Percutian Menarik Bersama Keluarga Di Lotus Desaru Beach Resort Spa
Sejak PKP melanda Seri Wangi memang tidak travel ke mana-mana, tapi bila keadaan Covid 19 sudah reda dan dibolehkan kira ke luar negara sememang happy sangat. Rindu rasa hati henda melihat Negeri orang dan akhirnya tercapai impian bila dapat jemputan ke Batam.
Okaylah... bila trip ke Batam selesai, Seri Wangi dan rakan-rakan sememang balik ke Kuala Lumpur menaiki bus di station bus Penawar. Alang-alang dah ada di Pekan Penawar kami sepakat nak stay semalam sebelum balik ke Kuala Lumpur di Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Kami hanya merancang bermalam 2D1N untuk berehat dan bersantai di pantai yang kini semakin cantik. Lotus Desaru Beach Resort & Spa kini semakin cantik dan indah terutamanya keindahan pantainya yang cantik, pasir memutih dan cukup seronok dapat bermandi-manda, serta sudah banyak perubahan dan kemudahan dan juga pelbagai aktiviti menarik di siang hari dan waktu malam untuk menarik pengunjungnya.
Jom tengok bilik penginapan kami - Wah....macam duduk kat appartment rasanya sebab memangpun bilik penginapan kami merupakan 3 Bedroom terletak di Block C. Alaaa....macam appartment 3 biliklah. Seri Wangi duk bilik masteroom yang ada bilik air, yang lagi 2 bilik tu, berkongsi bilik air, bilik ke dua ada 2 katil dan Bilik ke 3 ada 1 katil, memang best dan puas hati macam kita datang holiday dengan family. Semua kelengkapan ada sebab siap ada dapur kabinet bagai memang terbaik.
BILIK PENGINAPAN
RESTAURANT
Sepanjang menginap di Lotus Desaru Beach Resort & Spa, anda jangan tentang tempat makan yang mana menyediakan sarapan, tengahari dan malam.
Terdapat 3 restoran di Beach Hut yang terletak di tepi pantai, memang best giler sambil bersantap boleh layan tengok pemandangan indah laut yang membiru. Kalau waktu petang, anda bolehlah mengopi sambil mandi mandi di laut dan bersiar-siar di tepi pantai Terdapat 3 pilihan restaurant yang menyediakan pelbagai hidangan yang menarik dan sedap:
📌Lotus Spice Restauran
📌Teratai Coffee House
📌Seafood Restaurants
Kami lebih suka makan di Teratai Coffee House sebab pelbagai hidangan buffet yang disediakan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
Aktiviti Di Lotus Desaru
Sebenarnya bila anda bercuti bersama keluarga, pastinya anda akan berasa gembira dan enjoy sebab di Lotus Desaru menyediakan pelbagai aktiviti di hujung minggu di waktu dan juga malam. Selain dari itu juga ada aktiviti permainan paintball, team building, hari keluarga, sambutan Hari jadi dan majlis keraian atas permintaan pengunjung dan dll.
Aktiviti pagi kami dah awal pagi berjalan ke pantai ingin melihat sunrise, selepas tu bersarapan. Memang seronok kita dapat lakukan pelbagai aktiviti sekitar pantai dan lepak-lepak di Beach Hut. Bersantai di kerusi malas, bermain ombak, hilang stress dan hati pun terhibur.
Di Lotus Desaru juga ada Water Park, jika anda menginap di sini tiket Splash Park akan diberi percuma, pastinya kanak-kanak yang paling gembira.
Bila dah penat seharian, yang pompuan tu tentu sakit-sakit badan dan lenguhvkan? Don't worry ada tempat urut untuk lelaki dan wanita di Lotus Spa. Seri Wangi dah pernah dapatkan Khidmat urut di sini, memang best dan layanan pun bagus, terbaik.
Kalau waktu kita dah lakukan pelbagai aktiviti, Jom ikut Seri Wangi berzumba pulah di waktu malam. Hilangkan lemak-lemak di badan selepas dinner... haaa!! Memmacng seronok aktiviti malam bersama keluarga, rasakan pengalaman menonton wayang Pacak di pasang yang luas, disediakan alas untuk pengunjung duduk menonton wayang Pacak, harap-harap jangan lah pulah Hujan turun... hari ni biru nanti!
Jom kita goyang-goyangkan badan, berjoget ikut rentak Musik yang dimainkan, ikut jer penari kat depan tu Seronok jugak dah lama tak berzumba, berpeluh-peluh dibuatnya.
Memang meriah aktiviti malam di hujung minggu, kalau nak shopping, ada jer kedai yang menjual pelbagai cenderamata, pakaian mandi dll. Bagi yang tiada kenderaan untuk ke Lotus Desaru, bolehlah menaiki bus dari Kuala Lumpur di Terminal TBS ke Station Bus Penawar, Johor.
Untuk maklumat lanjut sila layari
WEBSITEwww.lotusdesaru.com
FACEBOOKhttps://www.facebook.com/Lotusdesarubeachresort/
INSTAGRAM@lotusdesarubeachresort
#lotusdesaru #lotusdesarubeachresort #desarupromotion #desaru #desarubeachresort #beachresort #desaru #desarucoast #tourismjohor#travelblogger #penawar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2022/07/percutian-menarik-bersama-keluarga-di.html