Terpaksa Jual Nama Almarhum Tok Guru Nik Aziz Untuk Bernikah Dengan Umno
Tiada apa yang mengejutkan di PWTC kelmarin. Hubungan terlarang di antara parti keris telanjang tidak bersarung itu dengan parti lebai bukan rahsia lagi. Sejak 2008 lagi telah terhidu mahu adakan hubungan terlarang ini, tapi waktu itu ada batu penghalangnya iaitu ulamak tersohor, Almarhum Tok Guru Nik Aziz
Tanyalah mana-mana ahli parti lebai ini, semua akan bersetuju betapa jijiknya Almarhum kepada batang tubuh keris telanjang itu. Almarhum tidak bermusuh dengan orang-orang keris telanjang, tetapi beliau amat marah dengan parti yang pernah "kencing" partinya dulu. Itu punca kemarahan beliau
Beliau bukan macam lebai Marang. Lebai Marang ini musuh dengan orang-orang keris telanjang sehinggakan keluar amanat Banggol Peradung. Waktu itu, berlaku boikot kenduri nikah kahwin, sembelihan tidak dah, boikot imam, solat dua imam, akhirnya berlaku pembunuhan di Memali angkara amanat tersebut. "Menentang Umno itu jihad, boleh mati syahid". Itu intipati amanat Banggol Peradung
Tup..tup..di PWTC, bergema nama Almarhum Tok Guru Nik Aziz disebut kononnya andainya Almarhum masih hidup, almarhum orang paling gembira dan terlompat-lompat bila parti lebai kini bersenggama dengan parti keris telanjang. Begitulah gamaknya, fikir lebai Marang. Kenapa tidak jual nama lebai Marang? Bukankah lebai ini yang tergila-gila kepada keris telanjang sejak tahun 2008
Hakikatnya, parti lebai tahu tanpa menjual nama Almarhum tok guru Nik Aziz sudah tentu ramai walaun yang sangsi dengan hubungan intim dengan keris telanjang ini. Walaun tahu, betapa lama mereka diajar jangan hampiri keris telanjang yang diumpamakan sebagai seketul daging babi di dalam kawah itu tetap tidak boleh dimakan. Maka, tidak mudah untuk menipu walaun kalau tidak dijual nama Almarhum tok guru
Kepada walaun semua, betul tak apa yang kami katakan selama ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wfauzdin.blogspot.com/2019/09/terpaksa-jual-nama-almarhum-tok-guru.html