The Haven All Suite Resort Salah Satu Penginapan Menarik Di Ipoh


All Suite The Haven Salah Satu Penginapan Menarik Di Ipoh | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Baru-baru ini adik bongsu Sha datang ke rumah Sha untuk beberapa hari sebelum dia menyambung pelajaran. Bila adik beradik datang mestilah Kak Long dia sibuk fikir nak bawa jalan-jalan ke mana kan? Jadi Sha memilih untuk bercuti bersama keluarga di Ipoh sahaja iaitu di Lost World Of Tambun.
Agak membosankan jika pergi mandi-manda ke Lost World Of Tambun (LWOT) dan terus balik ke rumah walaupun rumah tidak berapa jauh..huhuhu.. Jadi Sha tempah satu suite di Ipoh untuk kami bermalam selepas penat bermain air dan pelbagai permainan.

Bermalam Di All Suite The Haven IpohMalam itu Sha sekeluarga bermalam di The Haven dengan bilik suite 2+1. Untuk pengetahuan korang di sini semua bilik adalah jenis suite sebab itulah ianya di panggil All Suite The Haven. Jika jenis suite korang dah boleh bayangkan bilik yang selesa dan sesuai untuk menginap bersama keluarga.
Kali pertama Sha menjejakkan kaki di The Haven adalah untuk berbuka puasa dan sejak itu Sha menyimpan impian untuk merasai penginapan di sini. Akhirnya tahun ini memang rezeki Sha dapat juga berehat di sini untuk satu malam. Disebabkan penat bermain air pada waktu petang, agak awal Sha tidur selepas menikmati malam dari tingkat 17 Blok B The Haven.


Penginapan Menarik Di IpohBoleh dikatakan The Haven merupakan penginapan yang menarik di Ipoh. Bagi korang yang mencari homestay atau hotel yang sesuai untuk keluarga di Ipoh, bolehlah cuba datang ke sini. Macam Sha punya perancanganlah, memang pergi The Haven untuk berehat dan tenangkan fikiran. Selepas selesai di LWOT kami cari makan terlebih dahulu kemudian terus masuk bilik.


Pemandangan dari tingkat 17 Blok BBest juga sekali sekala duduk rumah tinggi kan? Suite yang Sha dapat terletak di tingkat 17 mengadap tasik dan bukit batu kapur yang menjadi kebanggaan The Haven. Memang jauh dari hiruk pikuk bunyi kenderaan. Malam-malam layan view cantik sambil hirup kopi panas atau mee segera di beranda suite memang terbaik.
Apa Yang Menarik Di The HavenSetiap orang pasti akan memilih sesuatu tempat yang memenuhi keperluan dan citarasa untuk bercuti begitu juga dengan Sha. Di sini Sha nak kongsikan beberapa sebab yang menarik Sha untuk berehat di The Haven. Pastinya ia mempunyai keunikan yang tidak ada di tempat lain di Ipoh.

Natural Welcome DrinkLepas check in kami dapat kupon Welcome Drink yang boleh ditebus di The Cuisines. The Haven bukan sahaja menawarkan pemandangan semulajadi tetapi minuman yang disediakan juga amat unik kerana ianya diperbuat daripada bahan-bahan segar.
Natural Welcome Drink Ramuan untuk Welcome Drink ini terdiri daripada serai,halia,kulit kayu manis, limau nipis, bunga kekwa liar, kunyit dan madu. Korang wajib cuba minuman ini, memang rasa lain daripada yang lain. Air ini memang diproses khas di The Haven selama 2 jam.
Kolam MandiSeperti yang Sha katakan sebelum ini, Sha memang inginkan suasana tenang dan cuba keluar dari kebiasaan harian Sha sekeluarga. Anak-anak pula memang dah biasa kalau ibu dan ayah nak bawa bercuti mesti nak hotel yang ada kolam. Korang fahamlahkan budak-budak memang suka main dalam air. Jadi jika korang cari hotel yang ada kolam mandi di Ipoh bolehlah datang ke sini.
Sekitar Kolam Mandi
Untuk mandi di sini pastikan korang memakai pakaian yang sesuai untuk mandi kolam. Di sekeliling kolam terdapat kerusi, jadi bagi yang ibu bapa yang tidak mandio boleh pantau anak-anak dari tepi kolam sahaja.


Pets CornerBuat keluarga yang ada anak kecil ataupun kanak-kanak jangan lupa bawa mereka ke ruangan Pets Corner. Namapun nak bawa anak-anak relaxkan minda, main dengan haiwan comel pun salah satu terapi. Bukan hanya anak, ibu bapa pun akan tenang bila dapat sentuh si comel yang ada. Di sini terdapat arnab dan guinea pigs.
Memang comel sangat mereka ni, tengok gelagat pun comel. Untuk bagi mereka makan korang boleh beli di restoran. Tapi ada masa juga untuk bagi mereka makan iaitu sama ada bermula pukul 10 pagi hingga 12.00 tengah hari atau pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang sahaja.
Selain arnab dan guinea pigs, di sini juga ada seekor ponny. Sha pernah jumpa ponny ini semasa hadir untuk bufet Ramadan. Ponny ini agak jinak jadi kita boleh pegang.
Jogging sekitar tasikBagi yang tidak mandi kolam dan korang jenis memang pagi-pagi akan jogging, korang jangan risau kerana di sini ada trek untuk jogging. Jogging di kawasan ini memang sejuk mata memandang. Pemandangan yang cantik dan bersih menghijau. Bagi yang sukakan alam semulajadi, inilah tempat yang korang patut datang.
Suasana yang tenang dan bersih menyejukkan mata

Sarapan Sedap & Staf Mesra PelangganPergi mana-mana mestilah makanan juga menjadi keutamaan kan. Dari mula hantar kupon makan hingga habis makan layanan staf memang terbaik. Serius kebanyakkan menu sarapan yang ada sangat puas hati dan sesuai untuk seisi keluarga. Antara menu yang Sha sempat makan adalah :

Nasi lemak (habiskan Adik Nur punya).Mac & Cheese, Kacang Panggang, Mini Pizza, kepingan daging.Kuew Teow Sup Ipoh.Buah-buah segarSalad SayurNasi Lemak The Haven




Lain-lain menu :

Roti bakarTelurAyam gorengKentang gorengKuew Teow GorengMini Cupcake





Pemandangan SemulajadiThe Haven amat sesuai buat pencinta alam sekitar yang menghijau dan segar. Pemandangan di sini seperti berada di dunia lain yang mana memang dekat dengan alam dan tersembunyi.
Korang tak akan dapat melihat pemandangan ini daripada luar The Haven kerana ia terletak di seberang tasik The Haven iaitu laluan jogging. Sebenarnya kita tak perlu jogging pun, Sha sendiri hanya bawa anak-anak menikmati alam selepas bersarapan.
Tahap Keselamatan TinggiKeselamatan juga dititikberatkan kerana untuk masuk ke sini perlu melalui pengawal keselamatan. Nak masuk pun memang ada rekod nombor kenderaan yang akan masuk demi untuk keselamatan penghuninya.
Cara Nak Booking The Haven All Suite Resort IpohUntuk menginap di sini korang boleh sahaja buat panggilan ke nombor 05-540 0000 atau korang boleh tengok di laman web booking.com. Jika korang ada perancangan ke Ipoh, jangan lupa masukkan The Haven dalam senarai ya. The Haven All Suite Resort ini memang sesuai dan selesa untuk keluarga datang menginap.
Sebelum ini Sha pernah tengok saudara Sha datang sini untuk tenangkan fikiran dan berkumpul dengan rakan niaga. Elok jugakan cari tempat yang privacy sebegini untuk aktiviti bersama rakan-rakan. Untuk mengetahui promosi terkini kenalah rajin tengok kemaskini terbaru mereka di laman sosial mereka.
FACEBOOK | INSTAGRAM | WEBSITE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2022/07/the-haven-ipoh-sesuai-untuk-keluarga-.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Dan Menginap Di The Haven All Suite Resort Ipoh Perak

Bercuti Dan Menginap Di The Haven All Suite Resort Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 362 hits
BERCUTI DAN MENGINAP DI THE HAVEN ALL SUITE RESORT IPOH Raya Aidiladha tahun ini masih turn daddy iaitu di Taiping Perak Selepas beraya di Taiping Perak Seperti biasa kami akan terus holidays bercuti Alang alang dah berjalan sekali tu kan K...
Lagi Skandal Atau Satu Salah Faham

Lagi Skandal Atau Satu Salah Faham

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 315 hits
SPRM sudah siap siasatan dan telah dirujuk ke AG Apakah sudah siap lama dan disimpan Pantas selepas PM arah SEGERAKAN Berapa bulan pula akan berada di tangan AG termasuk tolak semula ke SPRM untuk maklumat lanjut Dalam masa yang sama Pemban...
Benan Island Resort Lokasi Pulau Percutian Menarik

Benan Island Resort Lokasi Pulau Percutian Menarik

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 449 hits
BENAN ISLAND RESORT LOKASI PULAU PERCUTIAN MENARIK Untuk ke Pulau Benan Island Resort AlongMurni dan team menggunakan perkhidmatan feri dari Jeti Pulau Labun Dari Jeti Pulau Labun ke Jeti Pulau Benan Island Resort mengambil masa kira kira 2...
Percutian Menarik Bersama Keluarga Di Lotus Desaru Beach Resort Spa

Percutian Menarik Bersama Keluarga Di Lotus Desaru Beach Resort Spa

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 269 hits
Sejak PKP melanda Seri Wangi memang tidak travel ke mana mana tapi bila keadaan Covid 19 sudah reda dan dibolehkan kira ke luar negara sememang happy sangat Rindu rasa hati henda melihat Negeri orang dan akhirnya tercapai impian bila dapat ...
Sehun Exo Jo Joonyoung Jang Yeobin Bakal Terajui All The Things That We Loved

Sehun Exo Jo Joonyoung Jang Yeobin Bakal Terajui All The Things That We Loved

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 336 hits
Yay Ada siri romantik terbaru yang akan menjengah laman TVING dan katanya Se hun EXO ARTIKEL BERKAITAN Siri romantik All The Things That We Loved yang bakal menemui penonton pada tahun 2023 bakal menampilkan Se hun EXO Jo Joon young dan jug...
Keindahan Pantai Di Lotus Seaview Beach Resort Spa Distinasi Menarik Pengunjung

Keindahan Pantai Di Lotus Seaview Beach Resort Spa Distinasi Menarik Pengunjung

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 267 hits
Bagi yang sukakan penginapan di tepi pantai Seri Wangi rekomenkan anda bermalam di Lotus Seaview Beach Resort Spa yang menghadap ke laut angin sepoi sepoi bahasa dan kita dapat mendengar desiran ombak dari penginapan kita yang tidak jauh da...
7 Tempat Aktiviti Menarik Mesti Buat Bila Datang Ke Ipoh Perak

7 Tempat Aktiviti Menarik Mesti Buat Bila Datang Ke Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 399 hits
7 Aktiviti Wajib Buat Jika Datang Ke I P O HRujukan untuk First timer Ipoh trending dalam Twitter hari ini Korang setuju tak kalau kita kata yang Ipoh merupakan salah satu lokasi favourite bagi rakyat Malaysia untuk travel locally Kalau dat...
The All New Lg Puricare Self Service Tankless Water Purifier Arrives In Malaysia

The All New Lg Puricare Self Service Tankless Water Purifier Arrives In Malaysia

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 279 hits
The latest addition to the LG PuriCare family offers consumers with Auto Sterilisation Easy Filter Replacement and Filter Subscription that is hassle free and convenient Leading home appliances manufacturer LG Electronics Malaysia today int...
Apa Itu Polis Asuransi Mari Ketahui Sebelum Membeli Salah Satu Produknya

Apa Itu Polis Asuransi Mari Ketahui Sebelum Membeli Salah Satu Produknya

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 194 hits
Polis asuransi dan premi asuransi menjadi salah satu istilah asuransi yang wajib dimengerti sebelum Anda membeli salah satu produk perlindungan seperti asuransi kesehatan jiwa atau mobil Buat Anda yang masih bingung polis asuransi dan manfa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids