Asalnya nak Snake Plant (tengah) tu ja, tapi terbekenan ngan yang lain gak hehe
Puas hati sangat bila dapat apa yang dicari – Creeping Fig, snake plant & money plant. Mama suka sangat pokok menjalar cam creeping fig tu.
Jadi macam obses tau. Mula mula beli 3, 4 pokok ja. Bila dah susun & nampak cantik rumah, jadi meronta ronta jiwa nak pergi beli lagi. Asyik teringat ingat “cantik laa pokok kat nurseri tadi, patut beli ja…”. Maka esoknya, pergi lah melawat lagi ke nurseri tu.
Ni antara favourite Ayah, asalnya yang ni bukan untuk dijual sebab tuan kedai tu punya. Tapi Ayah berjaya bodek sampai dapat beli gak heheh

Some of my new ‘babies’. Bangun pagi tengok dah berbunga bunga comel, adakah itu tandanya dia bahagia di sini? 
Calathea Dottie
Yang Calathea ni ja risau sikit nak jaga. Sebab baca infor katanya agak cerewet & mudah ‘merajuk’. Harap harap happy lah kat sini & jangan mudah merajuk ngan Mama yer. Nanti kang Mama sedih jenuh Ayah nak kena belikan pokok baru lagi…ehhh 


|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |