Snake plant ni memang paling cun kat mata saya kalau dapat pasu white macam ni.Tak kisahlah bentuk pasu macam mana, asalkan white.Tak tahulah kesukaan korang macam mana.Especially yang jenis Gold black ni.Mungkin aura colour hijau gelap dan kuning dia tu memang masyuk dengan pasu putih kot
Dekorasi macam ni pun elok jugak.Depa dok atur semua kaum kerabat senseviera ni dalam satu sudut atau ruang.Senang kalau nak pakat siram.Kalau merata satu rumah kita letak dia, jenuh jugak time nak siram,Nasib baik pokok ni bajet siram dia seminggu atau sebulan sekali je pun boleh.haha
Letak atas meja pun nampak cantik. Kalau meja kecil, kita letak sepokok okey sangat dah kan.Buat bagi oksigen lebih kat anak-anak yang nak study tu.Asyik dok mengantuk je kan.Kalau dah letak snake plant pun tak cukup oksigen, tahu dah kita bukan masalah pokok ke, buku ke, masalah sebenar anak kitalah tu.heh
Snake plant yang ni macam triplets kan.Subhanllah.Kenapalah elok sangat ni.Tumbuh dan besar sekata je.Tinggi pun naik sama elok. Kalau nak buat macam ni pun lawa.Letak atas side table
Ini pula dekorasi snake plant untuk window rumah kita.Indoor plant ni kalau ikut pemahaman saya, depa memang tak mahu banyak sangat air, tapi depa perlu sangat cahaya matahari atau cahaya.Seminggu sekali memang kena bawak atau letak kat luar rumah.Tapi kalau dah letak kat window yang direct dapat cahaya matahari, memang senanglah sikit kerja kita kann
Dekorasi yang ini pula dibuat dekat dengan balcony rumah. Geram pulak tengok pasu putih bentuk silinder tu.Mana boleh dapat pasu lawa macam tu ya
Ini pula boleh cuba untuk ruang tamu atau ruang rehat family.Rasa macam dok kat taman pulak kalau dekorasi macam ni kan
Bagi saya secara personal, pemilihan pasu juga penting kalau kita nak buat dekorasi dengan snake plant ni kann.Tengok dia jenis daun yang macam mana.Kalau dah sofa putih, pasu putih mungkin tak naik seri sangat kot.Jadi bila guna pasu hitam atau warna lain, baru nampak kontranya
Idea dekorasi ni pun menarik.Letak sepokok snake plant ni kat dalam bilik tidur. Harapnya boleh tidur lena sambil bantu kurangkan toksik dalam badan.Saya suka idea ni
Tips dekorasi seterusnya.Letak kat tangga dekat dengan pintu masuk rumah
Idea dekorasi yang terakhir.Nampak pokok snake plant je kan, melainkan ko zoom sikit, baru nampak pasu dan teko tu.Tapi macam saya sebut di awal tadi, snake plant jenis daun Black Gold ni memang menawan digayakan dengan pasu putih|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |