Sultan Perak Perkenan Solat Jumaat Fardu Maksimum 40 Jemaah


 
Had jemaah tidak termasuk ahli jawatankuasa dan pegawai masjid atau surau dan jemaah yang dibenarkan terbatas kepada warganegara lelaki berusia antara 16 hingga 70 tahun.IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan solat Jumaat, fardu dan solat jenazah, dengan had maksimum 40 orang jemaah dalam sesebuah masjid atau surau di negeri ini mulai esok, sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Baginda juga menzahirkan titah nasihat, semua masjid dan surau menganjurkan solat sunat hajat setiap hari, agar bencana kesihatan yang sedang melanda dunia ketika ini berjaya dibendung, dan kehidupan insan dapat kembali normal.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Mohd Annuar Zaini berkata, had jemaah itu tidak termasuk ahli jawatankuasa dan pegawai masjid atau surau dan jemaah yang dibenarkan terbatas kepada warganegara lelaki berusia antara 16 hingga 70 tahun.
“Solat Jumaat boleh diadakan di semua masjid dan surau, termasuk surau-surau dalam bangunan pejabat, institusi, universiti, maktab, sekolah, syarikat dan kilang, untuk memberi ruang kepada lebih ramai orang menunaikan solat Jumaat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, aktiviti agama berunsur ilmu dibenarkan diadakan di masjid dan surau dalam ruang waktu antara selesai solat Maghrib sementara menantikan masuknya waktu solat Isyak, dan hendaklah dihentikan sebaik masuk solat waktu Isyak.
Bagaimanapun beliau berkata, sebarang acara jamuan di dalam dan kawasan perkarangan masjid serta surau tidak dibenarkan, selain memperketat syarat-syarat fizikal antara jemaah dengan memperkenalkan keperluan-keperluan baharu, terutama mekanisme aliran jemaah masuk serta keluar masjid dan surau.
Sebelum ini sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula 10 Nov lepas, solat Jumaat dan fardu di masjid dan surau di Perak, dilaksanakan dengan kehadiran jemaah dengan jumlah terhad dan berbeza mengikut zon merah, kuning dan hijau.
Selain itu, semua aktiviti keagamaan seperti ceramah, kuliah pengajian antara Maghrib dan Isyak serta selepas solat Subuh dan tahlil doa selamat, juga dibenar atau ditangguhkan bergantung kepada zon tertentu.
Mohd Annuar berkata, Sultan Nazrin memberi perkenan, selepas menimbangkan sembah cadangan MAIPk yang berlandaskan nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, serta pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negeri Perak, sehingga dikeluarkan apa-apa ketetapan baharu.
“Jabatan Agama Islam Perak bertanggungjawab mengeluarkan garis panduan lengkap kepada semua ahli jawatankuasa serta pegawai masjid dan surau, di samping bertanggungjawab memantau pematuhan garis panduan,” katanya.
Beliau berkata, Sultan Nazrin sedia memahami hasrat umat Islam yang mahu mengimarahkan rumah Allah dan beribadah secara berjemaah, namun bimbang akan ancaman terhadap keselamatan ummah akibat penularan wabak Covid-19.
Baginda juga bersimpati dengan petugas KKM dan menzahirkan setinggi-setinggi penghargaan kepada kakitangan kementerian itu serta polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan pelbagai agensi lain, yang saling bekerjasama memastikan PKP dipatuhi rakyat. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/01/sultan-perak-perkenan-solat-jumaat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bilangan Jemaah Solat Jumaat Fardu Ikut Kapasiti Ruang Solat Jaip

Bilangan Jemaah Solat Jumaat Fardu Ikut Kapasiti Ruang Solat Jaip

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 304 hits
Oleh Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Sungai Isap Kuantan Foto ihsan Facebook KUANTAN Lebih 40 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat berdasarkan kapasiti ruang solat di masjid negeri daerah kariah dan surau di Pahang yang mendapat kebenara...
Pkp Kelantan Hadkan 12 Jemaah Tunai Solat Jumaat Fardu

Pkp Kelantan Hadkan 12 Jemaah Tunai Solat Jumaat Fardu

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 329 hits
Jemaah tak melebihi lima orang di surau musalla KOTA BHARU Kelantan mengehadkan bilangan jemaah menunaikan solat Jumaat dan fardu tidak melebihi 12 orang bermula esok hingga 26 Januari ini bagi masjid di negeri itu menurut Majlis Agama Isla...
Solat Jumaat Di Kawasan Pkp Dibenar Dengan 30 Jemaah Solat Fardu 5 Jemaah Jawi

Solat Jumaat Di Kawasan Pkp Dibenar Dengan 30 Jemaah Solat Fardu 5 Jemaah Jawi

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 447 hits
Berikutan dengan Perintah kawalah Pergerakan yang telah dilaksanakan bermula hari ini Jabatan agama Islam Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa kebenaran menunaikan solat Jumaat dibenar dengan had jemaah seramai 30 orang sahaja Manakala un...
Jheains Nafi Video Tular Dakwa Jemaah Solat Jumaat Tak Patuh Sop

Jheains Nafi Video Tular Dakwa Jemaah Solat Jumaat Tak Patuh Sop

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 361 hits
Aktiviti solat Jumaat dipantau sepenuhnya oleh PDRM RELA SEREMBAN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan hari ini menafikan satu rakaman video tular yang mendakwa jemaah solat Jumaat di Masjid At Taqwa Paroi di sini tidak mengikuti p...
Solat Fardu Jumaat Di Masjid Surau Di Pulau Pinang Dibenarkan Dengan Jumlah Tertentu

Solat Fardu Jumaat Di Masjid Surau Di Pulau Pinang Dibenarkan Dengan Jumlah Tertentu

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 270 hits
Oleh Foto hiasan GEORGETOWN Kerajaan negeri membenarkan solat fardu di semua masjid dan surau di negeri ini dengan maksimum 15 jemaah Bagi solat Jumaat kebenaran diberikan kepada 12 hingga 45 jemaah berusia 15 hingga 70 tahun termasuk jawat...
Melaka Benar Solat Jumaat Fardu Di Masjid Mulai Esok

Melaka Benar Solat Jumaat Fardu Di Masjid Mulai Esok

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 283 hits
Kuliah Maghrib bacaan Yaasin boleh dilaksana ikut tempoh masa sesuai BANGI Pelaksanaan solat Jumaat dan fardu lima waktu adalah dibenarkan di semua masjid serta surau di negeri Melaka mengikut jumlah yang ditetapkan mulai esok Kebenaran itu...
Pkp Perlis Benar Solat Jumaat Di Masjid Tetapi Bersyarat

Pkp Perlis Benar Solat Jumaat Di Masjid Tetapi Bersyarat

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 239 hits
BH ONLINE Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail KANGAR Solat Jumaat di semua masjid di negeri ini dibolehkan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan namun tertakluk syarat ditetapkan Raja Muda Perlis T...
Perlis Benar Kapasiti Penuh Solat Fardu Di Masjid

Perlis Benar Kapasiti Penuh Solat Fardu Di Masjid

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 230 hits
Bermula hari ini Perlis membenarkan kehadiran jemaah solat fardu di masjid mengikut kapasiti maksimum masjid berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertita...
Usah Pertikai Had Jemaah Di Masjid Sultan Selangor

Usah Pertikai Had Jemaah Di Masjid Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 248 hits
Ketetapan dibuat kerana kebimbangan baginda terhadap peningkatan kes SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah keputusan mengehadkan bilangan jemaah di masjid di negeri ini adalah demi menjaga keselamatan seluru...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza

Hiburan Suka Cakap Pasal Orang Jaga Tepi Kain Lu Sendiri Sudah Lah Aaron Aziz

Aktiviti Ladang Dania Tanam Pokok Getah

Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3