Bercuti Dan Menginap Di The Haven All Suite Resort Ipoh Perak
BERCUTI DAN MENGINAP DI THE HAVEN ALL SUITE RESORT IPOH - Raya Aidiladha tahun ini, masih turn daddy iaitu di Taiping , Perak. Selepas beraya di Taiping, Perak . Seperti biasa, kami akan terus holidays / bercuti. Alang-alang dah berjalan sekali tu, kan? Kami memilih untuk bercuti tidak jauh dari Taiping dan juga Kuala Lumpur. Makanya, pilihan staycation kami untuk 2 hari 1 malam di BERCUTI DAN MENGINAP DI THE HAVEN ALL SUITE RESORT IPOH PERAK.
BERCUTI DAN MENGINAP DI THE HAVEN ALL SUITE RESORT IPOH PERAK
Kenapa memilih BERCUTI DAN MENGINAP DI THE HAVEN ALL SUITE RESORT IPOH PERAK? THE HAVEN ALL SUITE RESORT IPOH PERAK merupakan sebuah hotel bertaraf resort mewah yang terletak di di kawasan bukit batu kapur dengan panorama menghijau dan tasik. The Haven All Suite Resort Ipoh ini juga menempatkan batuan kapur berusia 280 juta tahun. Lokasinya cukup ideal kerana berhampiran dengan Tambun. Kebetulan kami juga memang plan untuk ke Sunway Lost World of Tambun.
CHECK IN DAN CAR PARK THE HAVEN RESORTS
Check in seawal 3 petang sama seperti hotel dan resorts lain. Tapi, atas budi bicara The Haven Resorts juga jika datang awal dan ada kekosongan.
Tibanya kami di lobi, terus turunkan bagasi dan di angkat oleh pihak hotel menggunakan troli.
Untuk kenderaan seperti kereta ada parking visitor di sediakan. Boleh pilih untuk parking di dalam bangunan atau open car park. Kami memilih parking di open car park. Sebab mudah akses ke lobi dan bilik kami.
Parking di sini percuma sahaja. Bagi kereta elektrik, ada tempat cas kereta di sediakan juga di sini.
LAKE VIEW SUITE THE HAVEN RESORTS IPOH PERAK
Bilik di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini ada 11 pilihan jenis suite. Bilik kami pula, merupakan bilik jenis Lake View Suite yang mempunyai living hall, kitchen, 3 bilik dan 3 bathrooms. Luas dan sangat besar !
Balkoni yang sangat luas, mempunyai 2 kerusi dan coffee table. Bolehlah lepak tengok View luar sambil pekena coffee
Semua bilik air di The Haven Resorts mempunyai 2 helai tuala mandi. Bermakna 3 bilik air, mempunyai 6 helai tuala mandi
Kelebihan bilik lake view ni, pemandangannya sangat cantik berhadapan tasik, kolam renang berbentuk kuda laut yang di kelilingi dengan tebing batu kapur , pokok yang menghijau sangat tenang dan relaks
LIVING HALL, DINING HALL, KITCHEN DI THE HAVEN RESORTS IPOH PERAK
Dapur pula di lengkapi dengan tempat memasak, microwave, water dispenser, bilik sidai pakaian, mesin air kopi, peti sejuk yang di lengkapi dengan makanan minuman (FREE je , tak perlu bayar)
MASTER BEDROOM DI THE HAVEN RESORTS IPOH PERAK
Master bedroom kami sangat besar. Sama besar seperti bilik hotel bersaiz Deluxe ! Haaa..dapat bayangkan tak? Hehe.
Dalam master bedroom kami, mempunyai katil super king, TV, meja tulis, almari, iron, iron board, air conditioning dan bilik air di lengkap dengan bath tub.
SECOND BEDROOM DI THE HAVEN RESORTS IPOH PERAK
Untuk second bedroom, Dzal dan Daim akan tidur di sini. Bilik ini mempunyai katil King size attached bilik air.
Bilik ini di lengakapi dengan almari baju, tingkap, penyidai baju, meja, lampu meja, air cond.
Besar juga tau bilik ini seakan saiz hotel bilik standard.
THIRD BEDROOM DI THE HAVEN RESORTS IPOH PERAK
Bilik tidur yang ketiga ini pula di lengkapi dengan katil sigle, meja dan kerusi. Sesuai untuk Dhia tidur di sini.
Bilik yang ketiga ini tidak mempunyai bilik air dalam bilik tidur. Tetapi mempunyai bilik air bersebelahan sahaja dengan bilik tidur ini.
Ada banyak aktiviti menarik yang boleh di lakukan di sini. Aktiviti hari pertama kami ialah ke Pets Corner, Pony dan mandi di kolam renang.
PET CORNER , THE HAVEN RESORTS IPOH
Jarang,kan kita dengar hotel ada pet corner dan boleh bermain dengan pet di hotel area?
The Haven Resorts Ipoh sangat lain dari yang lain tau. Ada Pets Corner. Dan inilah aktiviti pertama lepas check in The Haven Resorts Ipoh. Dengan sepantas kilat kami terus ke Pet Corner. Terletak di bawah blok B (suite kami). Pet Corner The Haven Resorts ini tidak di buka 24 jam.
Ada waktu tertentu untuk Feeding Time iaitu : Rabbits: 10 AM - 12 PM & 2 PM - 4 PMPony: 2 PM - 4 PM
Makanan untuk pets pula, boleh beli di Cuisine Cafe bersebelahan dengan Blok A dan juga berdekatan dengan tempat Pony
BERENDAM DALAM SWIMMING POOL DAN JAKUZZI DI THE HAVEN RESORTS IPOH PERAK
Pool di The Haven Resorts sangat best. Lain dari yang lain. Sesuai untuk OOTD sekali
\
Mini water park kids lah ini hehe
Jakuzzi ! Syok macam kena urut.
Spend masa petang di sini je ! Sebab hari kedua dah nak check out. Kasi kids berendam sepuasnya hari pertama ini.
JUNIOR PLAYROOM DI THE HAVEN RESORTS IPOH PERAK
Selepas Maghrib, aktiviti malam kami dengan membawa kids ke Junior Playroom yang terletak di level yang sama dengan lobi.
Bilik ini di kunci, untuk masuk ke sini kena inform staff di lobi.
Selesai aktiviti di Junior Playroom, kami bermalam di sekeliling The Haven Resorts untuk ambil angin malam. Kalau korang suka OOTD, bukan sahaja The Haven ini lawa pada siang je, tau.
Malam pun lawa dan sesuai untuk di OOTD. Kami OOTD pakai baju tidur je lah hehe.
CUISINE SPECIALTY RESTAURANT THE HAVEN RESORTS IPOH PERAK
Welcome drink di sediakan juga. Kami lambat redem, dah malam baru nak redem.
Air sedap rasa macam asam jawa sket
BREAKFAST DI CUISINE SPECIALTY RESTAURANT THE HAVEN RESORTS IPOH PERAK
Menu breakfast kami di sini
Banyak pilihan dan environment yang tenang je
Bila stay sini, serius memang tak boring. Banyak aktiviti untuk dewasa serta aktiviti yang boleh mengembirakan kids
Selain Pet Corner, Junior Playroom, Swimming Pool ada pelbagai aktiviti lain yang boleh di lakukan di sini seperti
- jogging di jogging track dengan mengelilingi tasik
- berbasikal
- senaman di gimnasium
- bermain badminton di court yang di sediakan
- SPA untuk massage (tutup pukul 5 petang)
- memanah (booking sahaja)
- paintball (grouping & booking )
- Clubhouse, untuk indor games seperti pingpong, badminton, squash, basketball atau tennis. Buka dari 7.00 pagi sehingga 10 malam kecuali tenis & Basketball dari 9 pagi sehingga 7 malam).
Memang sekali dah check in sini, tak perlu dah nak beraktiviti luar lagi
Silap haribulan…korang jadi macam kami. Habiskan masa di The Haven The Haven All Suite Resort, Ipoh je
Cara nak ke sini, kami gunakan Google Maps je!
Untuk tempahan dan maklumat lanjut. Boleh menghubungi talian 05-5400000 (tempahan) dan 05-5400010 (restoran).
Web: https://www.thehavenresorts.com/Instagram : @thehavenresort #thehavenresorts #staycationIpoh
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2022/07/bercuti-menginap-di-the-haven-resorts-ipoh-perak.html