Terkini Sajat Sudah Kena Tahan


 
September 20, 2021 Sajat sudah kena tahan.Misteri ‘kehilangan’ usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.
Penahanan Nur Sajat dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.
Sumber memaklumkan Nur Sajat, 36, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.
Memperincikan perkara itu, sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa berdasarkan maklumat dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pihak berkuasa Thailand mengenai lolosnya usahawan berkenaan ke negara berkenaan pada awal Mac lalu, usaha mengesannya dilakukan jabatan imigresen Thailand.
“Pada 4 Jun, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.
“Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya. Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia,” katanya memaklumkan Nur Sajat ditahan bersama dengan seorang lelaki tempatan (Thailand) yang juga berperwatakan sepertinya di kondominium mewah itu.
Menurutnya, Nur Sajat kemudiannya dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara gajah putih itu.
“Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Nur Sajat bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.
“Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat,” katanya.
Ditanya di manakah Nur Sajat kini berada, sumber itu memaklumkan, Nur Sajat masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.
“Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Nur Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari,” katanya.
Menjawab soalan wartawan, sumber itu memaklumkan, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Nur Sajat ke negara ini.
“Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018 itu sedang berlangsung.
“Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya,” katanya.

Tunggu kebenaran nak pindah Australia
Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.
Nur Sajat yang kini dalam pemantauan pihak berkuasa Thailand selepas penahanannya pada 8 September lalu atas kesalahan imigresen dilaporkan sedang berusaha mendapatkan perlindungan daripada negara berkenaan.
Sumber memberitahu bahawa ketika ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand pada 8 September lalu, Nur Sajat hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya.
“Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia (Nur Sajat) kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.
“Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.
“Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok,” katanya.
Sumber sama memaklumkan, ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga sudah menyediakan peguam untuk Nur Sajat dan dilaporkan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.
“Beberapa urusan berkaitan perpindahan Nur Sajat juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok,” katanya.
Skuad Khas Harian Metro sedang mendapatkan ulasan UNHCR Malaysia dan Bangkok serta Kedutaan Australia di Malaysia berhubung dakwaan itu.
Ditanya apa alasan sebenar Nur Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata, usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/terkini-sajat-sudah-kena-tahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sajat Sudah Ditahan Ini Lokasi Ketika Di Tahan Bukan P0lis Malaysia

Sajat Sudah Ditahan Ini Lokasi Ketika Di Tahan Bukan P0lis Malaysia

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 360 hits
Kuala Lumpur Misteri kehilangan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu
Pihak Berkuasa Beritahu Perkembangan Terkini Kes Sajat Proses Ekstradisi Dan Kad Pelarian Yang Menjadi Tanda Tanya

Pihak Berkuasa Beritahu Perkembangan Terkini Kes Sajat Proses Ekstradisi Dan Kad Pelarian Yang Menjadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 299 hits
Bukit Aman hari ini mengedarkan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Bagi Pelarian dipegang usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat selepas didedahkan akhbar ini sejak Isnin ...
Nur Sajat Lolos Diri Ke Thailand Ktmb Tidak Bertanggungjawab Ke Atas Segala Isi Kontena

Nur Sajat Lolos Diri Ke Thailand Ktmb Tidak Bertanggungjawab Ke Atas Segala Isi Kontena

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 311 hits
PUTRAJAYA Keretapi Tanah Melayu Berhad tidak bertanggungjawab ke atas segala isi kandungan kontena yang disewa para pelanggan sama ada kosong atau bermuatan Operator rel tempatan itu bagiamanapun memberi jaminan bahawa pihaknya sedia melaku...
Sajat Jadi Bella

Sajat Jadi Bella

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 162 hits
MalaysiakiniPolis Diraja Malaysia dalam proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang usahawan kosmetik dalam buruan Nur Sajat daripada Thailand Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata proses itu akan mengambil...
Lapor Polis Jika Diugut Bunuh Malaysia Ada Undang Undang Jais Beritahu Sajat

Lapor Polis Jika Diugut Bunuh Malaysia Ada Undang Undang Jais Beritahu Sajat

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 202 hits
Faiz ZainudinDakwaan kononnya lebih 100 penguat kuasa JAIS memburu Sajat adalah kurang tepat kata Mohd Shahzihan Ahmad PETALING JAYA Jabatan Agama Islam Selangor menasihatkan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikena...
Kes Saman Mujahid Terhadap Harakah Berhubung Isu Sajat Bertelekung Selesai

Kes Saman Mujahid Terhadap Harakah Berhubung Isu Sajat Bertelekung Selesai

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 198 hits
BernamaMujahid selaku plaintif mendakwa kata kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat khususnya yang beragama Islam terlibat dalam aktiviti LGBT Gambar fail ...
Kronologi Cara Sajat Lolos Ke Thailand Pakai Purdah Siap Naik Gerabak Keretapi Barang

Kronologi Cara Sajat Lolos Ke Thailand Pakai Purdah Siap Naik Gerabak Keretapi Barang

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 311 hits
Kini sudah diketahui lokasi Nur Sajat atau Muhammad Sajjad yang ditahan di sebuah condominium di Bangkok Ramai yang tertanya macam mana Sajat boleh loloskan diri ke negara jiran Maklumlah Sajat seorang yang ama dikenali ramai Melalui lapora...
Nur Sajat Sudah Berjaya Ditahan

Nur Sajat Sudah Berjaya Ditahan

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 236 hits
Misteri kehilangan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu Penahanan Nur Sajat dilakukan pihak b...
Sajat Sudah Ditahan Di Bangkok Sedang Tunggu Kebenaran Pindah Ke Australia

Sajat Sudah Ditahan Di Bangkok Sedang Tunggu Kebenaran Pindah Ke Australia

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 279 hits
Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atu Nursajat dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu Sumber memaklumkan Nur Sajat 36 ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wani...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket