Terengganu Catat Pelaburan Komited Rm4 3 Bilion Sektor Tenaga Boleh Baharu Jadi Pemangkin


Terengganu Catat Pelaburan Komited RM4.3 Bilion, Sektor Tenaga Boleh Baharu Jadi Pemangkin
Negeri Terengganu terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam menarik pelabur apabila mencatat jumlah pelaburan komited bernilai RM4.3 bilion setakat September 2025, dengan sektor tenaga boleh diperbaharui menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan tersebut.
Pencapaian ini menegaskan keyakinan pelabur terhadap daya saing Terengganu sebagai destinasi pelaburan utama di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Pelaburan berkenaan dijangka mewujudkan 1,981 peluang pekerjaan, sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri itu dalam pelbagai sektor ekonomi.
Menurut laporan, sektor pembuatan menyumbang bahagian terbesar dengan 74 peratus daripada keseluruhan pelaburan, diikuti pelancongan (12 peratus), pertanian (8 peratus) dan perkhidmatan (6 peratus). Ini sekali gus mencerminkan kepelbagaian dan keseimbangan ekosistem pelaburan negeri.
Antara pemacu utama pelaburan ialah projek solar hibrid bernilai RM2.9 bilion di Tasik Kenyir, hasil usaha sama antara TNB Genco Sdn. Bhd. dan Terengganu Inc. Fasa perintis projek ini telah dilancarkan pada 12 Julai 2025, dan kini dalam perancangan untuk dikembangkan ke peringkat komersial sepenuhnya.
Setakat ini, pelaburan yang telah direalisasikan berjumlah RM1.6 bilion, membuktikan pembangunan berterusan dalam sektor perindustrian dan pelancongan. Antara projek utama yang sedang berjalan termasuk Taman Perindustrian Kertih Terengganu oleh Retro Court Sdn. Bhd., yang bakal menjadi hab strategik bagi industri berintensif tenaga, serta pembangunan hotel tiga bintang baharu oleh GEM Island Resort Sdn. Bhd. untuk memperkukuh daya tarikan pelancongan negeri.
Perkara ini diumumkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER Terengganu, yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, di Putrajaya hari ini.
“Prestasi memberangsangkan ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap negeri Terengganu dan komitmen kami untuk membangunkan ekonomi yang berdaya tahan serta berpandangan jauh. “Dari tenaga boleh diperbaharui dan pembuatan hingga ke pelancongan dan pertanian, kami sedang membina asas ekonomi yang pelbagai untuk menjamin pertumbuhan mampan dan manfaat jangka panjang kepada rakyat,” kata Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu bersama ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER semasa Mesyuarat ICC Terengganu yang berlangsung pada 27 Oktober 2025 di Pejabat ECERDC, Putrajaya. Sementara itu, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) terus memperkukuh infrastruktur sokongan bagi menyokong pertumbuhan sektor perindustrian.
Antara projek penting ialah Kompleks PKS Fasa 1B di Kerteh Biopolymer Park (KBP) yang siap dibina pada Julai 2025 dan dijangka menerima Sijil Siap Bina (CCC) hujung Oktober ini.
Kompleks itu menawarkan kemudahan kilang moden untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasaskan teknologi hijau dan biopolimer, bagi memperkukuh rantaian nilai industri negeri.
Dalam masa sama, ECERDC turut melaksanakan pelbagai inisiatif komuniti berteraskan kelestarian.
Di Setiu, projek IPR-INTAN Bukit Bidong Fasa 1 sedang dijalankan di kawasan seluas 66 hektar, melibatkan tanaman cili, bendi dan terung menggunakan sistem fertigasi berteknologi tinggi.
Projek ini memanfaatkan teknologi Pertanian Pintar berasaskan Internet of Things (IoT), yang dijangka meningkatkan hasil pertanian dan pendapatan peserta.
Seramai 140 peserta dijangka mendapat manfaat, dengan hasil tuaian pertama dijadualkan pada penghujung 2025.
“Kemajuan yang dicapai di Terengganu membuktikan bagaimana pelaburan strategik, kesediaan infrastruktur dan pemerkasaan komuniti saling melengkapi antara satu sama lain. “ECERDC akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek yang akan menarik pelabur, memperkukuh industri tempatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat di seluruh Wilayah Pantai Timur.
“Bagi mempertingkatkan lagi daya tarikan pelabur dan pelancong, ECERDC turut mempergiat pembangunan infrastruktur dan aset pelancongan utama seperti projek naik taraf Laluan Eksekutif Lapangan Terbang Sultan Mahmud–KTCC (KTAR2) yang bakal menyediakan perjalanan terus antara lapangan terbang dan pusat bandar, serta Promenade KTCC Fasa 1 yang membuka ruang kepada pembangunan komersial dan rekreasi baharu di kawasan Muara Utara dan Muara Selatan Kuala Terengganu,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Baidzawi Che Mat.
Turut hadir dalam mesyuarat ICC Terengganu ialah beberapa pegawai kanan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nara Setia Dato’ Zulkifli Ali; Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Dato’ Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak; dan Ketua Pegawai Pembangunan Negeri, Dato’ Haji Abdul Kahar Abdul Latif bersama wakil daripada Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perdana Menteri.
BACA: Nuklear Malaysia Memperkukuh Peranan Serantau Dalam Pengurusan Kualiti Pemprosesan Sinaran
Sumber: Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
The post Terengganu Catat Pelaburan Komited RM4.3 Bilion, Sektor Tenaga Boleh Baharu Jadi Pemangkin appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/27/terengganu-catat-pelaburan-komited-rm4-3-bilion-sektor-tenaga-boleh-baharu-jadi-pemangkin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ncer Rm59 Bilion Pelaburan Diraih Cipta 16 000 Peluang Kerja Pm Anwar

Ncer Rm59 Bilion Pelaburan Diraih Cipta 16 000 Peluang Kerja Pm Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 174 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mempengerusikan Mesyuarat Wilayah Ekonomi Koridor Utara di Putrajaya pada 15 Oktober 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 15 Okt Khabar gembira diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibra...
Quantum Echoes Teknologi Baharu Google Yang Boleh Baca Struktur Molekul Dengan Lebih Tepat

Quantum Echoes Teknologi Baharu Google Yang Boleh Baca Struktur Molekul Dengan Lebih Tepat

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 138 hits
Google hari ini mengumumkan pencapaian baharu dalam bidang pengkomputeran kuantum apabila berjaya menjalankan algoritma yang disahkan lebih pantas daripada superkomputer terpantas dunia Ia menandakan kali pertama dalam sejarah kelebihan kua...
Jumlah Pelaburan Diluluskan Di Js Sez Cecah Rm37 Bilion Pm Anwar

Jumlah Pelaburan Diluluskan Di Js Sez Cecah Rm37 Bilion Pm Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 142 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Zon Ekonomi Khas Johor Singapura bersama para pemegang taruh di Putrajaya pada 15 Oktober 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 15 Okt Di sebalik cabaran ketidak tentuan...
Nvidia Dan Nokia Jalin Kerjasama Bernilai Rm4 19 Bilion Pacu Era 6g Di As

Nvidia Dan Nokia Jalin Kerjasama Bernilai Rm4 19 Bilion Pacu Era 6g Di As

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 142 hits
NVIDIA dan Nokia menjalin kerjasama strategik bernilai AS 1 bilion untuk membangunkan platform AI RAN generasi baharu yang menyokong peralihan dari 5G ke 6G di AS NVIDIA memperkenalkan Arc Aerial RAN Computer sistem pengkomput
Alasan Shafie Pertahan Pemberian Khas Rm53 4 Juta Tak Boleh Diterima Grs

Alasan Shafie Pertahan Pemberian Khas Rm53 4 Juta Tak Boleh Diterima Grs

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 167 hits
Mohd Shafie Apdal diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia beredar dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu bagi proses lanjutan tahanan reman untuk membantu siasatan kes penyelewengan dana awam di Sabah pada ...
Jangan Stres Ini Makanan Boleh Banyakkan Susu Ibu Secara Semula Jadi

Jangan Stres Ini Makanan Boleh Banyakkan Susu Ibu Secara Semula Jadi

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 203 hits
Jangan Stres Ini Makanan Boleh Banyakkan Susu Ibu Secara Semula Jadi Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka Tambahan lagi bagi yang baharu sahaja menimang cahaya mata Sekiranya anak anak tidak mendapatkan nutrien yang se...
Tak Boleh Diterima Singapura Dakwa Pas Cuba Pengaruh Pengundi

Tak Boleh Diterima Singapura Dakwa Pas Cuba Pengaruh Pengundi

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 250 hits
Malaysiakini nbsp Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura mendakwa PAS bersikap bercanggah dan cuba campur tangan dalam pilihan raya republik itu selepas parti tersebut mempertahankan kenyataan pemimpinnya yang menyokong calon Parti Pekerj...
Fitnah Mainan Budak Ni Rasanya Pdrm Boleh Oegang Sebab Main Isu Raja Raja Dsn Memfitnah Raja Raja Melayu

Fitnah Mainan Budak Ni Rasanya Pdrm Boleh Oegang Sebab Main Isu Raja Raja Dsn Memfitnah Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 239 hits
Sham GhazSedap Noorsham Md Sari Pembangkang ni fitnah PMX Anwar Ibrahim dan main isu 3R Kata Majlis Raja Raja nasihat PM letak jawatan Itu satu fitnah yg jelas nyata Tindakan polis dan saman akan menyusul Lepas tu akaun Sis Anne Humaizi kat...
Ramai Tak Sedar Dashboard Cover Boleh Halang Airbag Batalkan Insurans

Ramai Tak Sedar Dashboard Cover Boleh Halang Airbag Batalkan Insurans

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 191 hits
Pelapik Dashboard Boleh Buat Tuntutan Insurans Ditolak Ramai Tak Tahu Ini Bahayanya Bagi kebanyakan pemilik kereta dashboard cover atau pelapik papan pemuka dianggap sekadar aksesori tambahan untuk mencantikkan ruang dalaman Namun tahukah a...
Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Reset Plan Timely But Must Be Managed Holistically

Sticker Botol Minuman Cara Elak Sticker Tanggal Bila Basah

Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

Ritual Pagi Yang Bantu Pekerja Remote Lebih Fokus

Jabatan Perikanan Sahkan Kehadiran Ubur Ubur Kotak Di Perairan Langkawi

St Rosyam Mart Lancarkan Peraduan Misi Mencari Raja Konten Tawar Hadiah Wang Tunai Rm20 000


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kepentingan Hubungan Seks Suami Isteri

Irresistible Beef Tehari Recipe In Bangla

Minggu Ni Nak Pergi Bercuti

Dapat Exclusive 3d Sticker Pack Jaya Grocer Percuma

Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan

Monolog Jiwa Bila Ujian Itu Datang Dari Segala Arah