bersifat sub judice serta memfitnah dan sebagai bekas AG, beliau sepatutnya lebih mengetahui tentang perkara ini,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/02/najib-tuntut-thomas-thomas-mohon-maaf.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Minta Thomas Tarik Balik Dakwaan Dalam Buku Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta

Najib Minta Thomas Tarik Balik Dakwaan Dalam Buku Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 163 hits
Najib Razak menuntut supaya bekas peguam negara Tommy Thomas menarik semula dakwaan terhadap Najib di dalam memoirnya yang mengatakan bahawa ahli parlimen Pekan itu memainkan peranan dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu Dala...
Kes Altantuya Najib Dakwa Difitnah Keluar Surat Tuntutan Terhadap Tommy Thomas

Kes Altantuya Najib Dakwa Difitnah Keluar Surat Tuntutan Terhadap Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 370 hits
February 2 2021 6 18 PMMuhammad Shafee Abdullah berkata Najib Razak mengarahkan beliau memfailkan saman awal minggu depan jika Tommy Thomas gagal memberi jawapan memuaskan menjelang Jumaat ini PETALING JAYA Najib Razak mengeluarkan surat tu...
Najib Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta Daripada Tommy Thomas

Najib Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta Daripada Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 223 hits
BERNAMAKuala Lumpur Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya berhubung pembunuhan seorang wanita Mong...
Bagaimana Dengan Keputusan Mendakwa Musuh Politik Mahathir Kenapa Tak Tulis Soal Najib Kepada Tommy Thomas

Bagaimana Dengan Keputusan Mendakwa Musuh Politik Mahathir Kenapa Tak Tulis Soal Najib Kepada Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 290 hits
Najib Razak mempersoalkan adakah Dr Mahathir Mohamad tidak campur tangan dalam urusan Peguam Negara dan perundangan Najib berkata demikian selepas pendedahan bekas peguam negara Tommy Thomas dalam bukunya My Story Justice in the Wilderness ...
Mahkamah Cadang Kes Saman Tony Pua Najib Selesai Cara Baik

Mahkamah Cadang Kes Saman Tony Pua Najib Selesai Cara Baik

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 206 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mencadangkan supaya kes saman difailkan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lepas atas dakwaan melakukan salah laku...
Kes Najib Zahid Bersambung 27 Jan

Kes Najib Zahid Bersambung 27 Jan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 229 hits
malaysiakini comDiterbitkan 26 Jan 2021 3 25 pmPermohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kesnya yang dituduh meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad akan didengar di Mahk...
Buku Tommy Thomas Dap Masih Membisu Najib

Buku Tommy Thomas Dap Masih Membisu Najib

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 187 hits
DAP dilihat masih lagi membisu berhubung penerbitan buku berjudul My story Justice in the Wilderness Buku yang ditulis bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas itu mendedahkan pelbagai insiden sepanjang penglibatan beliau bersama politik da...
Kes 1mdb Najib Tahniah Najib Razak

Kes 1mdb Najib Tahniah Najib Razak

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 156 hits
BEKAS Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mendakwa seorang dari Putera Emiriah Arab Bersatu pernah melobi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggugurkan kes berkaitan 1MDB terhadap International Petroleum Investment Company...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih