Alasan Shafie Pertahan Pemberian Khas Rm53 4 Juta Tak Boleh Diterima Grs


 

Mohd Shafie Apdal diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beredar dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu bagi proses lanjutan tahanan reman untuk membantu siasatan kes penyelewengan dana awam di Sabah pada 23 Oktober 2017. Foto Bernama
KOTA KINABALU, 16 Okt – Bahang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah makin panas apabila seorang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengkritik bekas ketua menteri Shafie Apdal yang mempertahankan pentadbirannya menerima pemberian khas RM53.4 juta dari Putrajaya pada 2019, susulan dakwaan kerajaannya tunduk dalam memperjuangkan hak Sabah.
Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Masiung Banah berkata alasan Shafie kononnya hutang Putrajaya tinggi yang menyebabkannya dilihat ‘berlembut’ dalam menuntut hak kewangan negeri itu sebagai tidak boleh diterima.
Tegasnya, kepentingan dan keutamaan rakyat harus menjadi dasar utama bagi memastikan agihan lebih besar dapat digunakan untuk menyelesaikan isu asas seperti kemudahan infrastruktur luar bandar.
Masiung berkata pentadbiran Hajiji Noor lebih konsisten dan pendekatan diplomasi beliau membuahkan hasil apabila Sabah kini menerima pemberian khas RM600 juta.Berbanding Shafie, Masiung berkata pentadbiran Hajiji Noor lebih konsisten dan pendekatan diplomasi beliau membuahkan hasil apabila Sabah kini menerima pemberian khas RM600 juta.
“Iktibar kepada pengundi ialah jangan lagi memilih pemimpin yang cepat mengalah.
“Sabah memerlukan suara yang tegas, bukan suka beri alasan,” kata penyandang DUN Kuamut itu kepada FMT.
Kelmarin, Shafie yang menjadi ketua menteri dari Mei 2018 hingga September 2020 menjelaskan pentadbirannya menerima RM53.4 juta pada 2019 disebabkan kekangan kewangan serta hutang kerajaan persekutuan ketika itu.
Joniston Bangkui tolak dakwaan Shafie Apdal yang dana negeri digunakan untuk menyerang Parti Warisan Sabah (PWS) menjelang PRN Sabah tidak lama lagi.Adun Senallang itu menafikan dakwaan pentadbirannya tunduk dalam memperjuangkan hak Sabah seperti dibangkitkan Timbalan Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali, baru-baru ini.
Armizan mendakwa Warisan ketika menjadi pembangkang lantang menentang Barisan Nasional (BN) kerana mengekalkan kadar RM26.7 juta selama lebih empat dekad.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Arthur Sen turut mempertikai alasan Shafie, sambil menegaskan kerajaan persekutuan kini mampu menyalurkan RM600 juta walaupun hutang dan liabiliti negara mencecah RM1.69 trilion.
Secara perbandingan, katanya, Penyata Kewangan 2019 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2020 memberitahu kerajaan persekutuan mencatatkan jumlah hutang RM792.9 bilion.
Presiden Parti Warisan Sabah (PWS), Mohd Shafie Apdal diiring pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada 27 Oktober 2017. Foto Malai Rosmah Tuah.

“Jumlah hutang sekarang jauh lebih tinggi berbanding pada 2019. Jadi mengapa selepas kerajaan Shafie ditukar, jumlah pemberian khas meningkat daripada RM120 juta, kemudian RM300 juta dan kini RM600 juta?” kata Arthur.
Arthur percaya pendekatan berhemah dan diplomasi pentadbiran Hajiji memudahkan rundingan dengan Putrajaya serta memperkukuh justifikasi Sabah dalam permohonan mereka.
“Kerajaan negeri kini pimpinan GRS jelas mempunyai alasan kukuh untuk berjuang hak Sabah, bukannya mudah mengalah atas nama kepentingan rakyat,” katanya.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/alasan-shafie-pertahan-pemberian-khas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aeril Zafril Yakin Filem Klepet Boleh Kutip Rm7 Juta Ke Atas

Aeril Zafril Yakin Filem Klepet Boleh Kutip Rm7 Juta Ke Atas

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 123 hits
Klepet merupakan filem terbaru yang diterbitkan Respected Citizen Sdn Bhd yang mana dibintangi Aedy Ashraf Nadir Nasar Merqeen dan ramai lagi Filem yang berkonsep komedi dan travel movie ini diarahkan oleh Indra Putra Sanji dan bakal menemu...
Tak Boleh Diterima Singapura Dakwa Pas Cuba Pengaruh Pengundi

Tak Boleh Diterima Singapura Dakwa Pas Cuba Pengaruh Pengundi

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 228 hits
Malaysiakini nbsp Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura mendakwa PAS bersikap bercanggah dan cuba campur tangan dalam pilihan raya republik itu selepas parti tersebut mempertahankan kenyataan pemimpinnya yang menyokong calon Parti Pekerj...
Wave Av Experience 2025 Rumah Pun Boleh Jadi Pawagam Dan Konsert Mini

Wave Av Experience 2025 Rumah Pun Boleh Jadi Pawagam Dan Konsert Mini

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 218 hits
WAVE AV Experience 2025 Rumah Pun Boleh Jadi Pawagam dan Konsert Mini Bayangkan ruang tamu anda berubah jadi pawagam peribadi lengkap dengan bunyi yang memukau dan visual yang hidup Itulah yang menanti di WAVE AV Experience 2025 acara audio...
Minimalisme Cara Hidup Ringkas Yang Boleh Buat Hidup Lebih Tenang

Minimalisme Cara Hidup Ringkas Yang Boleh Buat Hidup Lebih Tenang

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 245 hits
Pernah tak rasa macam hidup kita terlalu serabut Buka almari baju penuh sampai nak jatuh tapi bila nak keluar tetap rasa tak ada baju nak pakai Rumah penuh dengan barang tapi separuh pun kita jarang sentuh Dalam kepala pun sama banyak sanga...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka