Theme Park Hotel Bilik Penginapan Sesuai Untuk Jumlah Ramai Di Puncak Genting Highlands


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak lama lagi Genting Highlands ni bakal meriah apabila bukanya taman teman luar mereka yang sekarang ni tengah rancak dalam pembinaan. Tak silap tahun depan dah mula buka dan pasti ramai yang plan nak merasai kehebatan taman tema baru tu. Tapi kalau korang nak menginap kat puncak sejuk tu Maha ada satu hotel yang sesuai untuk jumlah rombongan yang ramai



Hotel yang Maha maksudkan adalah Theme Park Hotel yang terletak betul-betul depan pintu masuk ke taman teman luar Genting Highlands. Kalau korang nak duduk sini memang sangat sesuai untuk masuk ke taman tema ini. Cuma nak ingatkan parking tak ada kat hotel tu kalau nak korang kena parking kat hotel Genting Grand. Kemudian kena jalan kaki keluar untuk ke hotel ini agak jauh sikit lah.




Kalau yang datang naik Genting Skyway atau public transport lain seperti bas akan berhenti kat Skyavenue Resort World memang kena jalan kaki ke hotel ni kena seberang jalan utama. Sekarang lobi hotel ni pun dah cantik dan berwajah baru. Kalau korang masuk kat lobi ni boleh nampak ada replika pokok dan tumbuhan yang melambangkan alam semulajadi. Kat lobi ni pun lebih mesra kanak-kanak kerana ada permainan jadi sambil tunggu waktu untuk check in boleh anak-anak bermain.



Maha masa berada kat Genting Highlands sebab ada acara memperkenalkan Lipton Nitro Tea dan juga Redtail Karaoke memang Maha menginap kat hotel ni. Bagi Maha hotel ni sangat selesa dan luas sebab ia adalah hotel yang sesuai untuk mereka yang datang dengan jumlah ramai lebih dari dua orang. Kalau keluarga yang ada tiga hingga enam orang sangat sesuai untuk menginap kat hotel ini.




Hari tu masa Maha datang duduk kat bilik Quads yang mana bilik tu ada dua katil queen yang boleh muatkan sehingga empat orang. Bilik besar dan sangat selesa lepas tu pulak mengadap kawasan luar dengan pemandangan hijau semulajadi. Siap ada balkoni dimana waktu pagi korang kena duduk kat balkoni ni sambil sarapan pagi boleh melihat kabus yang tebal kalau bernasib baik boleh nampak matahari terbit.




Bilik yang Maha duduk tu ada reka bentuk yang menarik dengan design kartun yang menarik. Dalam bilik tu semua kemudahan ada dengan televisyen LCD satelit, bilik mandi bersambung dengan pancuran mandian air panas, kemudahan teh & kopi, kipas siling, mini peti sejuk dan akses internet wifi percuma. Pastu kat sini konsep almari terbuka korang boleh sangkut pakaian kat penyangkut yang disediakan. Cuma kat bawah katil tu ada ruang khas untuk korang nak simpan beg atau barang-barang supaya tidak bersepah.






Best lah memang sesuai sangat yang datang dengan kawan-kawan satu kereta boleh duduk sini. Jadi harga lagi murah sebab korang boleh kongsi empat orang. Cuma nak ingatkan pada korang yang hotel ini ada dua blok banggunan yang mana ada block Main dan block Valley Wing. Yang Valley Wing ni agak jauh sikit korang kena seberang jambatan yang menguhubungkan dua blok. Unik kat hotel ni kalau korang nak tengok no bilik tak ada tulis kat pintu atau tepi pintu tau ia ada tulis kat bahagian bawah pintu kena tengok bawah baru nampak no bilik hehehe.



Selain dari bilik untuk empat orang kat hotel ini ada juga bilik yang mampu memuatkan sehingga enam orang. Bilik Sixers ini mempunyai tiga katil bersaiz queen di ruang seluas 300 kaki persegi, sesuai untuk keluarga atau kumpulan kawan yang ramai dan suka tinggal bersama dalam satu bilik. Dalam tu ada dua katil kat bawah dan satu katil bertingkat. Kelengkapan dalam bilik ni sama juga dengan bilik lain cuma jumlah lebih ramai boleh muat.




Satu lagi bilik kat sini ada special punya untuk pasangan yang nak berbulan madu dan merasai duduk bilik mewah. Ia adalah Honeymoon Suite. Korang boleh tengok kat ruang tamu ada tab mandi lagi tau boleh mandi sambil tengok tv. Kemudian bilik mereka lebih besar dan sangat luas. Bestlah kalau datang bulan madu sepuas-puanya.





Kalau korang nak sarapan kat lobi hotel ini ada Eatopia kafe yang menyediakan makanan seperti roti termasuk pastri, sandwic, makanan mart, dan Nasi Lemak. Tapi korang tak perlu risau dah ada kat Genting ni korang boleh sarapan seawal pagi kat kedai-kedai yang ada kat mall tapi kena keluar jalan sikitlah.


So rasa hotel ni sangat sesuai untuk korang nak merancang percutian kat puncak tinggi ini. Bagi Maha kalau nak datang dengan keluarga atau kawan-kawan ramai boleh lah booking bilik-bilik yang besar dan selesa ini. Waktu untuk check in hotel ni pukul 3.00 petang dan check out pula pukul 12.00 tengah hari. Cuma korang kena sediakan RM200 untuk deposit semasa check in hotel ni tau. Kalau nak beristirahat kat Genting Highlands Maha memang cadangkan sangat hotel ini. Maha bagi 4 bintang pada hotel ni best selesa cuma jauh sikit kena banyak berjalan.

Maklumat lanjut layari :
Laman web : https://www.rwgenting.com/accommodation/hotels/Theme-Park-Hotel
Facebook : https://www.facebook.com/themeparkhotelgenting
Tel :  +603 2718 1118 









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2018/11/theme-park-hotel-bilik-penginapan-di-genting-highlands.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel Theme Park Genting Highland Sesuai Untuk Percutian Keluarga

Hotel Theme Park Genting Highland Sesuai Untuk Percutian Keluarga

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 766 hits
Kalau bercuti di Genting Highland sudah semestinya tidak cukup hanya sekadar sehari je kan jadi untuk artikel kali ni saya nak kongsikan dengan korang tentang sebuah hotel baru yang sangat sesuai untuk percutian keluarga Hotel yang saya mak...
Bercuti Bersama Keluarga Di Theme Park Hotel Genting Highlands

Bercuti Bersama Keluarga Di Theme Park Hotel Genting Highlands

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 528 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai salah satu...
Theme Park Hotel S Newly Makeover Transport Guests To The World Of Wonderland

Theme Park Hotel S Newly Makeover Transport Guests To The World Of Wonderland

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 469 hits
A makeover that will transport you to a journey of imagination and fun Guest will be transported to a different world at the Theme Park Hotel at Resorts World Genting which is ultimate family friendly accommodation Forget the stereotypical ...
Pengalaman Kami Bercuti Dan Tidur Di Hotel Avillion Cameron Highlands

Pengalaman Kami Bercuti Dan Tidur Di Hotel Avillion Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 961 hits
Pengalaman Kami Bercuti dan Tidur di Hotel Avillion Cameron Highlands Assalamualaikum semua selamat sejahtera Kami sebenarnya dah lama teringin nak tidur di Cameron Highlands dan bercuti ke Cameron Highlands tanpa jam tanpa sesak Hotel Avil...
Lontarkan Vokal Untuk Menyanyi Sepuasnya Di Redtail Karaoke Skyavenue Genting Highlands

Lontarkan Vokal Untuk Menyanyi Sepuasnya Di Redtail Karaoke Skyavenue Genting Highlands

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 839 hits
Salam sejahtera kepad semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Siapa kat sini yang suka berkaraoke atau suka nak test vokal Maha tahu ramai yang berangan ala ala artis kat bilik mandikan Apa kata korang test pow...
Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam Beri Kejutan Bilik Istimewa Bertemakan Lukisan Art

Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam Beri Kejutan Bilik Istimewa Bertemakan Lukisan Art

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 839 hits
Pertama kali menjejakkan kaki ke Hotel De Art seksyen 9 yang terletak di Shah Alam mata kami sekeluarga dijamu dengan permandangan lukisan hot ballon di atas dinding hotel dari jauh Bukan itu sahaja rumput tiruan di lekatkan di luar dan dal...
Timez Hotel Melaka Menawarkan 15 Dekorasi Bilik Berbeza

Timez Hotel Melaka Menawarkan 15 Dekorasi Bilik Berbeza

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 740 hits
Hai uolls Buat pe tu Minggu ni dah start cuti sekolah Mesti ramai yang plan nak pergi bercuti kan Eyza baru je bercuti kat Melaka minggu lepas Saje je pergi sebelum cuti sekolah sebab nak elak jammed Best sangat sebab kali ni Eyza stay deka...
Isteri Nombor Dua Ditangkap Khalwat Dengan Kekasih Di Bilik Hotel

Isteri Nombor Dua Ditangkap Khalwat Dengan Kekasih Di Bilik Hotel

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 673 hits
KUALA TERENGGANU Seorang wanita yang berstatus isteri nombor dua dicekup dalam keadaan mengaibkan bersama kekasih selepas bilik di sebuah hotel tiga bintang di bandaraya di sini di sewa mereka di serbu Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kuala...
Jom Berkaraoke Di Genting Highlands Bersama Redtail Karaoke

Jom Berkaraoke Di Genting Highlands Bersama Redtail Karaoke

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 363 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai aktiviti b...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo