Tepung Ubi Kegunaan Dan Bezanya Dengan Tepung Kentang


Tepung ubi merupakan antara jenis tepung yang mempunyai fungsi khusus dalam masakan.
Meskipun ia tidak sepopular tepung gandum atau tepung jagung, teksturnya yang unik menjadikan ia antara tepung yang wajib ada di setiap rumah.
Tepung ini juga merupakan pilihan tepat bagi individu yang alahan kepada kekacang, kelapa dan bijirin kerana ia bebas gluten.
Selain baik untuk diamalkan bagi yang sedang mengamalkan diet bebas gluten, ia juga dilihat sesuai bagi pesakit celiac.
Tepung Ubi Dalam Bahasa Inggeris Tepung ini turut dikenali dengan nama lain seperti tepung kanji dan tepung tapioka.
Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai Tapioca Starch atau Tapioca Flour.
Secara umumnya, tepung ini diperbuat daripada akar ubi kayu yang dibersihkan, dikupas lalu diparut atau dikisar.
Setelah dikeringkan di bawah matahari, ia akan ditumbuk sehingga halus sehingga terhasilnya tepung.
Sumber : Nutrabay Kegunaan Untuk Cantikkan Adunan Kuih
Adunan kuih khususnya kuih lapis yang menggunakan tepung ubi dikatakan mempunyai tekstur yang kenyal dan lembut.
Selain membuatkan permukaan kuih lapis lebih bersinar, ia juga dapat membuatkan setiap lapisan kuih ini mudah untuk disiat.
Selain kuih lapis, beberapa kuih tradisional lain turut menggunakan tepung ini seperti kuih kaswi, kuih lompang, cendol dan keropok lekor.
Boba atau bijian pearl berwarna hitam yang sering dijumpai dalam minuman Milk Tea juga diperbuat daripada tepung ubi kayu.
Untuk Pekatkan Adunan
Disebabkan teksturnya yang likat setelah dicampurkan air, tepung ini juga sesuai untuk digunakan bagi memekatkan adunan termasuk kuah.
Fungsi ini dikatakan sama dengan tepung jagung dan tepung beras.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu larutkan tepung ini dalam air mendidih. Jangan guna air sejuk kerana ia tidak akan larut.
Walau bagaimanapun, tepung ini tidak sesuai untuk hidangan yang dimasak lama kerana ia boleh mengeras.
Oleh itu, ia lebih sesuai untuk dicampurkan dalam masakan tumis atau sup.
Beza Tepung Ubi dan Tepung Kentang Mungkin sesetengah orang keliru akan fungsi tepung tapioca dan tepung kentang kerana kedua-duanya berasaskan kanji namun jenis ubinya berbeza.
Secara asasnya, kedua-dua tepung ini diperbuat daripada bahan yang dinyatakan iaitu ubi kayu untuk tepung tapioca dan ubi kentang untuk tepung kentang.
Cara penghasilannya pula adalah sama iaitu dengan diparut atau dikisar sehingga menjadi tepung halus.
Dari segi harga, tepung kentang dilihat lebih mahal berbanding tepung ubi kayu.
Kita juga jarang menggunakan tepung kentang dalam masakan harian mahupun kuih muih.
Dari segi tekstur pula, kedua-dua tepung ini mempunyai tekstur halus yang mirip dengan tepung jagung.
Berbeza dengan tepung kentang yang akan memberikan rasa kentang, tepung ubi kayu tidak mempunyai sebarang rasa jika dicampurkan dalam adunan atau masakan.
Berbanding tepung ubi kayu yang banyak digunakan dalam kuih muih tradisional, tepung kentang pula biasanya digunakan untuk membuat roti, biskut dan bingka.
Tepung kentang juga dikatakan mampu memberikan tekstur biskut yang rapuh dan cair di dalam mulut.
Sumber Infografik : Facebook Pesan Berpesan Sesama Kita Kini anda sudah tahu apa itu tepung ubi kayu dan perbezaannya dengan satu lagi tepung kanji iaitu tepung kentang.
Jadi, lebih mudahlah untuk anda rancang penggunaan ramuan dalam masakan dan kuih muih!
Sumber : rasa.my, Facebook Pesan Berpesan Sesama Kita
Baca Juga : Tepung Jagung: Kelebihan dan Fungsi-Fungsinya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tepung-ubi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tepung-ubi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Tepung Sagu Kegunaan Dan Manfaatnya Pada Kesihatan

Apa Itu Tepung Sagu Kegunaan Dan Manfaatnya Pada Kesihatan

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 414 hits
Pernahkah anda mendengar tentang tepung sagu Ia merupakan antara tepung yang menjadi pilihan ramai masyarakat Asia Tenggara dan mempunyai banyak kegunaannya Tepung ini dihasilkan daripada isi pokok sagu Secara lebih spesifik bahagian tengah...
Bekas Bintang Liverpool Chelsea Dedah Bezanya Klopp Berbanding Slot Sukan

Bekas Bintang Liverpool Chelsea Dedah Bezanya Klopp Berbanding Slot Sukan

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 127 hits
BEKAS penyerang Liverpool dan Chelsea Daniel Sturridge mendedahkan perbezaan yang diambil Arne Slot dan Jurgen Klopp Berikutan kemenangan The Reds menewaskan Chelsea 2 1 pada Ahad di Anfield pada Ahad Liverpool yang mengutip 21 mata kembali...
Buat Sendiri Kentang Goreng Panjang Senang Sangat Rupanya Guna 3 Bahan Saja

Buat Sendiri Kentang Goreng Panjang Senang Sangat Rupanya Guna 3 Bahan Saja

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 130 hits
Kentang goreng panjang atau french fries potato stick ini antara makanan viral masa kini Ia antara makanan yang selalu ditawarkan di festival makanan dan sekarang semakin banyak gerai tepi jalan yang menjualnya Tapi kentang goreng panjang i...
Tepung Jagung Kelebihan Dan Fungsi Fungsinya

Tepung Jagung Kelebihan Dan Fungsi Fungsinya

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 180 hits
Tepung jagung merupakan satu bahan yang sering digunakan sebagai agen pemekat dalam masakan seperti sup stew dan sos Namun begitu tahukah anda tepung ini boleh membantu dalam menghasilkan hidangan gorengan yang lebih rangup dan juga boleh b...
Tepung Pelita Resipi Dan Cara Penyediaannya

Tepung Pelita Resipi Dan Cara Penyediaannya

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 151 hits
Tepung pelita merupakan sejenis manisan yang sangat popular di Malaysia terutamanya pada bulan puasa Rasanya yang manis berlemak menyebabkan ia disukai pelbagai golong umur tidak kira tua atau muda Jika anda merupakan penggemar kuih ini dan...
Udang Celup Tepung Rangup Dan Sedap

Udang Celup Tepung Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 212 hits
Udang celup tepung adalah hidangan yang sangat popular di Malaysia terutama di negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan Hidangan ini terkenal dengan udangnya yang rangup di luar tetapi masih kekal juicy di dalam Bagi yang ingin m...
Cara Buat Kuih Tepung Serunai Sedap Ikut Resipi Orang Tua Dulu Dulu

Cara Buat Kuih Tepung Serunai Sedap Ikut Resipi Orang Tua Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 146 hits
Kuih Tepung Pasung atau juga dikenali dengan nama Kuih Tepung Serunai merupakan salah satu kuih tradisional yang digemari ramai Rasanya sangat enak Lemak manis memang sedap dimakan Bahan serta cara membuatnya pun cukup mudah Saudari Pn Habs...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa