Terkena Jangkitan Kuman Dalam Darah Radang Peparu Anak Bawah 5 Tahun Boleh Maut


Meningitis, radang paru-paru, jangkitan kuman dalam darah, sinusitis & jangkitan telinga adalah antara penyakit-penyakit yang boleh menjangkiti kanak-kanak dan bayi. Perkongsian doktor ini amat bermanfaat untuk menanganinya.
Dr Syahr Musafir berkongsi mengenai bahayanya serangan bakteria streptococcus pneumoniae yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti meningitis, radang paru-paru, jangkitan kuman dalam darah, sinusitis & jangkitan telinga. Malah lebih teruk lagi ia boleh menyebabkan kecacatan sekiranya.

Tindakan ibu bapa memberikan anak suntikan vaksin pneumococcal berupaya mengurangkan risiko kesan dan komplikasi yang mungkin terjadi seperti kecacatan kekal (pekak, kerosakan otak, atau kehilangan tangan atau kaki) atau kematian. berikut ialah perkongsian beliau;
Esok nak masuk tahun baru 2019, sudah pasti ramai yang menyusun-nyusun azam baru. Buat para ibu bapa, saya nak kongsi vaksin pneumococcal (Pneumococcal Vaccine). Manalah tahu boleh dijadikan sebagai salah satu AZAM 2019.

Penyakit pneumokokus adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Streptococcus pneumoniae yang menjangkiti orang dewasa dan kanak-kanak. Tetapi lebih berisiko kepada kanak-kanak dan orang tua.
Bakteria ini boleh membawa pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan paru-paru / peradangan (radang paru-paru), meningitis (keradangan membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan sinus) dan otitis media (jangkitan telinga bahagian tengah).
Kalau tak silap, tahun ini ada viral kes meningitis yang melibatkan kanak-kanak.
SERANGANNYA BOLEH MENYEBABKAN KECACATAN KEKAL & KEMATIAN 
Terdapat banyak jenis strain (jenis) Streptococcus pneumoniae (sekitar 90 jenis atau serotaip) tetapi hanya minoriti strain (kira-kira 20 serotaip) menyebabkan penyakit pneumokokus. Majoriti jangkitan ini serius dan memerlukan rawatan di hospital, kecacatan kekal (pekak, kerosakan otak, atau kehilangan tangan atau kaki) atau kematian.
Pada tahun 2008, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization (WHO)) menganggarkan bahawa daripada 8.8juta kematian tahunan di seluruh dunia dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, 476000 kematian adalah disebabkan oleh jangkitan pneumokokal. Kadar kematian dan penyakit adalah lebih tinggi di negara-negara membangun dengan majoriti kematian yang dilaporkan di Afrika dan Asia.

WALAU PUN ANTIBIOTIK BOLEH MENGUBATI, VAKSIN PILIHAN TERBAIK
Walaupun rawatan antibiotik untuk penyakit pneumokokus boleh didapati, beberapa jenis bakteria ini ‘lebih kuat’ berbanding antibiotik. Maksudnya, antibiotik tak mampu menyelesaikan jangkitan bakteria.
Memandangkan penyakit pneumokokus adalah penyakit yang boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin, vaksinasi adalah pilihan terbaik. Di Malaysia, penyakit pneumokokus adalah salah satu daripada penyakit yang boleh dielakkan melalui vaksin untuk membantu melindungi daripada penyakit serius, komplikasi dan menyelamatkan nyawa.
Vaksin ini mencegah penyakit. Antibiotik itu mengubati. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
CARA PEREBAKAN BAKTERIA STREPTOCOCCUS PNEUMONIAE
Streptococcus pneumoniae boleh tersebar dengan mudah melalui permukaan yang dijangkiti, dan daripada orang ke orang apabila terdapat hubungan langsung atau melalui titisan, contohnya apabila orang yang dijangkiti bersin atau batuk. Bukan semua orang yang telah terdedah kepada bakteria, akan mengalami gejala penyakit pneumokokus.
Sesetengah orang membawa Streptococcus pneumoniae (biasanya dalam hidung dan tekak) tanpa menunjukkan tanda-tanda gejala penyakit itu sendiri tetapi boleh menyebarkannya kepada individu yang tidak dijangkiti.
Kanak-kanak sangat terdedah kepada jangkitan tersebut. Maka, vaksin memberi perlindungan terhadap risiko ini. Terutama anak-anak yang bersekolah, bersukan, aktiviti outdoor malah anak-anak yang ditinggalkan di pusat/rumah asuhan, nurseri dan sebagainya.
VAKSIN PNEUMOCOCCAL
Pada masa ini terdapat dua jenis vaksin pneumokokus: vaksin polysaccharide pneumokokus (pneumococcal polysaccharide vaccine) dan vaksin konjugasi pneumokokus (pneumococcal conjugate vaccine). Untuk kanak-kanak dan orang normal (kurang dari 65 tahun) yang tiada risiko tinggi jangkitan kerana masalah imunisasi tersensitif, mendapatkan vaksin konjugasi pneumokokus (pneumococcal conjugate vaccine) sudah cukup bagus.
Vaksin konjugasi pneumokokus (pneumococcal conjugate vaccine) pula ada dua jenis:
(1) Prevenar13, yang melindungi daripada 13 jenis serotaip bakteria.
(2) Synflorix, yang melindungi daripada 10 jenis bakteria Streptococcus pneumoniae.

VAKSIN PNEUMOCOCCAL INI ADALAH INISIATIF SENDIRI
Anak-anak kami, Along ST (7 tahun 5 bulan) dan Angah IY (5 tahun 2 bulan) mendapat vaksin ini secara percuma di Australia kerana perlindungan insurans – diberikan secara 3 dos berkala sebelum umur 2 tahun.
Namun di Malaysia, vaksin ini tidak tersenarai dalam vaksinasi percuma. Mungkin salah satu sebabnya adalah vaksin ini berkos tinggi dan masih tidak berisiko tinggi. Di Australia, caj yang dikenakan adalah AUD$380 hingga $450 untuk 1 suntikan vaksin ini jika bukan rakyat Australia yang tiada perlindungan insurans.
Jadi, untuk anak-anak kami yang lahir di Malaysia, perlu dapatkan vaksinasi ini melalui inisiatif sendiri.
HARGA & DOS VAKSIN UNTUK KANAK-KANAK
Saya survey harganya dalam range RM270 hingga RM350 untuk Prevenar13, dan RM230 hingga RM280 bagi Synflorix. Saya mendapatkan khidmat vaksinasi ini di sebuah klinik swasta di Kota Bharu, dengan harga RM270 untuk Prevenar13 (Kena PM kalau nak tahu klinik mana) untuk anak ke-3 kami, Aboy HE (2 tahun). Tahun lepas RM250, tahun ni naik harga dah.
Jika tak silap saya, di Selangor, boleh dapatkan vaksinasi ini di hospital/klinik kerajaan dengan bayaran RM230 (Synflorix). RM230 ni kira murah sangat dah ni.
Untuk anak bawah 2 tahun, perlu pergi ke klinik 2 hingga 3 kali kerana suntikan vaksin ini dos berkala bagi anak berusia kurang 2 tahun. Tetapi apabila menjangkau 2 tahun, hanya 1 dos (1 suntikan) sahaja.
UNTUK ANAK 2 TAHUN KE BAWAH PERLU DOS BERKALA

Kalau nak mudah, boleh buat macam saya ni, pergi bila anak sudah berumur 2 tahun untuk 1 kali suntikan sahaja. Tetapi risikonya anak tiada perlindungan vaksin sebelum berumur 2 tahun. Ada risiko di situ, yang tak patut diambil tetapi diambil sebab kos. Saya ambil risiko ini sebab anak-anak saya dijaga sendiri oleh isteri saya di rumah, tidak dihantar ke pengasuh dan sebagainya.
Saya sekadar berkongsi, para ibu bapa boleh jadikan azam tahun 2019 untuk vaksinkan anak-anak secara tambahan. Boleh menabung RM25 setiap bulan supaya dapat kumpul RM300 pada bulan Disember 2019, boleh pergi suntikkan anak dengan vaksin ini penghujung tahun 2019. RM300 itu masih berbaki, boleh beli aiskrim. Heheh. Berbaloi.
Saya pula, dapat gaji bulan Januari nanti, akan mula asingkan RM15 menabung bagi tujuan vaksinasi ini, untuk anak ke-4 kami, Adik AL (1 bulan 24 hari), supaya cukup RM300 pada Disember 2020 (ketika umur 2 tahun). InsyaAllah.
Sumber: Syahr Musafir
The post Terkena Jangkitan Kuman Dalam Darah & Radang Peparu, Anak Bawah 5 Tahun Boleh Maut! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/terkena-jangkitan-kuman-dalam-darah-radang-peparu-anak-bawah-5-tahun-boleh-maut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Model Nyaris Maut Selepas Terkena Jangkitan Kuman Dalam Darah Dari Lepuhan Yang Disebabkan Tali Kasut

Model Nyaris Maut Selepas Terkena Jangkitan Kuman Dalam Darah Dari Lepuhan Yang Disebabkan Tali Kasut

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 394 hits
The ReporterModel berusia 23 tahun dari West Sussex England nyaris maut apabila dijangkiti penyakit sepsis dari lepuhan yang disebabkan oleh kasut wedges nya Gemma Downey sebelum itu berjalan dan terasa bahagian belakang atas tumit kakinya ...
Batuk Kerap Dalam Seminit Nafas Laju Mungkin Jangkitan Kuman Di Paru Paru Anak

Batuk Kerap Dalam Seminit Nafas Laju Mungkin Jangkitan Kuman Di Paru Paru Anak

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 1243 hits
Bagi yang baru menjadi ibu bapa ia mungkin sukar bagi anda untuk mengesan ataupun mengetahui sama ada anak anda menghadapi jangkitan kuman paru paru ataupun tidak Di sini ada beberapa cara mudah untuk mengenal pasti tanda tanda sama ada ana...
Dah Togel Gigi Juna Mengelak Jangkitan Kuman Anak Fedtri Yahya Bedah Cabut Gigi

Dah Togel Gigi Juna Mengelak Jangkitan Kuman Anak Fedtri Yahya Bedah Cabut Gigi

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 533 hits
Kesihatan anak menjadi tanggungjawab ibu bapa Penulis lirik tersohor Fedtri Yahya berkongsi tentang anaknya Arjuna yang telah melalui pembedahan bagi mencabut gigi Bapa yang penyayang Fedtri menemani sendiri anak keduanya Ahmad Wildan Arjun...
Jangan Biar Saja Bila Anak Terluka Atau Digigit Serangga Takut Terkena Radang Cellulitis

Jangan Biar Saja Bila Anak Terluka Atau Digigit Serangga Takut Terkena Radang Cellulitis

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 633 hits
Adakalanya bila anak terluka akibat terjatuh atau digigit serangga kita biarkan sahaja tanpa disapu ubat atau mendapatkan rawatan sewajarnya Sebenarnya hal sebegini tidak patut berlaku bimbang kaki anak makin melarat atau terkena radang cel...
Guna Produk Ada Kapur Barus Anak Bawah 24 Bulan Boleh Sawan

Guna Produk Ada Kapur Barus Anak Bawah 24 Bulan Boleh Sawan

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 420 hits
Penggunaan produk yang tidak bersesuaian boleh memudaratkan bayi apatah lagi hingga mengakibatkan sawan Bahayanya Perkongsian daripada ini perlu mama papa ikuti Jangan terikut ikut menggunakan setiap produk yang mengandungi camphor atau kap...
Faham Dulu Kenapa Anak 3 Tahun Ke Bawah Kuat Mengamuk Barulah Senang Kawal

Faham Dulu Kenapa Anak 3 Tahun Ke Bawah Kuat Mengamuk Barulah Senang Kawal

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 504 hits
Kenapalah anak saya ni buat perangai gini Selalu sangat mengamuk Aduhai stress saya dibuatnya Dulu asal tak nampak saya melalak kemain sekarang macam macam perangai yang mengeramkan saya Mana taknya mainan orang dia rebut kongsi emm jangan ...
Tak Mudah Susukan Anak Kembar Sampai 2 Tahun Tawakal Minta Rezeki Pada Allah Ibu Ni Dah Buktikannya

Tak Mudah Susukan Anak Kembar Sampai 2 Tahun Tawakal Minta Rezeki Pada Allah Ibu Ni Dah Buktikannya

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 343 hits
Pengalaman menyusukan anak buat kali pertama terasa amat menyukarnya Dihimpit waktu demi waktu masa tidur yang tidak mencukupi ditambah pula dengan rasa kerisauan melampau kerana tidak cukup susu Makin stress bila mana anak menangis kerana ...
Penyamun Bersenjatakan Pisau Maut Bergelut Dengan Remaja 16 Tahun

Penyamun Bersenjatakan Pisau Maut Bergelut Dengan Remaja 16 Tahun

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 174 hits
Seorang penyamun yang bersenjatakan pisau dipercayai penagih dadah maut selepas tewas dalam pergelutan bersama penghuni rumah Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 50 pagi Selasa di sebuah rumah di Kampung Lata Kekabu Lenggong suspek berus...
India Merancang Mengharamkan Rokok Elektronik Penjual Boleh Dipenjara Sehingga Tiga Tahun

India Merancang Mengharamkan Rokok Elektronik Penjual Boleh Dipenjara Sehingga Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 227 hits
Penggunaan rokok elektronik ataupun vape di Malaysia telahpun lalu Namun kini penggunaannya kembali popular dengan promosi dilakukan secara terbuka oleh selebriti tempatan Kerajaan masih belum mengharamkan penjualannya tetapi isu ini kembal...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Penerima Zakat Untuk Fii Sabilillah Apakah Terbatas Hanya Pada Jihad

Salam Nuzul Alquran Kuiz Menguji Pengetahuan Tentang Al Quran

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah