7 Tempat Aktiviti Menarik Mesti Buat Bila Datang Ke Ipoh Perak
7 Aktiviti Wajib Buat Jika Datang Ke I.P.O.H
Rujukan untuk First-timer!
Ipoh trending dalam Twitter hari ini! Korang setuju tak kalau kita kata yang Ipoh merupakan salah satu lokasi favourite bagi rakyat Malaysia untuk travel locally? Kalau datang ke Ipoh ni, banyak sudut yang kita boleh cover ataupun boleh include dalam travel itinerary kita.
Sejarah, nature & makanan, tiga benda ni merupakan perkara utama yang selalunya kami akan pastikan ada dalam itinerary kami dan easily dekat Ipoh ni memang lengkap kesemua aspek ni. So memang selayaknya lah bila kerajaan umumkan yang rakyat Malaysia dah boleh travel locally, Ipoh memang dibanjiri pengunjung habis habisan. Kalau korang ni memang selalu datang JJCM di Ipoh, rasanya entri ni korang boleh skip kot sebab korang mesti dah tau apa nak buat bila di Ipoh. Entri ni ditujukan khas kepada mereka-mereka di luar sana yang tak pasti apa nak buat bila di Ipoh. Haaa jomss
Concubine Lane di Old Town Ipoh
Yang ni memang top of the list lah. Berapa kali pun kami datang ke Ipoh untuk JJCM, Concubine Lane ni memang wajib pergi. Ianya adalah lorong diantara rumah-rumah kedai lama sepanjang lebih kurang 150meter, yang mana di sepanjang lorong ni terdapat vendor-vendor makanan & minuman dan juga cenderamata
Dekorasi di sepanjang lorong ini adalah bertemakan masyarakat Cina dan bagi kami, itu adalah tarikan paling utama disini. Additionally, some of the things yang dijual memang unik dan boleh dikira checklist items lah kalau datang ke Ipoh ni, contohnya Hokkaido Ice Cream Puff
Kong Heng Square Artisan Market di Old Town Ipoh
Kong Heng Square ni terletak berdekatan sahaja dengan Concubine Lane tadi, tak perlu nak pergi naik kereta, literally cuma seberang jalan sahaja. Kalau tadi korang dapat disajikan dengan dekorasi masyarakat Cina, kat Kong Heng Square ni pula vibe dia adalah vintage. Artisan market ni dikelilingi bangunan bangunan lama dan ada certain bangunan tu memang sampai dah dimamah pokok
Selain dari beli barangan cenderamata vintage, korang boleh dapatkan OOTD yang cun dan juga boleh beli another checklist item bila di Ipoh iaitu, Ais Kepal di Bits & Bobs. Sedap tak sedap tu, belakang kira, yang penting tick off the list!
A Nature Visit at Tasik Cermin
Kalau korang dah sampai Ipoh tapi tak datang singgah di Tasik Cermin ni, korang memang rugi besar guys. Kami sebelum ni dah banyak kali datang Ipoh sebelum ni, tapi tak pernah datang Tasik Cermin, tapi beberapa minggu yang lepas kami sempat akhirnya singgah Tasik Cermin and we were blown away
Lepas parking kereta, korang perlu berjalan lebih kurang 10 minit untuk sampai ke Tasik Cermin tu (sesuai kalau pergi lepas foodhunting). Yang menariknya, sepanjang berjalan kaki tu, pemandangan sekeliling sumpah superb weh. Korang pernah tengok movie Jurassic Park kan? Haa remember gunung ganang zaman jurassic tu? Haa lebih kurang macam tulah view dia kat sini. Then kena masuk terowong dan dibalik terowong tu ada Tasik Cermin dan another amazing view menanti. Sangat recommended
Artikel TerkiniJangan Lupa Like, Share & Komen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://selongkar10.blogspot.com/2022/07/7-tempat-aktiviti-menarik-mesti-buat.html