Sajat Sudah Ditahan Di Bangkok Sedang Tunggu Kebenaran Pindah Ke Australia



Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atu Nursajat dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.
Sumber memaklumkan Nur Sajat, 36, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.
Penahanan Nur Sajat dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.
Sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro, usaha mengesan Sajat dilakukan jabatan imigresen Thailand selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand mengenai lolosnya usahawan berkenaan ke negara tersebut.
"Pada 4 Jun, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.
"Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya.
“Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.
Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia," katanya memaklumkan Nur Sajat ditahan bersama dengan seorang lelaki tempatan (Thailand) yang juga berperwatakan sepertinya di kondominium mewah itu.
Menurutnya, Nur Sajat kemudiannya dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara gajah putih itu.
"Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Nur Sajat bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.
"Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat," katanya.
Ditanya di manakah Nur Sajat kini berada, sumber itu memaklumkan, Nur Sajat masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.
"Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Nur Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari," katanya.
Menjawab soalan wartawan, sumber itu memaklumkan, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Nur Sajat ke negara ini.
"Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018 itu sedang berlangsung.
"Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya," katanya.
Tunggu kebenaran nak pindah Australia
Turut dilaporkan usahawan kosmetik tersebut juga didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.
Ditanya apa alasan sebenar Nur Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata, usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia (Nur Sajat) kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.
"Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.
"Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok," katanya.
Sumber sama memaklumkan, ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga sudah menyediakan peguam untuk Nur Sajat dan dilaporkan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.
"Beberapa urusan berkaitan perpindahan Nur Sajat juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/09/sajat-sudah-ditahan-di-bangkok-sedang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sajat Sudah Ditahan Ini Lokasi Ketika Di Tahan Bukan P0lis Malaysia

Sajat Sudah Ditahan Ini Lokasi Ketika Di Tahan Bukan P0lis Malaysia

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 391 hits
Kuala Lumpur Misteri kehilangan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu
Proses Ekstradisi Sajat Sedang Berjalan Kata Bukit Aman

Proses Ekstradisi Sajat Sedang Berjalan Kata Bukit Aman

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 211 hits
AGENDA DAILY Polis Diraja Malaysia Pihak berkuasa negara sedang dalam proses mengekstradisi usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat yang sudah berjaya ditahan di Thailand baru baru ini Beberapa isu berhubung dokumentasi d...
Sajat Dilapor Cari Suaka Di Australia

Sajat Dilapor Cari Suaka Di Australia

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 149 hits
Oleh KOSMO Sajat BANGKOK Pemburuan lapan bulan terhadap Usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat kini berakhir lapor portal berita Coconuts KL hari ini Transgender berusia 36 tahun itu ditahan pihak berkuasa imi...
Nur Sajat Sudah Berjaya Ditahan

Nur Sajat Sudah Berjaya Ditahan

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 256 hits
Misteri kehilangan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu Penahanan Nur Sajat dilakukan pihak b...
Dia Tunggu Hingga Jemaah Sujud Rakaat Terakhir Beg Tangan Jemaah Wanita Dicuri Ketika Sedang Solat

Dia Tunggu Hingga Jemaah Sujud Rakaat Terakhir Beg Tangan Jemaah Wanita Dicuri Ketika Sedang Solat

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 243 hits
Kemelesetan ekonomi semasa pandemik bukan sahaja menyebabkan peningkatan jumlah pengangguran bahkan ia juga mendorong kepada peningkatan kes jenayah Statistik juga menunjukkan kes jenayah lebih lebih lagi melibatkan kes kecurian adalah lebi...
Mic Sedia Teruskan Pemilihan Parti Tunggu Kebenaran Kerajaan

Mic Sedia Teruskan Pemilihan Parti Tunggu Kebenaran Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 204 hits
MIC bersedia untuk mengadakan pemilihan parti bagi tempoh 2021 2024 pada tahun ini setelah kerajaan membenarkannya ketika negara berada dalam Pelan Pemulihan Negara Setiausaha Agung MIC Datuk M Asojan berkata malah parti kaum India itu tela...
Sekian Lama Diburu Akhirnya Sajat Ditahan

Sekian Lama Diburu Akhirnya Sajat Ditahan

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 238 hits
MALAYSIA DATELINEUsahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang diburu pihak berkuasa dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu Sajat yang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah ...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Kuih Raya Homemade By Nieyl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Growth Mindset In Startups

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jambu Bertih

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Alim Kris Kunjungan Terakhir Chord