Pengalaman Kami Bercuti Dan Tidur Di Hotel Avillion Cameron Highlands


Pengalaman Kami Bercuti dan Tidur di Hotel Avillion Cameron Highlands - Assalamualaikum semua selamat sejahtera. Kami sebenarnya dah lama teringin nak tidur di Avillion Cameron Highlands dan bercuti ke Cameron Highlands tanpa jam, tanpa sesak. Hotel Avillion Cameron Highlands mahal? Sebenarnya, harga bilik Hotel Avillion Cameron Highlands tidak terlalu mahal jika booking awal atau booking pada tarikh-tarikh yang tertentu. Harga bilik hotel di Avillion Cameron Highlands berbeza-beza di website mereka .

Tema baju sedondon Day 1 - Nude colorPengalaman Kami Bercuti dan Tidur di Hotel Avillion Cameron Highlands 
Cameron Highlands mana pernah tak sesak, jika cuti panjang. Biasalah kalau cuti sekolah butik umum terlampau sangat sesak. Raya baru ni, kami ada ke Cameron Highlands. Walau raya, masih sesak juga. Jadi, cuti kali ini,kami plan nak ke Cameron Highlands sekali lagi..tawakal je.. sama ada jam atau tidak. Kami beranggapan, tak sesak kerana waktu ni, ramai ibu bapa yang masih sibuk dengan convocation anak di sekolah, juga ada sibuk dengan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM. Mummy rasa, ini merupakan masa percutian yang terbaik untuk kami explore ke Cameron Highlands. Jom ikuti Pengalaman Kami Bercuti dan Tidur di Hotel Avillion Cameron Highlands 


Dari Kajang kami bertolak lebih kurang jam 9-10 pagi. Seawal 12.30 tengah hari kami tiba di Hotel Avillion Cameron Highlands. Bilik hotel masih belum 'ready' kami di minta untuk menunggu lagi beberapa jam. Kerana malam sebelumnya (malam minggu) Hotel Avillion Cameron Highlands ini mempunyai high occupancy. Korang yang nak menginap sini, jangan main terjah je tau ! Booking awal-awal, please !


Sementara menunggu bilik hotel Avillion Cameron Highlands kami 'ready' kami terus turun untuk 'lunch'. Hotel ini attached dengan shopping mall CAMERON FAIR. Ada banyak tempat makan dalam mall ini dan sekitar Hotel AVillion Cameron Highlands ini juga.


Sementara tunggu check in Hotel Avillion Cameron Highlands ini. Kami memilih makan 'lunch' di dalam mall sahaja, sebab daddy tak berapa sihat. Lagi pun, dah penat drive. Malas nak jalan jejauh lagi.
LEPAK PLAY GROUND HOTEL AVILLION CAMERON HIGHLANDS SEBELUM CHECK INSelesai makan, lebih kurang jam 2.30 petang. Kami terus naik ke tingkat 3 (lobi Hotel Avillion Cameron Highlands). Bilik masih belum 'ready', oleh kerana belum dapat bilik. Kami membawa anak-anak bermain di play ground dulu



Posing sat lah sementara tunggu anak-anak main dan masa untuk check in ! Dalam hati dok mikir, nak minta bilik bawah ke idak ye. Kalau bilik bawah ni, view cantik. Tapi kang...anak-anak dopolohpatjam nak main. Boleh pitam,ni !


Persekataran bersih dan terjaga di play ground Avillion Cameron Highlands. Dah la cuaca sejuk, hati pun jadi sejuk sketlah walau tak dapat 'check in' lagi.
main buai
dating laki bini haha

Daim pun sama nak main

minta mummy amekkan gambo hehe pesen sapooo

Sudahnya, dapat juga 'check in' pada jam 3.10 petang (lebih kurang). So, kalau korang tak booking cemana agaknya, ya?


Terdapat 4 jenis pilihan bilik di Avillion Cameron Highlands iaitu Superior Studio, Deluxe Studio, Two Bedroom Suite dan Two Bedroom Premium Suite. Kami memilih bilik 2 bedroom Suite selama 3 hari 2 malam (free 4 breakfasts untuk sehari). 


Selesai 'check in' terus kami naik ke tingkat 5 dengan menaiki lif. Bilik kami ialah A505, masuk-masuk sahaja dalam bilik. Anak-anak terus menyebutttt "WOW" bestnya !
happy faces of kiddos
toiletries syampu, mandian tanpa paraben tau

Bahagian depan 
security lock
mini kitchen

coffee time
balkoni - sliding door locked for security purpose

hall
living room
wifi avalaible yeyyy

Bilik Utama Berbilik Mandi
Bilik tidur mummy, daddy dan Daim
Di lengkapi dengan bilik mandi, meja solek, sterika,baju mandi, hair dryer

air panas, air sejuk, tuala mandi, tuala muka, alas kaki semua ada juga
Bilik Kedua Avillion Cameron Highlands
bilik tidur mereka
budak-budak dah siap kemas sendiri haha
Hotel Avillion Cameron Highlands yang terletak di Tanah Rata ini, berkonsepkan moden kontemporari yang diterapkan dalam rekaan dalaman dan dekorasinya. Ianya merupakan hotel kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion selepas Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove, Avillion Legacy Melaka dan Avillion Villa Cinta Bali.
Hotel ini, mempunyai lebih dari 200 bilik. Manakala, bilik untuk pengunjung menginap hanya dibenarkan sebanyak 100 lebih unit sahaja.
DAY 1 : DINNER DI AVILLION CAMERON HIGHLANDS

Daddy not feeling well, masih demam, sakit badan, selsema, batuk dan sakit tekak. Pakej katanya. Jadi, kami dinner di Hotel Avillion sahaja. Tempat makan ini, terletak berdekatan dengan Lobi Hotel (Tingkat 3).

Order ala-carte je malam ni !
budak moody tengah tidur, kejut suruh bangun
senyum pun tak larat
jus epal, jus lemon ginger, tembikai dan hot tea


my lamb chop ! RM35
kiddos Chicken Chop RM30
spaghetti RM30
nasi goreng kampung siap telur, udang goreng, keropok dan sayuran RM20
Aiskrim. Sejuk-sejuk peduli apa hehe. Banana Split kekongsi reramai
DAY 2 : BREAKFAST DAN DINNER DI AVILLION CAMERON HIGHLANDS

Sekejap je dah hari kedua. Hari kedua ni, seawal pagi kami dah turun breakfast. Makanan banyak, pilihan pun banyak. Jom penuhkan perut sebelum meneruskan aktiviti di luar hotel !

Breakfast dari 7 pagi hingga 10.30 pagi. Harga pulak RM18 (kanak-kanak) dan RM28 (dewasa). Jika menginap di 2 bedroom suite macam kami, akan menerima 4 voucher makan pagi secara PERCUMA.
F&B Manager on duty, handsome tapi mukanya serius dan tak berapa peramah hehehe. So,jangan tanya mummy adakah beliau masih available atau idak ! 
MENU BREAKFAST

Bubur
makan..jangan tak makan. Lapo kang
Bijirin, susu
Roti
Salad fresh

Nasi Goreng
Mee Goreng

Nasi Lemak
Wedges

sosej
kacang panggang
kuih muih, buah-buahan
Mummy punya. Percayalahhhhh


Siap breakfast, kami meneruskan program berjalan-jalan di sekitar Tanah Rata serta Brinchang. Misi cari sayur dan buah strawberi.
DINNER DAY 2


Dinner hari kedua juga kami makan di Hotel Avillion sahaja. Malas nak keluar makan jejauh. Daddy tak berapa sihat dan malas nak tercari-cari tempat makan di luar.

Amek mood anak-anak dulu sebelum makanan sampai. Bila mood depa baik, nak makan pun senang. Depa kurang sket ragamnya.
Dinner kali, amek set sekeluarga  !

kari ayam
telur dadar
Ayam goreng masak Butter
Sayur goreng FRESH

di lengkapai dengan jus oren
Settle makan malam, daddy makan ubat. Seterusnya, jalan sekejap luar hotel beli sedikit souvenir dan balik hotel balik.

Secara keseluruhan, Hotel Avillion ini mummy highly recommended selain bilik besar.

Di sini mempunyai parking yang banyak dan FREE, berdekatan dengan shopping mall, pasar malam, kedai makan, klinik dan ada fasiliti lain juga seperti gim dan dewan mesyuarat.Pemilihan untuk bercuti di sini, amat tepat untuk kami dan kebetulan daddy pulak tak sihat.
Walau kami tak banyak untuk beraktiviti luar, anak-anak happy dan sangat enjoy menginap di sini.

Untuk promosi dan keterangan lanjut mengenai hotel ini. Boleh layari :-



AVILLION CAMERON HIGHLANDSC-3-1 Jalan Camelia, Tanah Rata
Cameron Highland, Pahang, 39000, Malaysia

Facebook : https://www.facebook.com/AvillionCameronHighlands/Instagram : https://www.instagram.com/avillioncameron/Web : http://www.avillioncameronhighlands.com/T +605 5000 333E [email protected]
Tempahan : SINI.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azlindaalin.com/2018/11/pengalaman-bercuti-dan-tidur-di-avillion-cameron-highlands.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Bersama Keluarga Di Theme Park Hotel Genting Highlands

Bercuti Bersama Keluarga Di Theme Park Hotel Genting Highlands

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 529 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai salah satu...
Indahnya Cameron Highlands Tapi Bila Tiba Waktu Malam Banyak Kisah Misteri Menjadi Bualan

Indahnya Cameron Highlands Tapi Bila Tiba Waktu Malam Banyak Kisah Misteri Menjadi Bualan

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 640 hits
Indahnya Cameron Highlands tapi bila tiba waktu malam banyak kisah misteri menjadi bualan
Jawapan Timbalan Menteri Pengankutan Di Parlimen Mengenai Kesesakan Jalan Raya Di Cameron Highlands

Jawapan Timbalan Menteri Pengankutan Di Parlimen Mengenai Kesesakan Jalan Raya Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 495 hits
1 Masalah kesesakan jalan raya di Cameron Highlands adalah serius dan rumit kerana ia melibatkan bidang kuasa beberapa agensi kerajaan pusat kerajaan negeri dan kerajaan tempatan Tanpa mengambil pendekatan multi agensi adalah mustahil masal...
Pasar Malam Cameron Highlands Dibuka Setiap Malam Sempena Cuti Sekolah November Hingga December 2018

Pasar Malam Cameron Highlands Dibuka Setiap Malam Sempena Cuti Sekolah November Hingga December 2018

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 453 hits
Menjawab beberapa pertanyaan rakan rakan yang nak berkunjung dan bercuti di sini Mulai hari ini 23 NOVEMBER 2018 sepanjang hari cuti sekolah sehingga 31 DISEMBER 2018 PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS akan DIBUKA SETIAP HARI MALAM bermula 4 pet...
Pengalaman Tidur Di House Boat Kenyir

Pengalaman Tidur Di House Boat Kenyir

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 636 hits
House Boat Paling MurahMaaflah lambat update pasal kenyir sebab biasa lah nak edit gambar pilih gambar yang elok je tutup mana yang tak sepatutnya nampak semua ambil masa Kita bukan jenis semua pon main sumbat dalam blog lols ok terus lah k...
Dikasih Obat Tidur Abg Wanita Dikerjai 4 Pemuda Di Hotel

Dikasih Obat Tidur Abg Wanita Dikerjai 4 Pemuda Di Hotel

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 499 hits
BT anak baru gede diperkosa secara bergiliran oleh 4 teman lelakinya Modusnya para pelaku terlebih dahulu memberikan minuman yang diduga diberi obat tidur kepada korban
Musim Durian Kembali Di Cameron Highlands

Musim Durian Kembali Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 391 hits
Ya musim durian kembali di Cameron Highlands Namun harus doing at durian di sini bermaksud durian Jalan Tapah Rakan saya Mamud menjual durian dari hasil yang diraih sekitar Kampung Orang Asli Batu 7 Jalan Tapah Biasanya musim durian ini aka...
Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands

Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 312 hits
KUANTAN Dua cadangan naik taraf laluan di Cameron Highland kepada Jabatan Kerja Raya dikemukakan Kerajaan Pahang bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di pusat pelancongan itu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata cad...
Mahkamah Isytihar Kerusi Cameron Highlands Kosong

Mahkamah Isytihar Kerusi Cameron Highlands Kosong

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 370 hits
Diterbitkan 30 Nov 2018 3 40 petang TERKINI l Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands Pahang dan mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula Hak...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner