Terkejut Umi Tak Tahu Bila Boleh Hilang Ni Anak Main Inai Celup Habis Muka Merah
Alahai anak.. Tiba-tiba tengok warna merah penuh muka ingatkan darah rupanya inai dalam botol yang disapu pada muka. Bertuah sungguh anak! Patutlah orang kata sementara anak-anak nak membesar, pantang leka sikit, adalah apa-apa yang dilakukannya.
Pengalaman seorang ibu ini yang terkejut ingatkan anaknya cedera bermain apa-apa benar-benar buatkannya urut dada dan tarik nafas panjang. Mana taknya diam-diam bermain, sekali tengok dah habis seluruh muka cecair inai botol ‘dikerjakan’ anak.
“Terkejut umi..”
Seperti perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Siti Norehan di laman TikTok, dia menceritakan detik-detik cemas apabila melihat wajah anak dan tapak tangan yang berlumuran dengan pewarna inai.
Menerusi video pendek tersebut, kanak-kanak ini hanya mendiamkan diri dan seolah-olah faham kesalahannya.
Tanpa menangis dan mata hanya berkelip-kelip itu membuatkan umi pun tak sampai hati nak marah.
Jelas ibu ini, pada mulanya dia turut terkejut melihat keadaan anaknya ketika itu. Difahamkan anaknya bermain dengan pewarna inai celup milik kakaknya.
Apa yang buatkan si ibu pening bila memikirkan bagaimana nak menghilangkan warna merah inai di dahi kerana apabila dah siap mandi pun memang kesan inai tu masih lagi tak tanggal.
@sitinorehan92Terkejut beruk umi hang tgk mai laguni😩main inai celup kakak dia..lepas mandi pn x hilang ni nak oii😭💆🏻♀️♬ Oh No Oh No Oh No No No – Dubskie
Tak tahu berapa lama ambil masa untuk hilangkan. Bertabahlah anak! Umi pun tak boleh nak buat apa dah. Nak tak nak bertanda merahlah dulu buat sementara waktu ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah kanak-kanak ini dan sempat membuat jenaka.
“Berapa lama nak hilang tu dik…”
“Ya Allah terperanjat aunty dik, tengok hang macam tu..”
Kredit: Siti Norehan
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Terkejut Umi..Tak Tahu Bila Boleh Hilang Ni.” Anak Main Inai Celup Habis Muka Merah! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/terkejut-umi-tak-tahu-bila-boleh-hilang-ni-anak-main-inai-celup-habis-muka-merah/