Bukan Perarakan Hanya Pergerakan Pedati Polis


 

Sumber : Sinar Harian
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI | | 27 Januari 2021
Pergerakan pedati perak yang membawa arca Dewa Murugan ke Kuil Nattukottai Chettiar di Jalan Air Terjun awal pagi Rabu.
GEORGETOWN - Polis mengesahkan tiada perarakan dalam perayaan Thaipusam di Pulau Pinang sebaliknya hanya pergerakan pedati perak yang membawa arca Dewa Murugan ke Kuil Nattukottai Chettiar di Jalan Air Terjun di sini awal pagi Rabu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, pergerakan itu juga telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurutnya, sehubungan itu, beberapa pasukan pegawai dan anggota polis telah ditugaskan sepanjang pergerakan pedati tersebut bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku.
"Sebenarnya ia bukan perarakan tetapi pergerakan pedati yang mana, pergerakan itu telah diluluskan oleh MKN. Polis hanya bertugas untuk menjaga keamanan bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. 
"Selain menjaga keamanan, semua polis yang bertugas juga memastikan tiada gangguan trafik sepanjang pergerakan pedati yang bermula pada jam 3.30 pagi tadi (Rabu)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Terdahulu, perarakan membawa arca Dewa Murugan di atas pedati perak diadakan awal pagi Rabu bersempena sambutan Thaipusam dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Pedati tersebut dilaporkan bergerak dari Kuil Kovil Veedu pada jam 3.30 pagi dengan ditarik oleh dua ekor lembu sambil diiringi oleh 10 orang yang terdiri daripada pegawai kuil.
Pedati tersebut tiba di Jalan Air Terjun kira-kira jam 5.45 pagi selepas melalui beberapa buah jalan sejauh tujuh kilometer.
Laluan itu adalah laluan baharu yang mana ia lebih dekat berbanding tahun sebelumnya iaitu sejauh sembilan kilometer.
Pedati perak itu memulakan perjalanan dari Lebuh Penang ke Lebuh Chulia dan melalui Jalan Transfer, Jalan Burma, Jalan Anson dan seterusnya Jalan Macalister secara melawan arus.
Ia seterusnya bergerak ke Jalan Utama sebelum tiba di Jalan Kebun Bunga dan Kuil Nattukottai Chettiar di Jalan Air Terjun.
Mengulas mengenai pergerakan balik pedati tersebut, Sahabudin berkata, ia akan bergerak balik pada Jumaat ini ke Kuil Kovil Veedu di Lebuh Penang.
Pedati tersebut akan menggunakan laluan yang sama dengan mengikut kesesuaian jalan dan diawasi pihak polis sepanjang perjalanan tersebut.
"Ia bergerak terus tanpa berhenti di mana-mana lokasi. Oleh itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak berkumpul atau mengekori pergerakan pedati tersebut. Sekiranya mereka ingkar, polis tidak akan teragak-agak untuk mengenakan kompaun.
"Polis juga telah memaklumkan kepada penganjur bahawa hanya 10 petugas sahaja boleh mengiringi pedati tersebut dan mereka mematuhinya pagi tadi. Orang ramai tidak perlu berada di kawasan kuil dan sepanjang laluan pergerakan pedati. Mereka boleh sembahyang di kediaman masing-masing," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/01/bukan-perarakan-hanya-pergerakan-pedati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Pantau Perjalanan Pedati Tindakan Tegas Terhadap Individu Ingkar Sop

Polis Pantau Perjalanan Pedati Tindakan Tegas Terhadap Individu Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 180 hits
Tan Sri Abdul Hamid Bador KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia Bukit Aman mengambil perhatian khusus mengenai keputusan yang hanya membenarkan pergerakan membawa pedati dari Kuil Sri Maha Mariammanm Jalan Tun H S Lee ibu negara ke Kuil Sri Su...
Polis Nafi Bandar Temerloh Akan Di Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Polis Nafi Bandar Temerloh Akan Di Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 239 hits
TEMERLOH Polis menafikan khabar angin mendakwa Bandar Temerloh bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan hari ini Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab...
Polis Anggota Tentera Di Tipu Beli Kenderaan Toyota C Hr Harga Semurah Hanya Rm18 000

Polis Anggota Tentera Di Tipu Beli Kenderaan Toyota C Hr Harga Semurah Hanya Rm18 000

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 304 hits
KUANTAN Hasrat seorang tentera darat untuk membeli sebuah kenderaan jenis Toyota C HR pada harga semurah RM18 000 akhirnya punah akibat ditipu penjual Kejadian bermula pada 20 Januari lalu apabila lelaki berusia 22 tahun tersebut melayari l...
Perarakan Pedati Thaipusam Ke Batu Caves Dibenarkan Dengan Syarat Kata Annuar Musa

Perarakan Pedati Thaipusam Ke Batu Caves Dibenarkan Dengan Syarat Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 252 hits
MKN meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan ke Batu Caves sempena Thaipusam Foto ReutersKUALA LUMPUR 24 Jan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara meluluskan perarakan pedati...
Kucing Dibunuh Kepalanya Dipotong Sebelum Dilapah Dijual Owner Buat Laporan Polis Hanya Ketawa Sahaja

Kucing Dibunuh Kepalanya Dipotong Sebelum Dilapah Dijual Owner Buat Laporan Polis Hanya Ketawa Sahaja

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 1462 hits
The ReporterWarga media sosial digemparkan dengan kes pembunuh kejam terhadap kucing kucing di Kota Medan Indonesia Kucing kucing yang ditangkap dibunuh dan kepalanya dipotong sebelum dilapah serta dagingnya dijual di pasar Kes itu didedahk...
Thaipusam Pergerakan Pedati Perak P Pinang Diluluskan Mkn

Thaipusam Pergerakan Pedati Perak P Pinang Diluluskan Mkn

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 242 hits
BernamaPedati perak yang berusia lebih 100 tahun yang membawa arca Dewa Murugan melalui Jalan Transfer semasa mengadakan perarakan sejauh 7 kilometer di George Town 27 Jan 2021 fotoBERNAMA GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang mengesahkan pergerak...
Tiada Perarakan Cuma Kebenaran Bawa Pedati Dewa Murugan Ke Batu Caves Kata Annuar

Tiada Perarakan Cuma Kebenaran Bawa Pedati Dewa Murugan Ke Batu Caves Kata Annuar

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 245 hits
Annuar Musa berkata MKN membenarkan membawa atau pergerakan patung Dewa Murugan ke Batu Caves pada tengah malam atau awal pagi KUALA LUMPUR Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menjelaskan kelulusan diberikan Majlis Keselamatan Negara un...
Pulau Pinang Tegas Tiada Perarakan Pedati Thaipusam

Pulau Pinang Tegas Tiada Perarakan Pedati Thaipusam

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 235 hits
Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang tetap berpegang pada keputusannya untuk tidak membenarkan sebarang perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam sekalipun menerima desakan daripada sesetengah pihak Pengerusi PHEB P Ramasamy berkata keputusan ...
Polis Siasat Anwar Gesa Perisytiharan Darurat Dibatalkan

Polis Siasat Anwar Gesa Perisytiharan Darurat Dibatalkan

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 240 hits
January 27 2021 Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan mengendalikan kes berhubung kenyataan Anwar Ibrahim PETALING JAYA Polis sedang menyiasat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya merayu Yang di Pertu...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa