Teresa Pertimbang Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Dr Muhamad Akmal


bharian.com.my
Oleh Ilah Hafiz Aziz 
[email protected]
- September 10, 2024 @ 6:00pm
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh susulan kenyataan balas Ketua Pemuda UMNO itu berkait isu pensijilan halal, termasuk mahu 'logo tidak halal' ditampal pada dahi pemimpin DAP berkenaan

Teresa yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata, beliau sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada barisan peguamnya berhubung perkara terbabit.

"Saya akan berbincang dengan peguam saya (sekali lagi) selepas sesi ini," katanya kepada pemberita setelah memberi keterangan di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal dipetik menempelak tindakan Teresa yang dilaporkan mendakwa bahawa cadangan mewajibkan perolehan sijil halal ke atas restoran dan syarikat makanan, hanya menambah beban terhadap peniaga.

Dr Muhamad Akmal dilapor menegaskan perolehan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukan saja membabitkan larangan kandungan arak serta babi tetapi turut merangkumi bagaimana sesuatu makanan itu disediakan dan sumber penyediaannya.

"Saya nak beritahu... sijil halal dulu berbulan nak dapat. Hari ini, kita sudah pendekkan hingga 23 hari saja sudah dapat sijil halal.

"Jadi, apa masalah kamu dengan sijil halal ini. Kalau kamu tidak suka, ia tidak membabitkan kamu pun," kata Dr Muhamad Akmal melalui TikTok beliau, Sabtu lalu.

Media sebelum ini melaporkan Teresa mendakwa pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela untuk membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP dipetik mendakwa, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.

Selain itu, Teresa mendakwa, ia juga bertentangan semangat kepelbagaian budaya, malah mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

Ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, bahawa JAKIM sedang mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran serta syarikat makanan untuk memiliki sijil halal.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilapor menegaskan kenyataan Teresa dalam isu pensijilan halal itu tidak mewakili pendirian Pakatan Harapan (PH), selain mencetuskan kontroversi yang tidak relevan kepada masyarakat di negara ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/teresa-pertimbang-ambil-tindakan-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Takut Kita Jumpa Di Mahkamah Dr Muhamad Akmal Tegaskan Kepada Teresa

Saya Tak Takut Kita Jumpa Di Mahkamah Dr Muhamad Akmal Tegaskan Kepada Teresa

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 141 hits
bharian com myOleh September 10 2024 9 27pmKUALA LUMPUR Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak gentar berdepan tindakan mahkamah yang mungkin akan difailkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadapnya susulan kenyataan berkai...
Pecah Tabung Tabung Yang Ada Keluarga Abang Bas Mahu Ambil Tindakan Undang Undang

Pecah Tabung Tabung Yang Ada Keluarga Abang Bas Mahu Ambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 70 hits
Peguam minta kira duit siap siap kerana pihak keluarga Abang Bas mahu mengambil tindakan undang undang kepada pihak pihak tertentu termasuklah selebriti kerana didakwa menimbulkan syak wasangka kepada pemuda terbabit sewaktu di ditahan Meme...
Tindakan Penguatkuasaan Yang Sesuai Akan Diambil Terhadap Gisbh

Tindakan Penguatkuasaan Yang Sesuai Akan Diambil Terhadap Gisbh

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 103 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myKuala Lumpur Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berhubung tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan terhadap Global Ikhwan Service...
Kontrak Kontraktor Dewan Selera Mrsm Taiping Ditamatkan Tindakan Undang Undang Akan Diambil Asyraf Wajdi

Kontrak Kontraktor Dewan Selera Mrsm Taiping Ditamatkan Tindakan Undang Undang Akan Diambil Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 111 hits
IPOH 6 Sept Majlis Amanah Rakyat akan menamatkan kontrak kontraktor dewan selera Maktab Rendah Sains MARA Taiping dan mengambil tindakan undang undang susulan tindakan sambil lewa kontraktor itu dalam penyediaan makanan kepada pelajar insti...
Academic Where Teresa Erred And Why Akmal Only Errs

Academic Where Teresa Erred And Why Akmal Only Errs

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 68 hits
It is disheartening that the polemic over the halal certification comes in the wake of the of Pope Francis to Indonesia which was a lesson in interfaith relations and tolerance ruminated academic Tajuddin Rasdi However the professor in arch...
Teresa Tuntut Ganti Rugi Rm25 Juta Dari Akmal

Teresa Tuntut Ganti Rugi Rm25 Juta Dari Akmal

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 89 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 11 2024 2 46 PMAhli Parlimen DAP Teresa Kok mengeluarkan surat tuntutan kepada Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menuntut ganti rugi RM25 juta Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya Sankara Nair and Partners...
Saman Juga Chatgpt Kata Akmal Pada Nyonya Teresa

Saman Juga Chatgpt Kata Akmal Pada Nyonya Teresa

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 48 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 17 2024 Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mencabar Teresa Kok supaya menyaman ChatGPT selepas ahli parlimen DAP itu menyalahkan aplikasi berkenaan dan unsur sensasi oleh pihak media berhubung kenyataannya meng...
Akmal Saya Minta Kerajaan Sediakan Logo Non Halal Tampal Pada Dahi Teresa

Akmal Saya Minta Kerajaan Sediakan Logo Non Halal Tampal Pada Dahi Teresa

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 84 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 8 2024 1 46 PMKetua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyelar Naib Pengerusi DAP Teresa Kok kerana mempersoal cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol mendapat...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Mengajar Kaedah Asas Memasak Untuk Anak

Kedah Ceroi

Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

First Look The 2025 Triumph Speed Twin 1200 And Speed Twin 1200 Rs

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Belajar Jahit Smocking Definisi

Jahit Sendiri Seluar Santai Anak Anak

Pernah Gagal Dalam Beberapa Program Realiti Farhan Mustapha Kini The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia

Darul Hana Bridge Waterfront Kuching

Dimensity 9400 Mengatasi Apple A18 Pro Dalam Ujian Geekbench Multi Teras

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur