Tepuk Belakang Tunggu Anak Sendawa Tak Perlulah Sampai Keluar Bunyi Sekejap Dah Ok


Persiapan fizikal dan mental penting buat ibu bapa yang baru pertama kali bergelar ibu bapa atau yang dah ada anak tapi masih belum mengetahui lagi beberapa info penting. Jangan ingat bab penjagaan bayi ini mudah seperti memandikan dan menidurkannya je tetapi ibu bapa juga perlu prihatin dalam hal sendawakan bayi.
Walaupun nampak mudah hanya tepuk-tepuk belakang, tapi sebenarnya angin yang berlebihan dalam perut bayi boleh mengakibatkan bayi gelisah dan tidak selesa. Jadi adalah penting bagi ibu bapa baru untuk ketahui kaedah terbaik untuk buat bayi rasa selesa dan dapat tidur selesa.
Perkongsian dari Konsultan Tangisan Bayi, Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib ini boleh membantu ibu bapa.

Ok mari kita jadikan posting kali ini ‘straight forward’. Maka saya tanya, apa tujuan anda sendawakan anak?
Untuk elakkan kembung? Adakah bayi sebenarnya mudah kena kembung? TIDAK. Saya ulang: TIDAK. Seawal tahun 1954 Dr Ronald Illingwood, seorang doktor pakar kanak-kanak England membandingkan Xray perut 2 kumpulan bayi iaitu bayi yang di katakan ‘colic’ dan bayi yang bukan ‘colic’ ketika keduanya di puncak tangisan. Hasilnya? Tiada beza jumlah gas dalam perut kedua kumpulan bayi.
Ujian ulangan paling baru dilakukan pada 2014 oleh Dr Cindy Gellner dari Utah untuk mengkaji kaitan sendawa- gumuh – colic (banyak nangis). 1 kumpulan ibu di minta sendawakan bayi mereka selepas setiap penyusuan dan 1 kumpulan lagi tidak sendawakan bayi. Kedua kumpulan ibu di uji selama 3 bulan. Hasilnya? Bayi-bayi kuat meragam adalah hampir sama jumlahnya dari kedua-dua kumpulan.
Kedua kajian ini antara yang mengesahkan fakta bahawa hanya 20% saja bayi yang colic (kuat menangis) kerana kembung. Mereka di gelar ‘abdominal colic baby’. 80% bayi colic lagi BUKAN kerana kembung.Ianya kerana lemahnya adaptasi mereka pada peralihan alam rahim ke alam dunia. Mereka adalah ‘infantile colic baby’
= Maka, SENDAWA BUKAN TUJUAN UNTUK ELAK KEMBUNG. Umumnya, gas dalam badan bayi akan mencari jalan keluarnya sendiri samada melalui sendawa atau kentut.
2. Untuk elak gumuh/muntah susu?
Sendawa atau tidak, faktanya, semua bayi kecil akan tetap gumuh. Susu yang ditelan bayi akan menuruni saluran esofagusnya sebelum masuk ke dalam perut. Sebelum perut, ada satu otot atau gegelung LES (lower esophageal sphincter) yang tugasnya menahan isi perut dari terselinap naik semula ke esophagus seterusnya ke mulut. Buat bayi kecil, otot LES ini belum matang. Maka, selagi otot LES ini belum matang, gumuh akan selalu terjadi terutama jika perut bayi penuh.
= Maka, sendawa BUKAN untuk elak gumuh.
3. Sendawa untuk elak bayi rasa tak selesa?
Ya! Ini kerana gas yang terperangkap dalam perut dan dada bayi akan menyebabkan rasa sebu (penuh) dan tidak selesa, yang akan menyaksikan bayi menangis atau resah sama seperti orang dewasa.
NAMUN, perlu diingat, bukan semua bayi ada banyak gas untuk disendawakan dan bukan semua bayi senang sendawa dengan kuat. Ada bayi yang memang tak banyak gas untuk disendawakan dan ada yang ‘silent burper’ atau sendawa perlahan sekadar helaan angin.
= Maka, sifir asasnya, di saran usah mengenepikan langkah menyendawakan bayi sehingga usia bayi sekitar 6 bulan atau lebih spesifiknya telah boleh duduk kerana kemahiran duduk akan dengan sendirinya membantu proses penyingkiran gas.

TAPI, tak perlulah berlama-lama. Beberapa minit sudah memadai kerana jika benar gas sudah berada di sekitar abdomen bayi, ia tak perlukan masa yang lama untuk keluar apa lagi dengan bantuan ibubapa.
Jika sampai 20-30 minit menepuk bayi dan anak pun ternyata sudah sedap terlena di bahu misalnya, tentulah tak logik jika masih nak terus menepuk dan mahu berharap mendengar bunyi sendawa. NO.
Sudah terang dan jelas bayi dalam keadaan selesa maka sebab itu dia terlena. Maka, anggap sajalah gas sudah tiada dan letak saja bayi ke bawah. Jika bayi tak selesa (masih ada gas) tentulah bayi akan terus resah.
Adakah salah jika ibu mahu terus menepuk bayi dan membiar anak lena di dada selama mana yang ibu mahu? Oh, tentu sekali TIDAK SALAH. Namun jika ibu merungut bayi ambil masa terlalu lama untuk sendawa maka kini ibu patut telah tahu, bukan bayi yang tak nak sendawa, tapi ibu yang terlebih buat.
Malah, menepuk bayi di dada/bahu ibu hingga lena, setiap kali, adalah salah satu punca mengapa bayi terjaga atau enggan terus lena bila di letak ke bawah kerana bayi sudah biasa kesedapan lena di dada ibu. Sekali lagi, ini JUGA TIDAK SALAH. Tapi jika ibu sudah letih dan mahu bayi tidur sendiri di bawah, maka ibu perlu tahu, bayi boleh buat dan ada caranya.
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
THB EDU ASSC. USA
DBL INSTITUTE SYDNEY
THE WONDER WEEKS ACADEMY
The post Tepuk Belakang Tunggu Anak Sendawa, Tak Perlulah Sampai Keluar Bunyi. Sekejap Dah Ok appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tepuk-belakang-tunggu-anak-sendawa-tak-perlulah-sampai-keluar-bunyi-sekejap-dah-ok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stim Dan Tepuk Percussion Legakan Selesema Batuk Anak Hingus Pekat Boleh Keluar

Stim Dan Tepuk Percussion Legakan Selesema Batuk Anak Hingus Pekat Boleh Keluar

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 355 hits
Bab batuk selesema bukan orang dewasa je yang tak tahan tapi bayi dan kanak kanak lagi la terasa peritnya Lagi susah hati bila anak sepanjang masa merengek Masa tidur pun tak boleh nak tidur lena Kalau anak dah usia dua tahun ke atas bolehl...
Teknik Mudah Ibu Ini Buat Untuk Anak Senang Makan Ubat Sekejap Dah Siap

Teknik Mudah Ibu Ini Buat Untuk Anak Senang Makan Ubat Sekejap Dah Siap

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 784 hits
Ada tak mak mak yang kena struggle nak bagi anak makan ubat jenis cecair sirap Bila dah masuk 2 tahun makin susah nak bagi sebab anak dah pandai mengelak Walaupun dah masuk elok elok dalam mulut tak sampai seminit terkeluar semua ubat Masa ...
Adik Cuma Nak Salam Peluk Cium Ibu Di Pagi Raya Sekejap Pun Jadilah Anak Rayu Ibu Kesayangannya Kembali

Adik Cuma Nak Salam Peluk Cium Ibu Di Pagi Raya Sekejap Pun Jadilah Anak Rayu Ibu Kesayangannya Kembali

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 535 hits
Remaja perempuan berusia 15 tahun bernama Ika ditinggalkan ibu kandungnya di rumah perlindungan di Kuala Lumpur dan tidak pernah kembali untuk mengambil mahupun menjenguknya Si ibu berbuat demikian tahun lalu kerana keadaan kewangannya yang...
Seronok Ajar Anak Belajar Dengan Tepuk Amai Amai Sing And Record Fun Book Dari Baba Baa

Seronok Ajar Anak Belajar Dengan Tepuk Amai Amai Sing And Record Fun Book Dari Baba Baa

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 544 hits
Tepuk Amai Amai Sing and Record Fun Book Dari Baba Baa Hanya dengan tulisan nama Tepuk Amai Amai daku telah dapat membayangkan kenangan lama di saat daku bermain dengan ibu menggunakan lagu ini Daku juga ikut teringat teringat kisah kecil d...
Patah Cacat Kekal Itu Kalau Hidup Viral Gambar Kenderaan Balik Raya Anak Berisiko Tercampak Keluar

Patah Cacat Kekal Itu Kalau Hidup Viral Gambar Kenderaan Balik Raya Anak Berisiko Tercampak Keluar

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 763 hits
Perjalanan dalam kenderaan bersama si kecil tidak kira jauh mahu pun dekat jangan sekali kali diambil mudah Baru baru ini tular gambar kenderaan yang disiapkan untuk perjalanan jauh bersama keluarga tular Ia menerima pelbagai reaksi negatif...
Gara Gara Tak Cukup Tidur Anak Tantrum Sepanjang Hari Kalau Nak Keluar Pastikan Anak Cukup Tidur

Gara Gara Tak Cukup Tidur Anak Tantrum Sepanjang Hari Kalau Nak Keluar Pastikan Anak Cukup Tidur

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 428 hits
Blogger dan Instafamous Yuyu Zulaikha mengakui anaknya mula tantrum hanya kerana tidak cukup tidur Sebelum ini anaknya jarang tantrum walaupun dibawa kemana sahaja Perkongsian tersebut dibuat melalui akaun instagramnya Dia turut bertanya pe...
Akhirnya Kami Bawa Ayra Ke Tempat Awam Selepas Dapat 9 Bulan Vaksin Ummi Baru Berani Bawa Anak Keluar

Akhirnya Kami Bawa Ayra Ke Tempat Awam Selepas Dapat 9 Bulan Vaksin Ummi Baru Berani Bawa Anak Keluar

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 401 hits
Pelakon Ummi Nazeera melalui instagramnya memaklumkan bahawa dia dan suami Dr Izzar akhirnya membawa anak sulungnya Ayra 9 bulan keluar ke tempat awam setelah mengambil vaksin yang dijadualkan kepada anaknya Baca Selanjutnya Finally we brin...
Dia Keluar Kereta Kata Natey Mu Nak Gapo Buat Orang Ramai Geram Anak Dakwa Pemandu Camry Hampir Langgar Ibunya

Dia Keluar Kereta Kata Natey Mu Nak Gapo Buat Orang Ramai Geram Anak Dakwa Pemandu Camry Hampir Langgar Ibunya

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 400 hits
Baru baru ini viral di media sosial sekumpulan peniaga dan pengunjung bazar di Kota Bharu merosakkan kereta seorang wanita yang melalui laluan di bazar tersebut Menurut pemandu itu dia meminta peniaga di situ mengalihkan barang dan khemah n...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba