Terkini Kementerian Kewangan Arah Penjimatan Besar Besaran Kerajaan Melalui Pekeliling Baharu
Terkini : Kementerian Kewangan Arah Penjimatan Besar-Besaran Kerajaan Melalui Pekeliling Baharu. Berita dari Kuala Lumpur, Kerajaan pada Khamis lepas telah mengeluarkan satu Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam seiring mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dimasa kini.
Melalui Kementerian Kewangan Malaysia,Dokumen sembilan halaman telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Seri Asri Hamidon bertarikh 14 Julai 2022
Pekeliling atau Garis Panduan itu menyatakan bahawa Kementerian, Jabatan, Agensi, Badan Berkanun Persekutuan serta Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG) hendaklah menetapkan semula program atau apa-apa aktiviti dan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan dengan memastikan tidak membuat belanjaan yang “secara penuh” ke atas program dan aktiviti yang mengfokuskan kepada kesejahteraan rakyat
Terkini : Kementerian Kewangan Arah Penjimatan Besar-Besaran Kerajaan Melalui Pekeliling Baharu
Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk melaksanakan subsidi barangan perlu (essential goods) serta menetapkan kawalan harga bagi mengurangkan impak inflasi dunia kepada negara dan rakyat
Subsidi Kerajaan
Melalui peningkatan subsidi sedia ada terutamanya produk petroleum dan minyak masak serta subsidi baharu seperti elektrik dan ayam telah menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan kos Kerajaan Malaysia
Manakala perbelanjaan bagi bantuan dan subsidi diunjurkan mencecah RM77.7 bilion berbanding dengan peruntukan RM31 bilion yang diluluskan dalam Bajet 2022
Melalui itu, Kerajaan seharusnya melaksanakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat
Kandungan Pekeliling Baharu
Antara yang dinyatakan dalam dokumen tersebut termasuk sasaran Kementerian Kewangan melaksanakan penjimatan peruntukan mengurus sekurang-kurangnya lima peratus
Antara penjimatan yang digariskan termasuk melibatkan pejawatan, kontrak, elaun, aset, penganjuran acara, iklan, pelaburan, rizab dan perbelanjaan pembangunan
Rujuk Pekeliling Baharu Kementerian Kewangan
Bersediakah Kita Untuk Menghadapi Inflasi Yang Melanda Dunia?
Dunia kini sedang dilanda bermacam-macam dugaan. Tidak reda lagi dengan pandemik COVID19, kini dunia sedang menghadapi kegawatan yang bermacam-macam antaranya krisis makanan, krisis perang Rusia-Ukraine, Krisis Interest Rate Amerika dan lain-lain lagi.
Untuk pengetahuan semua, negara Malaysia kini juga terkesan dengan keadaan ekonomi semasa dunia. Kita telah mencatat kadar inflasi sebanyak lebih kurang 3%. Kita perlu bersyukur kerana kadar inflasi dinegara kita masih terkawal disaat negara lain mencatatkan kadar inflasi lebih 10% kenaikan.
Kehidupan akan terasa lebih sukar jika keadaan ini berterusan kerana kadar inflasi dijangka akan menaik. Dengan keadaan ini, kita mestilah mempunyai perancangan dalam menghadapi kegawatan , kemelesetan ekonomi yang dijangka memburuk. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk kita menghadapi krisis ini?
Persediaan Menghadapi Krisis Ekonomi Global
Dengan keadaan hari ini, kerajaan juga telah menjalankan langkah-langkah penjimatan. Oleh itu, seiring dengan kita selaku rakyat perlu mengorak langkah-langkah penjimatan kendiri. Sebagai rakyat, kita boleh berjimat dengan mengurangkan pengeluaran wang secara berlebihan atau hendaklah kurang dari biasa. Bagaimanakah itu?
Disini merupakan langkah yang anda boleh ambil bagi menghadapi krisis:
Mengurangkan dan meminimakan pengeluaran wang. Mulakan langkah untuk berjimat. Kurangkan membeli barang kemahuan dan melebihkan kepada keperluan semata.
Mula menanam sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memunhi keperluan. Buat masa sekarang, banyak barang-barang bahan mentah mengenakan harga yang tinggi.
Lakukan dan ubah gaya hidup sebelum ini. Contohnya, jika sebelum ini kerap makan diluar, mulai harini anda boleh mula untuk makan dirumah bagi mengurangkan perbelanjaan.
Amalkan konsep “Pentingkan Keperluan Berbanding Kemahuan”. Ini merupakan cara psikologi agar kita terus dalam “mood” berjimat semasa era krisis ekonomi.
Demikianlah langkah-langkah yang boleh kita ambil bagi menghadapi krisis ekonomi. Diharapkan rakyat Malaysia terus sedar akan keadaan ekonomi semasa dunia dan melakukan sesuai dengan keadaan semasa.
Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Di Tahun 2022
BANTUAN KERAJAAN SECARA BAUCAR & REBAT SHOPEE TAHUN 2022
BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR(BINGKAS): BANTUAN RM300 SEBULAN SELAMA SETAHUN
Bajet 2022 : Bantuan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) Sehingga RM150,000!
Permohonan i-Sejahtera, Pemberian Bantuan RM200 Untuk B40 Tahun 2022
Bantuan RM1,000 Bagi Setiap Pasangan Pendapatan Bawah RM5,000
PERMOHONAN BANTUAN RUMAH IKRAM TAHUN 2022
BANTUAN KERAJAAN SEBANYAK RM480 SETAHUN UNTUK ISTERI/SURIRUMAH l PARA SUAMI WAJIB AMBIL TAHU
Bantuan Elaun Keluarga Sejumlah RM150-RM1000 Kepada Keluarga Malaysia B40
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/07/kementerian-kewangan-arah-penjimatan-besar-besaran.html