Kes Saman Mujahid Terhadap Harakah Berhubung Isu Sajat Bertelekung Selesai


Bernama
Mujahid selaku plaintif mendakwa kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat, khususnya yang beragama Islam, terlibat dalam aktiviti LGBT. - Gambar fail KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah difailkan Datuk Seri Mujahid Yusof terhadap Harakah berhubung isu usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, yang didakwa memakai telekung dan berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah, selesai melalui proses mediasi
 Perkara itu dimaklumkan peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Mujahid ketika dihubungi Bernama, selepas prosiding secara dalam talian (Zoom) di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan hari ini
 "Mahkamah hari ini telah merekodkan penghakiman persetujuan kedua-dua belah pihak untuk kes diselesaikan
  "Antara penyelesaian kes itu ialah defendan pertama (wartawan Harakah Aziz Muda) akan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepada Datuk Seri Mujahid di akhbar Harakah, dan menarik balik artikelnya bertajuk Sajat: Mujahid dan K'jaan PH patut dipersalahkan dan Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH," kata peguam itu
 Namun, Noorazmir berkata terma-terma penyelesaian lain yang terkandung di dalam penghakiman persetujuan itu tidak dapat didedahkan
 Perbicaraan kes itu ditetapkan pada 30 Ogos lepas, namun sebelum prosiding bermula mahkamah menyarankan supaya kes saman itu diselesaikan secara baik menerusi proses mediasi
 Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang memfailkan saman pada 12 Ogos tahun lepas, menamakan Aziz, Ketua Pengarang Harakah Wan Nordin Wan Yaacob, penerbit laman sesawang harakahdaily serta akhbar Harakah iaitu Galeri Media Serbanika Sdn Bhd dan pencetak akhbar itu Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd sebagai defendan
 Dalam penyataan tuntutannya Mujahid mendakwa pada 7 Februari tahun lepas, Aziz, Wan Nordin dan Galeri Media telah menulis dan menerbitkan kenyataan memfitnah terhadapnya di laman sesawang harakahdaily menerusi artikel bertajuk 'Sajat: Mujahid dan K'jaan PH patut dipersalahkan' serta menerbitkan satu lagi kenyataan yang memfitnah beliau dalam akhbar Harakah bertarikh 10 hingga 13 Februari menerusi artikel 'Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH'
 Mujahid selaku plaintif mendakwa kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat, khususnya yang beragama Islam, terlibat dalam aktiviti 'Lesbian Gay Bisexual Transexual (LGBT)' selain didakwa menjadi punca kepada tindakan Sajat memakai telekung serta berpakaian seperti wanita, sewaktu menunaikan umrah
 Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjatuhkan maruah, kredibiliti serta reputasinya selaku menteri yang menjaga hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri, dan akibat daripada penyebaran kata-kata fitnah tersebut, beliau mengalami tekanan serta berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat
 Sementara itu, kesemua defendan menerusi penyataan pembelaan difailkan pada 28 September tahun lepas berkata Mujahid seharusnya berani bertanggungjawab berhubung kenyataan yang dikeluarkan beliau, dan sepatutnya tidak tersinggung dengan kritikan yang dilontarkan masyarakat terutama pengamal media berhubung isu tersebut.-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/kes-saman-mujahid-terhadap-harakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Deepak Gagal Hidupkan Saman Terhadap Najib Rosmah Azeez Rahim

Deepak Gagal Hidupkan Saman Terhadap Najib Rosmah Azeez Rahim

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 218 hits
Deepak gagal hidupkan saman terhadap Najib Rosmah Azeez Rahim Pengarah Carpet Raya Sdn Bhd JR Deepak Jaikishan dan dua lagi gagal menghidupkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor serta Ahli Parlimen ...
Mahkamah Rayuan Batalkan Saman Peguam Persoal Pengampunan Diraja Terhadap Anwar

Mahkamah Rayuan Batalkan Saman Peguam Persoal Pengampunan Diraja Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 299 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman difailkan seorang peguam yang mempersoal kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi sabitan kes liwatnya Semasa membatalkan saman oleh Mohd Khairul Azam Abdul...
Perdana Menteri Kerajaan Malaysia Kena Saman Isu Kedaulatan Pulau Batu Puteh

Perdana Menteri Kerajaan Malaysia Kena Saman Isu Kedaulatan Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 389 hits
Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia dicabar di mahkamah kerana menarik balik permohonan negara pada tahun 2018 untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menyatakan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik ...
Kes Sajat Pun Gagal Nak Selesaikan Dulu Bukan Kah Menteri Agama Dalam Ph Sering Dihentam Para Lebaian

Kes Sajat Pun Gagal Nak Selesaikan Dulu Bukan Kah Menteri Agama Dalam Ph Sering Dihentam Para Lebaian

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 259 hits
Lapor polis jika diugut bunuh Malaysia ada undang undang JAIS beritahu Sajat September 21 2021 Dakwaan kononnya lebih 100 penguat kuasa JAIS memburu Sajat adalah kurang tepat kata Mohd Shahzihan Ahmad PETALING JAYA Jabatan Agama Islam Selan...
Husam Menang Kes Saman Fitnah Rayuan Masri Ditolak

Husam Menang Kes Saman Fitnah Rayuan Masri Ditolak

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 218 hits
Malaysiakini Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini sebulat menolak rayuan bekas pengetua sekolah agama Masri Che Yusoff terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang membenarkan saman dan tuntutan Anggota Dewan Negara Senator Husam Musa s...
Pihak Berkuasa Rekodkan 228 Kes Isu Logo Halal Nilai Rampasan Mencecah Rm11 6 Juta

Pihak Berkuasa Rekodkan 228 Kes Isu Logo Halal Nilai Rampasan Mencecah Rm11 6 Juta

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 348 hits
KUALA LUMPUR Pihak berkuasa merekodkan 228 kes susulan aktiviti penguatkuasaan berkaitan logo halal menerusi Akta Perihal Dagangan 2011 dengan nilai rampasan menjangkau RM11 6 juta setakat Ogos lalu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri...
Nak Selesai Isu Logo Pun Anwar Gagal Tapi Bercita Cita Jadi Pm

Nak Selesai Isu Logo Pun Anwar Gagal Tapi Bercita Cita Jadi Pm

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 240 hits
agendadaily com18 9 2021Cita cita Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi langit mahu menjadi Perdana Menteri bagaimanapun masalah kecil berhubung pemilihan logo yang akan digunakan blok pembangkang dalam pilihan raya umum pun masih gagal diseles...
Hiburan Isu Berbalas Sindiran Selesai Sharnaaz Ahmad Dan Caprice Bermaafan

Hiburan Isu Berbalas Sindiran Selesai Sharnaaz Ahmad Dan Caprice Bermaafan

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 221 hits
Nama pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi bualan hangat apabila dia dikatakan menyindir penyanyi rap Caprice dalam sesi live di Instagram bersama Shukri Yahya malam tadi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMemberi respon kepada sindiran itu Caprice me...
Rentasan 965 Panas Kes Tuntutan Saman Cukai Mahkamah Rayuan Tolak

Rentasan 965 Panas Kes Tuntutan Saman Cukai Mahkamah Rayuan Tolak

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 233 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9651 NAJIB DAN ANAK PERLU BAYAR CUKAI TERTUNGGAK 2 MASIH ADAKAH CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG COVID 19 3 86 MATI KERANA COVID 19 DI LUAR HOSPITAL TANPA PEMANTAUAN 4 PAS ADALAH ZOMBIE AMANAH
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine