Apa Itu Tepung Sagu Kegunaan Dan Manfaatnya Pada Kesihatan


Pernahkah anda mendengar tentang tepung sagu? Ia merupakan antara tepung yang menjadi pilihan ramai masyarakat Asia Tenggara dan mempunyai banyak kegunaannya.
Tepung ini dihasilkan daripada isi pokok sagu. Secara lebih spesifik, bahagian tengah pokok sagu akan dikisar dan direndam. Sagu yang mendap ini kemudiannya akan dikeringkan dan dijadikan tepung.
Selain dijumpai dalam bentuk tepung, sagu juga cukup popular di pasaran dalam bentuk bijian berwarna putih.
Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai Sago.
Sumber : Vermont Public Selain tidak mempunyai rasa, tekstur tepung dan biji sagu turut dikatakan menyamai tepung ubi iaitu liat dan kenyal.
Seperti tepung ubi dan tepung kentang, tepung sagu turut dikategorikan sebagai tepung yang bebas gluten.  
Kegunaan Sebagai Pemekat Adunan
Tepung ini terkenal sebagai ejen pemekat adunan. Sebagai contoh, ia merupakan salah satu ramuan penting bagi memadatkan adunan keropok lekor, keropok ikan, bubur dan lempeng.
Meskipun kita tahu terdapat pelbagai kuih yang menggunakan biji sagu, namun terdapat juga beberapa makanan tradisional yang dihasilkan menggunakan tepungnya seperti ambuyat, kuih kaswi dan kuih bangkit.
Dalam Industri Tekstil dan Plastik
Di samping menjadi bahan wajib di dapur, tepung ini juga memiliki fungsi yang pelbagai dalam industri tekstil.
Kanji daripada sagu sering digunakan untuk memproses serat di dalam fabrik. Pada masa yang sama, sesetengah plastik yang terbiodegradasikan (biodegradable) juga diperbuat daripada tepung ini.
Kandungan Nutrisi dan Manfaat Untuk Kesihatan Seperti kebanyakan tepung putih lain, sagu juga tergolong sebagai salah satu sumber karbohidrat kompleks.
Ia mengandungi protein, lemak dan serat dalam jumlah yang sedikit.
100 gram tepung sagu mampu membekalkan nutrisi seperti berikut :
Kalori : 355 Protein : 0.2 Lemak : 0.2 Zink : 11% daripada keperluan harian Indeks Glisemik : < 55 Memetik Healthline, tepung ini dilihat berpotensi dalam memberikan manfaat kepada tubuh seperti berikut :
Tinggi Kandungan Zink
Seperti yang dikongsikan, 100 gram tepung sagu boleh membekalkan sehingga 11% keperluan zink harian untuk tubuh.
Mineral ini memainkan peranan penting dalam tumbesaran kanak-kanak di samping dapat mempercepat pemulihan luka serta menggalakkan sistem imuniti yang sihat.
Sumber Antioksidan Yang Baik
Sebuah kajian tabung uji mendapati sagu kaya dengan antioksidan iaitu flavonoid yang berperanan dalam meningkatkan ketahanan tubuh, mencegah keradangan serta masalah kesihatan berkaitan jantung.
Satu kajian terhadap tikus makmal turut mendapati diet yang tinggi kandungan sagu berpotensi dalam mencegah penyakit berkaitan salur jantung termasuk kolesterol tinggi.  
Tepung Sagu Boleh Diganti Dengan Apa? Dalam kebanyakan resepi, tepung sagu boleh digantikan dengan tepung ubi kayu kerana ia mempunyai tekstur yang hampir sama.
Ia juga tidak menambah sebarang rasa ke dalam masakan atau adunan, namun ia memberikan tekstur yang unik.
Tepung yang mempunyai banyak kegunaan ini mampu memberikan tekstur yang menarik dalam hidangan.
Ia juga boleh menjadi pengganti tepung yang sesuai kepada pesakit celiac dan individu yang mengamalkan diet bebas gluten.
Meskipun begitu, ia masih merupakan sumber karbohidrat yang perlu diambil secara berpada-pada.
Tambahan pula, tepung ini tidak mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tinggi kecuali zink.
Sumber : Healthline, expatliving.sg


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tepung-sagu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tepung-sagu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tepung Ubi Kegunaan Dan Bezanya Dengan Tepung Kentang

Tepung Ubi Kegunaan Dan Bezanya Dengan Tepung Kentang

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 90 hits
Tepung ubi merupakan antara jenis tepung yang mempunyai fungsi khusus dalam masakan Meskipun ia tidak sepopular tepung gandum atau tepung jagung teksturnya yang unik menjadikan ia antara tepung yang wajib ada di setiap rumah Tepung ini juga...
Peranan Vitamin D Untuk Kesihatan Gusi

Peranan Vitamin D Untuk Kesihatan Gusi

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 104 hits
Penulis Siti Nur Rasyidah Md Ramli Pensyarah Jabatan Sains Asas Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia Bilakah kali terakhir anda berjumpa doktor gigi anda Apakah saranan doktor gigi anda bagi mengekalkan kesihatan gigi yang baik...
Ibu Wajib Tahu 5 Info Kkm Jaga Kesihatan Sepanjang Kehamilan No 2 Tu Wajib Ada

Ibu Wajib Tahu 5 Info Kkm Jaga Kesihatan Sepanjang Kehamilan No 2 Tu Wajib Ada

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 43 hits
Buat para ibu hamil tahniah kerana bakal menyambut kehadiran cahaya mata Perjalanan kehamilan ni memang istimewa tapi penting sangat untuk jaga kesihatan diri dan bayi dalam kandungan Jom kita sama sama belajar tips dan panduan yang disedia...
Temujanji Di Klinik Kesihatan

Temujanji Di Klinik Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 246 hits
Hari Rabu minggu lepas Mama Yan ada temujanji di Klinik Kesihatan Temujanji apa Ala temujanji buku hijau MY ni la untuk penyakit diabetes mellitus Darah tinggi dan kolestrol Biasa kalau kat klinik mesti tekanan darah MY naik sekitar 140 100...
Tepung Pelita Resipi Dan Cara Penyediaannya

Tepung Pelita Resipi Dan Cara Penyediaannya

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 82 hits
Tepung pelita merupakan sejenis manisan yang sangat popular di Malaysia terutamanya pada bulan puasa Rasanya yang manis berlemak menyebabkan ia disukai pelbagai golong umur tidak kira tua atau muda Jika anda merupakan penggemar kuih ini dan...
Alat Phem B Untuk Menggandingkan Pengaruh Terhadap Tingkah Laku Dalam Model Ekonomi Kesihatan Awam Bmc Public Health

Alat Phem B Untuk Menggandingkan Pengaruh Terhadap Tingkah Laku Dalam Model Ekonomi Kesihatan Awam Bmc Public Health

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 67 hits
Kerangka Keputusan untuk Model Ekonomi Kesihatan Dalam artikel ini kami memperkenalkan kerangka keputusan yang membantu para pemodel dalam menyertakan pengaruh tingkah laku dalam model model ekonomi kesihatan untuk intervensi kesihatan awam...
Jenama Produk Kesihatan Motogene Bersama Duta Terbaru Amy Mastura

Jenama Produk Kesihatan Motogene Bersama Duta Terbaru Amy Mastura

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 99 hits
Hi Korang Siapa tak minat dengan pelakon penyanyi Amy Mastura kan Seriously kak lily memang peminat setia beliau sejak dari zaman Asia Bagus lagi tau Untuk itu pada 27 September 2024 Morimoto Formulas di bawah jenama MotoGene telah mengadak...
8 Cara Menjaga Kesihatan Diri Mengikut Sunnah Dalam Islam

8 Cara Menjaga Kesihatan Diri Mengikut Sunnah Dalam Islam

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 162 hits
Jom amal cara menjaga kesihatan diri ikut sunnah Kesihatan fizikal dan mental adalah aspek penting dalam kehidupan setiap Muslim Islam menganjurkan umatnya untuk menjaga kesihatan diri sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kepada Allah ...
Jus Kesihatan Didapojus 100 Home Made

Jus Kesihatan Didapojus 100 Home Made

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 78 hits
nbsp Jus Kesihatan Didapojus 100 Home Made Hari tu nieyl ada bagitahu yang nieyl terlupa minum Jus Kunyit tu kan dan kak SA ada minta nieyl share So hari ini baru ada kelapangan nak share tentang jus kunyit dan jus celery yang nieyl tengah ...
Pemilihan Bersatu Dedah Wujud Kem Tidak Sebulu Muhyiddin

Building An Inclusive Economy

Isu Ruu Mufti Wilayah

Gisbh No Proof Of Links To Political Leaders Home Ministry Says

Pemuda Merangkak Belajar Solat Undang Sebak Dia Telah Buka Jalan Ke Pintu Syurga

Stroke Survivors Terus Dapat Preskripsi Benzodiazepin Yang Membimbangkan

Budget 2025 Looking Beyond The Material World

Adik Mak Lampir Jadi Penjamin Aliff Aziz


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Di Hatiku Ada Kamu Viu Malaysia

5 Jenis Bantuan Sosial 100 Percuma Yang Disediakan Negara Luar

10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin Bekas Suami Fazura Penyanyi Lagu Wanita Terakhir Juara Hero Remaja 2011 2012

10 Fakta Biodata Pelakon Fazura Bekas Isteri Fattah Amin Foto Dulu Sekarang

ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober


Cabaran Industri Perhotelan Hari Ini

Lirik Lagu Lemah Dayang Nurfaizah

Anwar Mesti Beri Respon Terhadap Dakwaan Shamsul

Arghpiez Tentang Dia Chord

Apa Itu Tepung Sagu Kegunaan Dan Manfaatnya Pada Kesihatan

Yogurt Farm Fresh Sedap