Thaipusam Pergerakan Pedati Perak P Pinang Diluluskan Mkn



Bernama
Pedati perak yang berusia lebih 100 tahun yang membawa arca Dewa Murugan melalui Jalan Transfer semasa mengadakan perarakan sejauh 7 kilometer di George Town, 27 Jan, 2021. --fotoBERNAMA GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengesahkan pergerakan membawa arca Dewa Murugan di atas pedati perak yang dilakukan awal pagi semalam, sempena sambutan Thaipusam di negeri itu telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN)
 Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak menjaga keamanan bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang pergerakan ke Kuil Nattukottai Chettiar, di Jalan Air Terjun di sini
 "Sebenarnya bukan perarakan tapi pergerakan pedati dan ia juga telah diluluskan oleh MKN, jadi PDRM seperti biasa bertugas untuk menjaga keamanan bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang pergerakan tersebut
 "Selain itu kami juga memastikan tiada gangguan trafik sepanjang pergerakan pedati berkenaan, pergerakan yang bermula 3.30 pagi tadi itu berjalan lancar dan baik, tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama semalam
 Katanya pergerakan pedati itu menggunakan laluan sejauh tujuh kilometer iaitu lebih dekat berbanding tahun sebelumnya sembilan kilometer dan ia bermula dari Lebuh Penang, Lebuh Chulia, Jalan Transfer, Jalan Burma, Jalan Anson, Jalan Macalister secara melawan arus seterusnya ke Jalan Utama sebelum tiba di Jalan Kebun Bunga dan Kuil Nattukottai Chettiar
 Sahabudin berkata bagi pergerakan balik pada Jumaat ini ke Kuil Kovil Veedu, Lebuh Penang di sini, pedati perak itu akan menggunakan laluan yang sama dengan mengikut kesesuaian jalan dan diawasi pihak polis sepanjang perjalanan tersebut serta tidak akan berhenti di mana-mana seperti ketika pergerakan pergi
 BACA: Thaipusam: Pulau Pinang tetap tidak benarkan perarakan pedatiBACA: Thaipusam: Pedati tidak boleh berhenti, pengikut tidak lebih 10 orang, tiada muzikBACA: COVID-19: Pulau Pinang mungkin batal perarakan pedati sempena Thaipusam Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak berkumpul atau mengekori pergerakan pedati perak itu ketika perjalanan balik ke Lebuh Penang dan mereka boleh dikenakan kompaun jika ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan itu
 "Kami telah memaklumkan kepada penganjur iaitu tidak membenarkan orang ramai berkumpul dan hanya 10 petugas sahaja boleh mengiringi pedati tersebut, pagi tadi pengurusan kuil mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan itu
 "Ini bukanlah perarakan Thaipusam seperti biasa tetapi hanyalah pergerakan pedati yang perlu mematuhi SOP yang ketat. Orang ramai tidak perlu berada di kawasan kuil dan sepanjang laluan pergerakan pedati itu, mereka boleh sembahyang di kediaman masing-masing," katanya
 Perarakan membawa arca Dewa Murugan di atas pedati perak dilakukan awal pagi semalam, sempena sambutan Thaipusam dengan mengikut SOP yang ketat untuk sampai ke Kuil Nattukottai Chettiar, di Jalan Air Terjun
 Pedati itu bergerak dari Kuil Kovil Veedu, pada 3.30 pagi ditarik dua ekor lembu dan diiringi 10 petugas kebanyakannya pegawai kuil dan tiba di Jalan Air Terjun kira-kira 5.45 pagi.-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/thaipusam-pergerakan-pedati-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Tegas Tiada Perarakan Pedati Thaipusam

Pulau Pinang Tegas Tiada Perarakan Pedati Thaipusam

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 236 hits
Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang tetap berpegang pada keputusannya untuk tidak membenarkan sebarang perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam sekalipun menerima desakan daripada sesetengah pihak Pengerusi PHEB P Ramasamy berkata keputusan ...
Perarakan Pedati Thaipusam Ke Batu Caves Dibenarkan Dengan Syarat Kata Annuar Musa

Perarakan Pedati Thaipusam Ke Batu Caves Dibenarkan Dengan Syarat Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 252 hits
MKN meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan ke Batu Caves sempena Thaipusam Foto ReutersKUALA LUMPUR 24 Jan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara meluluskan perarakan pedati...
Bukan Perarakan Hanya Pergerakan Pedati Polis

Bukan Perarakan Hanya Pergerakan Pedati Polis

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 288 hits
Sumber Sinar HarianSYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI 27 Januari 2021Pergerakan pedati perak yang membawa arca Dewa Murugan ke Kuil Nattukottai Chettiar di Jalan Air Terjun awal pagi Rabu GEORGETOWN Polis mengesahkan tiada perarakan dalam perayaa...
Covid19 Pulau Pinang Seru Pendekatan Tiada Pergerakan Tiada Jangkitan

Covid19 Pulau Pinang Seru Pendekatan Tiada Pergerakan Tiada Jangkitan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 249 hits
Rakyat Pulau Pinang harus mengambil pendekatan Tiada Pergerakan Tiada Jangkitan dalam usaha untuk terus memutuskan rantaian penularan pandemik COVID 19 khususnya di negeri ini kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Beliau berkata slogan tersebut ...
Desakan Supaya Zahid Letak Jawatan Kini Merebak Di Perak

Desakan Supaya Zahid Letak Jawatan Kini Merebak Di Perak

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 310 hits
IPOH Kain rentang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO merebak ke negeri ini iaitu di Kuala Kangsar dan Tanjung Malim Di Kuala Kangsar dua kain rentang berkenaan ditemukan semalam iaitu di tengah teng...
Desak Presiden Letak Jawatan Tindakan Tak Beradab Umno Perak

Desak Presiden Letak Jawatan Tindakan Tak Beradab Umno Perak

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 258 hits
mykmu netUMNO Perak menyifatkan tindakan pihak tertentu mendesak secara terbuka Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai melanggar peradaban tidak beretika dan bermaruah Ketua Penerangan Badan Perhubungan UM...
Sultan Perak Perkenan Solat Jumaat Fardu Maksimum 40 Jemaah

Sultan Perak Perkenan Solat Jumaat Fardu Maksimum 40 Jemaah

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 272 hits
Had jemaah tidak termasuk ahli jawatankuasa dan pegawai masjid atau surau dan jemaah yang dibenarkan terbatas kepada warganegara lelaki berusia antara 16 hingga 70 tahun IPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan solat Jumaat far...
Tambahan Bot Pemintas Peronda Bantu Mantapkan Tugas Apmm Di Perairan Perak

Tambahan Bot Pemintas Peronda Bantu Mantapkan Tugas Apmm Di Perairan Perak

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 273 hits
BernamaPenambahan aset amat diperlukan di perairan Perak terutama dalam memperkukuhkan penguatkuasaan dan menjadikan rutin rondaan secara menyeluruh lebih efektif Gambar hiasan LUMUT Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Perak yakin penamb...
Scammer Poses As Perak Exco On Whatsapp To Borrow Money Police

Scammer Poses As Perak Exco On Whatsapp To Borrow Money Police

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 203 hits
The police have received a report in connection with the case of an individual posing as Perak Industry Investment and Corridor Development Committee chairperson Shahrul Zaman Yahya to borrow money using WhatsApp Perak Commercial Crime Inve...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco