Perpaduan Makin Kukuh Pn Terus Bercakaran





 

Oleh: Noraini Nordin





ANALISIS: Saat pembangkang dikhabarkan sedang 'bercakar-cakaran' gara-gara berebut jawatan, Kerajaan Perpaduan terus utuh memperteguhkan lagi perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim.





Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Ipoh, Perak hari ini adalah satu lagi bukti bawa perpaduan PH-BN bukan sebarangan.





Perpaduan ini amat utuh dan tidak boleh disangkal atau dimomok-momokkan lagi.





Buktinya konvensyen hari ini berjaya menghimpunkan seluruh pimpinan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan peringkat negeri dengan mengangkat tema “Bersama Demi Malaysia”.





Bagi rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian, keharmonian dan kestabilan dalam berpolitik serta hidup bermuafakat, pasti akan menarik nafas lega dengan perkembangan terbaharu ini.





Peristiwa hari ini juga adalah satu lagi catatan manis yang boleh 'menutup mulut' 'tong-tong kosong ' yang masih mengkhayalkan Kerajaan Madani kononnya bakal runtuh.





Fitnah pembangkang tidak laku lagi





Siri-siri fitnah oleh pihak pembangkang juga bakal tidak laku apatah lagi. Cubaan-cubaan 'menebuk atap' Kerajaan Madani pasti tidak akan membuahkan hasil.



Noraini Nordin





Lebih 1,500 perwakilan dari PH-BN menghadiri Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina, Ipoh, Perak memberikan harapan ke arah penyatuan di seluruh negara.





Ucapan perasmian penutup disempurnakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden KEADILAN pula menekankan amanat untuk bergerak seiya sekata dalam Kerajaan Perpaduan daripada hierarki tertinggi sehingga ke akar umbi.





Turut menyampaikan ucapan adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.





Manakala ucapan penggulungan konvensyen dilakukan oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Menteri Besar Perak.





Penggulungan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Perak, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pula menetapkan misi tahun 2024, iaitu menyebarluaskan mesej perpaduan dan keharmonian kepada seluruh rakyat Malaysia.





Yang berpakat akan rasai kemenangan





'Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat' - bidalan yang amat bertepatan dengan konvensyen hari ini.





Mereka yang bermuafakat, bersefahaman dan bertoleransi pasti akan menang dalam meniti ranjau perjuangan.





Yang khianat serta suka mengadu domba pasti hati mereka tidak tenang, bahkan lebih mudah kecundang di tengah jalan.





Hari ini rakyat menjadi saksi bahawa PH-BN adalah gabungan yang matang dan mengutamakan negara serta rakyat dalam berpolitik.





Ayuh semua, mari kita bersama berpadu tenaga memperteguh persepakatan untuk memantapkan lagi jalinan perpaduan ke pelusuk negara.





Malaysia Madani adalah agenda mengangkat martabat rakyat. Bersama kita sebar seluasnya mesej Madani, bukan sahaja ke seluruh negara tetapi iuga sehingga ke pentas dunia.





Ayuh terus mara bersama PMX membina Malaysia Madani yang cemerlang.

________________________________________________________________________________

Penulis juga Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/perpaduan-makin-kukuh-pn-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
T16e26 Lee Chong Wei Saya Mampu Terus Jadi No 1

T16e26 Lee Chong Wei Saya Mampu Terus Jadi No 1

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 213 hits
PETALING JAYA 26 Mei Datuk Lee Chong Wei percaya dia mampu kekal sebagai pemain No 1 negara dalam tempoh dua tahun lagi jika terus aktif di pentas antarabangsa Malah seandainya dia memilih untuk menyahut cadangan Menteri Belia dan Sukan aga...
Tkn Klaim Dukungan Kepada Prabowo Gibran Terus Besar Dari Kecil Akan Jadi Bola Salju

Tkn Klaim Dukungan Kepada Prabowo Gibran Terus Besar Dari Kecil Akan Jadi Bola Salju

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 195 hits
Dia pun meminta para relawan yang hadir untuk mengajak orang orang terdekat mereka untuk mencoblos paslon nomor urut 02
Silaturahmi Ke Kesultanan Ternate Anies Kami Harap Terus Jadi Pilar Penopang Kebudayaan

Silaturahmi Ke Kesultanan Ternate Anies Kami Harap Terus Jadi Pilar Penopang Kebudayaan

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 265 hits
Sultan Hidayat berharap kehadiran Anies di Maluku Utara makin memperkuat pesan perubahan
Tpn Ganjar Mahfud Ngomong Terus Hilirisasi Kapan Selesainya

Tpn Ganjar Mahfud Ngomong Terus Hilirisasi Kapan Selesainya

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 230 hits
TPN Ganjar Mahfud menilai perlu banyak keterlibatan pelaku industri dalam program hilirisasi
Pucat Terus Bibir Dia Video Disebalik Tabir Babak Ciuman Park Minyoung Na Inwoo Tular

Pucat Terus Bibir Dia Video Disebalik Tabir Babak Ciuman Park Minyoung Na Inwoo Tular

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 213 hits
Sudah 10 episod ditayangkan gandingan Park Min young dan Na In woo dalam Marry My Husband memang digemari penonton ARTIKEL BERKAITAN Khususnya dalam episod ke 10 drama itu hubungan watak Park Min young dan Na In woo telah melangkah ke perin...
Reaksi Geli Penguatkuasa Ini Buat Ramai Terhibur Melawak Bagi Cicak Ni Aku Tetak Terus

Reaksi Geli Penguatkuasa Ini Buat Ramai Terhibur Melawak Bagi Cicak Ni Aku Tetak Terus

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 228 hits
Seorang anggota penguatkuasa beruniform dilihat kena prank dengan pegawainya apabila bersalam dengan cicak yang sudah sengaja disorok dalam genggaman Lelaki muda berkenaan sedikit menjerit lantaran geli mungkin terkena cicak itu sambil sege...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r

Menginap 2h1m Di Concorde Hotel Shah Alam