Patah Cacat Kekal Itu Kalau Hidup Viral Gambar Kenderaan Balik Raya Anak Berisiko Tercampak Keluar
Perjalanan dalam kenderaan bersama si kecil tidak kira jauh mahu pun dekat jangan sekali-kali diambil mudah.
Baru-baru ini tular gambar kenderaan yang disiapkan untuk perjalanan jauh bersama keluarga tular. Ia menerima pelbagai reaksi negatif daripada warganet. Baik buruk perlu difikirkan sebelum menggunakan kaedah ini. Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan memberikan ulasan.
PESAKIT DALAM AMBULANS DIPAKAIKAN TALI PINGGANG KELEDAR
Dalam memindahkan pesakit menggunakan ambulans, pesakit yang baring di atas pengusung dipakaikan tali pinggang keledar. Pengusung pula ada mekanisme penguncian pada lantai ambulans.
Ini untuk pastikan pesakit selamat jika berlaku kemalangan.
JENAZAH PUN DIPASTIKAN RAPI KEDUDUKANNYA SUPAYA TIDAK TERHUMBAN
Dalam memindahkan jenazah menggunakan kenderaan pun kita pastikan jenazah itu diletakkan dengan rapi di dalam keranda agar tidak terhumban bila kenderaan bergerak atas jalan raya.
Itu jenazah tau, jasad yang sudah tak bernyawa. Dah meninggal.
MENGAPA BIAR ANAK TANPA PERLINDUNGAN?
Jadi mengapa kita tega biarkan anak-anak kita berbaring di ruang belakang kenderaan tanpa sebarang bentuk mekanisma perlindungan ketika kereta sedang bergerak?
PATAH, CEDERA, CACAT OTAK. ITU KALAU MASIH HIDUP
Kalau kereta brek kecemasan, terhumban anak-anak kita di belakang tu. Boleh dapat pelbagai kecederaan: kepatahan anggota, kecederaan kepala, gegaran otak dan lain-lain yang boleh akibatkan cacat kekal.
Itu kalau hidup.
BANYAK KES KANAK-KANAK TERCAMPAK KELUAR KENDERAAN
Malaysia mencatat bilangan kes kemalangan jalan raya sebanyak 548,598 dengan purata setiap minit satu kemalangan jalan raya pada tahun 2018. Negara kehilangan seramai 6284 nyawa (purata 17 nyawa sehari).
Berita kanak-kanak tercampak keluar dari kenderaan ketika berlaku kemalangan jalan raya bukan suatu yang kita tak pernah dengar. Dah banyak kali keluar berita dan puncanya adalah tak pakai tali pinggang keledar.
IBU BAPA JANGAN JADI PENYEBABNYA
Jangan jadi penyebab anak kita masuk dalam statistik ini untuk 2019. Pastikan anak-anak di tempat duduk dan pakai tali pinggang keledar. Jika anak kecil, gunakan kerusi keselamatan kanak-kanak.
Pemakaian tali pinggang keledar dengan betul dapat mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan jalanraya sebanyak 70%.
Ingat! Jangan biar anak berbaring di belakang kenderaan, jika tak mahu anak anda berbaring dalam ambulans atau dalam van jenazah.
WARGANET KONGSI PENGALAMAN
Posting ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Antaranya turut berkongsi pengalaman dalam kenderaan bersama keluarga.
CEGAH SEBELUM BERLAKU
@Raden Dhia Masa gambar ni viral berduyun2 la org2 tag pasangan masing2. “Nk buat camni ye papa” rasanya ramai yg buat nanti. Sy doakan semuanya selamat. Tp cegah la sebelum berlaku. Sy faham anak mengamok taknak duduk dlm baby car seat. Faaahamm sgt. Anak sy kembar dua2 melolong kat belakang berjam2. Sakit telinga. Tapi tak apa lah. Tangan sy tak cukup kuat untuk pegang mereka.
PERNAH KEMALANGAN ANAK CEDERA KEPALA & TERCABUT SENDI
@Lily Abdul Razak Masa sy mengalami eksiden 1 family akhir tahun lepas. Anak saya yg berbaring di seat belakang, mengalami bengkak kepala dan tercabut tulang sendi peha. Gambar diatas nak buat time piknik atau berkhemah, boleh lah. Time kete bergerak.. jangan buat hal yer..
TAK MELAMBUNG KE?
@Jerry McGoyok Gambar atas tuh mungkin untuk camper. Dah parking tepi pantai baru pasang tilam semua. Tak tau lah kalau ada yg duduk masa kete jalan. Tak melambong ke
DALAM KAPAL TERBANG PUN DITAMBATNYA KITA
@Abe Yie naik kapal terbang kalo tertidor kalo time crew dia meronda nampak kita tertidor ditambatnya kita dgn seat belt tu dia takut kita jatuh… ni pengalaman aku laaa…
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Keselamatan diutamakan(berbanding keselesaan)
The post “Patah, Cacat Kekal, Itu Kalau Hidup.” Viral Gambar Kenderaan Balik Raya, Anak Berisiko Tercampak Keluar appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/patah-cacat-kekal-itu-kalau-hidup-viral-gambar-kenderaan-balik-raya-anak-berisiko-tercampak-keluar/