T16e26 Lee Chong Wei Saya Mampu Terus Jadi No 1


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمPETALING JAYA 26 Mei - Datuk Lee Chong Wei percaya, dia mampu kekal sebagai pemain No. 1 negara dalam tempoh dua tahun lagi jika terus aktif di pentas antarabangsa.Malah, seandainya dia memilih untuk menyahut cadangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar membawa cabaran Malaysia dalam Piala Thomas 2018, peranan yang akan dimainkan pastinya perseorangan pertama dan bukan ketiga.
Sejurus selepas Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark dalam separuh akhir di Kunshan, China, Jumaat lalu, bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan bahawa kejohanan tersebut adalah penampilan terakhirnya dalam Piala Thomas.
Bagaimanapun, selepas mendengar pandangan Khairy, yang mahu Chong Wei terus membantu pasukan negara dalam Piala Thomas 2018, sekali pun sebagai perseorangan ketiga, pemilik dua pingat perak Sukan Olimpik itu menyatakan kesediaan untuk menyahut pelawaan tersebut.
“Saya tidak fikir saya hanya akan bermain sebagai perseorangan ketiga (dalam Piala Thomas 2018).
“Jika menteri mahu saya bermain, saya akan bermain, tetapi saya perlu mengambil kira banyak faktor antaranya kecergasan, tiada sebarang kecederaan dan prestasi pada tahap terbaik.
“Jika sebaliknya, saya tidak akan bermain, lebih baik beri peluang kepada pemain muda,” katanya ketika ditemui dalam majlis prapelancaran kejohanan badminton Purple League di sini, hari ini.
Pemain No. 2 dunia itu memberi bayangan, jika dia terus berlatih dengan gigih, kedudukannya sebagai pemain No. 1 negara masih sukar digugat dalam tempoh dua tahun akan datang, walaupun usianya sudah menginjak 36 tahun ketika itu.
“Jika saya mahu dan saya rasa diri saya masih muda, saya boleh kekal sebagai perseorangan pertama,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai Datuk Misbun Sidek yang dikatakan memberi bimbingan kepada pemain Denmark sebelum Piala Thomas, Chong Wei memberitahu, pemain-pemain itu mungkin mengenali bekas jurulatihnya itu.
“Saya tidak tahu mengenai isu ini, malah bila mereka datang (ke Malaysia) pun saya tak tahu, saya tak mahu komen,” ujarnya.
Mengulas mengenai peranan kelab dalam membantu melahirkan pemain, Chong Wei berkata, situasi di negara ini berbeza dengan negara-negara pesaing seperti Jepun, Indonesia dan Denmark yang mana kelab-kelab badminton telah bertapak kukuh.
 
y
~20160526~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2016/09/petaling-jaya-26-mei-datuk-lee-chong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lee Chong Wei Kalau Dah Menang Olimpik Cuti Satu Tahun Pun Bolehlah

Lee Chong Wei Kalau Dah Menang Olimpik Cuti Satu Tahun Pun Bolehlah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 299 hits
Legenda badminton Malaysia Datuk Lee Chong Wei merasakan tempoh cuti yang kurang sesuai yang diambil pemain badminton negara memberi kesan kepada prestasi mereka Pandangan bekas jaguh perseorangan lelaki nombor satu dunia itu dibuat selepas...
Chong Wei Says Culture Of Celebrating Mediocrity Behind Badminton Decline

Chong Wei Says Culture Of Celebrating Mediocrity Behind Badminton Decline

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 305 hits
Former national shuttler Lee Chong Wei said to be the best athlete required tough choices and sacrifice PETALING JAYA Former national shuttler Lee Chong Wei blames the decline in Malaysian badminton on the culture of celebrating mediocrity ...
Tpn Ganjar Mahfud Ngomong Terus Hilirisasi Kapan Selesainya

Tpn Ganjar Mahfud Ngomong Terus Hilirisasi Kapan Selesainya

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 287 hits
TPN Ganjar Mahfud menilai perlu banyak keterlibatan pelaku industri dalam program hilirisasi
Perpaduan Makin Kukuh Pn Terus Bercakaran

Perpaduan Makin Kukuh Pn Terus Bercakaran

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 275 hits
Oleh Noraini Nordin ANALISIS Saat pembangkang dikhabarkan sedang bercakar cakaran gara gara berebut jawatan Kerajaan Perpaduan terus utuh memperteguhkan lagi perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen ...
Pucat Terus Bibir Dia Video Disebalik Tabir Babak Ciuman Park Minyoung Na Inwoo Tular

Pucat Terus Bibir Dia Video Disebalik Tabir Babak Ciuman Park Minyoung Na Inwoo Tular

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 247 hits
Sudah 10 episod ditayangkan gandingan Park Min young dan Na In woo dalam Marry My Husband memang digemari penonton ARTIKEL BERKAITAN Khususnya dalam episod ke 10 drama itu hubungan watak Park Min young dan Na In woo telah melangkah ke perin...
Cikgu Ayu Menangis Dakwa Terus Dibuli Pegawai Atasan

Cikgu Ayu Menangis Dakwa Terus Dibuli Pegawai Atasan

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 294 hits
Seorang bekas guru yang juga pempengaruh media sosial tidak dapat menahan kesedihan ketika menceritakan tentang tindakan individu yang didakwa mengambil kesempatan terhadap dirinya Wanita yang dikenali sebagai Cikgu Ayu itu mendakwa salah s...
Kita Akan Diuji Dan Terus Diuji

Kita Akan Diuji Dan Terus Diuji

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 428 hits
Renungan Santai Kita akan diuji dan terus diuji Carilah Hikmah Dlm Setiap Ketentuan Tuhan Agar Timbul Rasa Kesyukuran Keredhaan Memang benar ianya tdak semudah kata bicara Tdak semudah lafaz yg dikata Rasa berat dan perit itu hanya akan dap...
Anak Tersangkut Lif Bapa Pilu Hanya Mampu Keluarkan Jasad Anak Yang Sudah Tidak Bernyawa

Anak Tersangkut Lif Bapa Pilu Hanya Mampu Keluarkan Jasad Anak Yang Sudah Tidak Bernyawa

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 409 hits
Seorang lelaki terpaksa berhadapan dengan detik cemas apabila anak lelakinya tersangkut pada lif dan tidak sempat untuk menyelamatkannya dalam kejadian di sebuah bangunan di Pakistan Lif Ternaik Secara Tiba Tiba Selepas Mangsa Masuk Ke Dala...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital