Thanabalan Selamatkan Sabah Fc
N Thanabalan menyelamatkan maruah Sabah FC
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Sabah Masih leka selepas mendahului jaringan - OKS KOTA KINABALU : Sabah FC berjaya mencipta kemenangan pertama dalam saingan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ CUP) 2022 ketika menentang Sarawak United FC dengan jaringan 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam selasa.
Jaringan lewat N. Thanabalan menyelamatkan Sabah FC daripada diaibkan apabila melakar kemenangan 2-1 ke atas Sarawak United dalam perlawanan kedua Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) di Stadium Likas pada Selasa lalu.
PEMAIN Sabah Rizal Ghazali (kiri) cuba mengelak bentesan daripada seorang pemain Sarawak United semasa perlawanan pada Selasa.
Meskipun berjaya mencipta kemenangan pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, pasukannya di lihat masih leka dalam permainan selepas mendahului jaringan.
Katanya, kelekaan itu juga menjadi antara punca kekalahan 1-2 ketika bertemu TRW Kelantan FC dalam perlawanan pertama SMJ Cup 2022 Ahad lalu.
“Namun prestasi hari ini (semalam) lebih baik berbanding perlawanan pertama dengan pasukan TRW Kelantan FC tempoh hari tetapi kita harus ingat apabila kita mendahului, kita selalu leka dimana ini tidak boleh diulangi.
“Pada perlawanan ini (menentang Sarawak United FC) kita berjaya mendapat gol kemenangan pada minit terakhir tetapi secara keseluruhan kita harus memperbaiki lagi permainan. Kita perlu meneruskan corak permainan yang agresif apabila mendahului perlawanan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tamat perlawanan menentang Sarawak United FC malam tadi.
Kim Swee mengakui pemain yang diturunkan semalam masih belum cukup cergas, termasuk Baddrol Bakhtiar yang masih mengalami kecederaan dengan hanya 16 pemain sebagai pilihan untuk diturunkan.
Pada perlawanan kedua itu skuad kendalian Kim Swee hampir berputih mata apabila gawang Sabah FC dibolosi jaringan pasukan lawan pada minit ke-89, menjadikan kedudukan terikat 1 – 1.
Sabah sebelum itu mendahului 1 – 0 hasil jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit kesembilan.
Bagaimanapun, N Thanabalan menyelamatkan maruah Sabah FC apabila berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir masa tambahan sebelum wisel penamat ditiupkan membolehkan Sabah mendapat tiga mata dengan jaringan 2 – 1.
Pemain gantian itu, yang sebelum itu menyaksikan percubaannya terkena tiang, akhirnya menemui jaring dengan tandukan jarak dekat pada minit-minit terakhir perlawanan.
Jaringan tersebut Berjaya dihasilkan tidak sampai seminit selepas pemain import Sarawak United, Uche Agba menjaringkan gol tunggal pasukannya sekali gus meletakkan Sabah di tangga kedua saingan SMJ Cup di belakang Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Sabah FC akan bertemu KDA FC dalam perlawanan ketiga SMJ Cup pada jam 9 malam di Stadium Likas, Jumaat ini.
SOURCE: Sabah FC
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2022/02/thanabalan-selamatkan-sabah-fc.html