Terus Merindui Rod Stewart Nampaknya
Saya bukan peminat besar Rod Stewart namun nyanyiannya “I don’t want to talk about it” saya suka. Itu pun bukan lagu original beliau. Ia dicipta dan dinyanyikan oleh Danny Whitten, anggota kumpulan Crazy Horse. Stewart banyak merakamkan cover version lagu hit orang lain dengan jayanya. Kadang-kadang lebih baik daripada penyanyi asal. Tetapi tidak bermakna lagunya sendiri tak meletup. Contoh Maggie May yang dihasilkan pada 1971, mengisahkan hubungan seorang budak dengan wanita yang lebih tua. Sekadar satu contoh.
For a person who say he is not a big fan I sure know quite a bit about the singer, sebab saya ikut perkembangannya sejak sekolah Tingkatan 2. Melalui majalah muzik pop British, saya tahu karier Stewart bermula dengan busking pada 1962 dan setahun kemudian beliau menyertai kumpulan The Dimensions sebagai pemain harmonika dan penyanyi. Beliau berkolaborasi dengan pemain guitar, Jeff Beck, dalam kumpulan Small Faces yang kemudiannya jadi Faces. Seterusnya karier berkembang dan memuncak hingga ke hari ini.
Stewart antara the best selling artists of all time mencatat jualan 120 juta rekod seluruh dunia. Beliau menghasilkan 32 album, yang terbaharu “The Tears of Hercules” pada 2021.
Apa pun bagi saya imej dan gaya “Rod the Mod” yang saya kagumi. Fesyen rambut pacak-pacak cukup stylo. Maintain sampai sekarang walaupun sudah berusia 79. Masih bertenaga dan lincah atas pentas. Badan kira slim tak boroi.
Daya penarik seorang penyanyi tentulah suara. Stewart punya suara husky. Cukup menarik serak-serak basah. Kawan saya yang gemar nyanyi lagu Stewart sambil main gitar tong ketika ‘menebeng’ di tembok tepi jalan di Kampung Baru, konon suaranya mirip bintang kegemarannya. Cuma “dia serak-serak basah aku serak-serak lembap”. Oleh kerana kawan saya itu seorang pelaut tentulah lah “Sailing” lagu favourite.
Untuk berkata Stewart seorang mega star adalah menyatakan sesuatu yang obvious. Begitu juga jika kata beliau punyai ratusan ribu peminat seluruh dunia dan pastinya juga di Malaysia. Namun Stewart tidak pernah datang ke Malaysia. Pada 1995 beliau dijadualkan mengadakan persembahan di Stadium Merdeka tetapi tarikh persembahan bertembung dengan tarikh Hari Kebangsaan 31 Ogos. Lalu persembahan ditunda. Itu versi rasmi.
Katanya ditunda ke satu tarikh lain. Menurut laporan, konsert Stewart akan diadakan pada tarikh baru pada tahun yang sama (1995). Sedih untuk peminat tarikh baru tidak pernah diumumkan dan tiada konsert Rod Stewart diadakan di Malaysia sehingga kini.
Peminat Stewart di Malaysia memendam rasa sekian lama. Tiba-tiba semangat mereka teruja apabila diumumkan Stewart akan mengadakan siri persembahan di Asia. Dinamakan Live in Concert One Last Time Asian Tour.
Nama konsert menceritakan segalanya. One last time. Buat kali terakhir. Lepas ini no more live concert. Begitu yang saya faham. Asian Tour bererti konsert di beberapa bandar raya termasuk Manila, Singapura, Bangkok, Kaohsiung, Hong Kong, Tokyo, dan ya Kuala Lumpur. Persembahan di Kuala Lumpur dijadual diadakan di Arena Axiata Bukit Jalil 4 Mac ini. Ramai peminat sepantas kilat buat tempahan tiket secara atas talian.
Ku sangka panas hingga ke petang. Dua hari lalu The Star melaporkan konsert di Kuala Lumpur dibatalkan. Peminat terkejut, terkedu, dan marah. Penganjur beritahu pembeli tiket boleh mendapat refund. Bagi peminat duit bukan isunya. Mereka mahu tengok aksi Stewart live di atas pentas. Apa lagi buat one last time.
Mengapa persembahan di Kuala Lumpur dibatalkan? Tidak ada jawaban jelas. Hanya kenyataan yang berbunyi “due to unforeseen circumstances” atau “keadaan yang tidak dijangka”. Maka timbullah spekulasi dan persoalan. Adakah pembatalan kerana Stewart takut dan bosan akan apa yang terjadi ke atas Coldplay, Ed Shereen dan ramai lagi artis Barat? Pihak tertentu bantah dan mahu konsert dibatalkan. Kita masih ingat kan?
Nanti. Jangan lempar tuduhan. Stewart juga membatalkan konsertnya di Manila dan Bangkok. Due to unforeseen circumstances juga. Tentulah bukan kerana tekanan hardliner agama. Konsertnya di Singapura bagaimanapun tetap diadakan pada 16 dan 17 Mac ini. Juga di Tokyo Stewart akan buat persembahan pada 20 Mac. Mengapa batal Kuala Lumpur, Bangkok, dan Manila tetapi tidak di Singapura dan Tokyo tidak diketahui.
Peminat Malaysia boleh ke Singapura atau Tokyo untuk tengok Stewart. Memang membabit kos tinggi tetapi setiap kali persembahan artis antarabangsa tidak dapat diadakan atau terlarang di Malaysia peminat akan biasanya menyeberangi Tambak Johor. Contoh terbaharu ratusan peminat dari Malaysia (termasuk anak saya dan kawan) pergi ke Singapura untuk menyaksikan Coldplay yang mengadakan beberapa persembahan di republik itu. Berlakulah peraliran wang. Majulah Singapura yang sememangnya sudah sedia maju.
Bagi peminat Malaysia yang enggan ke Singapura atau Tokyo, pilihan yang ada hanya terus merindui Sir Roderick David Stewart dengan album serta video sebagai teman. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/terus-merindui-rod-stewart-nampaknya.html