Stim Dan Tepuk Percussion Legakan Selesema Batuk Anak Hingus Pekat Boleh Keluar


Bab batuk, selesema bukan orang dewasa je yang tak tahan tapi bayi dan kanak-kanak lagi la terasa peritnya. Lagi susah hati bila anak sepanjang masa merengek. Masa tidur pun tak boleh nak tidur lena.
Kalau anak dah usia dua tahun ke atas bolehlah nak bagi ubat tapi yang umur dua tahun ke bawah mana boleh bagi sembarangan ubat. Lagi berbahaya. Ok tak perlu nak risau. Cuba teknik stim dan tepukan percussian yang dikongsikan oleh Puan Siti Nurain Mohd Amin pada anaknya sendiri berusia 7 bulan.
Anak bongsu saya, Ameer Zuhayr selsema dan batuk berkahak. Minggu lepas, beliau demam. Pakej nak masuk 7 bulan dan tumbuh 2 batang gigi baru; menjadikan jumlah “senjata” dia cukup 4 batang.

Memang padu dan perit. Ibu menyusu mungkin faham. Haha
Tak tahan melihat dia susah nak bernafas dan batuknya berbunyi, saya ambil pendekatan untuk buat stim dan tepuk percussion.
Kaedah ini saya belajar daripada Dr Nadir Khan dari Klinik Wangsa dan juga bahagian fisioterapi KPJ Ampang Puteri sebelum ini.
Tujuannya untuk melonggarkan kahak pada paru-paru dan mengeluarkan mukus (hingus), jika ada.
Kanak-kanak bawah 2 tahun, mana ada ubat khas untuk batuk selsema, kan. Jadi doktor saran guna kaedah ini.
Diingatkan, ini hanya kaedah alternatif menggunakan natural remedi. Mohon rujuk doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya ya.
Bahan yang diperlukan ialah,
1. Periuk nasi
2. 1 labu bawang putih (8-10 ulas)
3. Air 
4. Lemon (tiada di rumah, saya tak guna bagi sesi ini)
5. Hati yang kering. Kahkah
Bawang putih amat bagus kerana ianya natural anti-virus dan antibiotik.
Kaedah penyediaan air stim.
1. Tuang air dalam periuk nasi.
2. Tumbuk bawang putih secara kasar. Tak perlu lumat. Saya tumbuk sekali dengan kulitnya. Dasar malas. Haha
3. Masukkan ke dalam periuk. Tekan butang Cook/ON.
4. Tutup periuknya dan tunggu sehingga air mendidih.

Kaedah stim dan tepuk percussion.
1. Tutup suis periuk. Letakkan di lantai.
2. Letakkan kerusi bersebelahan periuk. Untuk kita duduk.
3. Tiarapkan anak di atas riba. Boleh bedung anak terlebih dahulu, jika risau dia kuat meronta. Saya hanya peluk Ameer dan tundukkan kepalanya ke arah periuk.
4. Buka penutup dan halakan kepala anak pada stim. Pastikan jaraknya tidak terlalu dekat. Stim amat panas dan boleh mencederakan anak. Sudahlah selsema dan batuk, tambah melecur pula nanti. Naya. Haha
5. Tepuk secara ‘cupping’ pada bahagian belakang dadanya. Caranya seperti di atas.
5 minit di sebelah kanan. Rehat. Jika ada hingus yang meleleh, bolehlah lap waktu ini.
Kemudian, teruskan 5 minit lagi di bahagian kiri.
Pusingkan anak menghadap kita dan tepuk pada bahagian dada kiri dan kanan, sama seperti langkah 4. 7. Anak bakal melalak, kau steady sahaja. Itu pentingnya ada bekalan hati kering. Haha    Doktor kata, lagi dia menangis lagi bagus. Paru-paru dia akan terbuka. Stim banyak masuk, maka cairlah kahak itu semua. Gitu.
8. Selalunya saya buat 15-20 minit. Ikutlah keadaan. Saya akan pastikan sehingga hingusnya berwarna jernih.
9. Selesai, angkat balik periuk tadi ke tempat asal. Pantang anak-anak saya tengok benda pelik atas lantai. Ada saja yang gatal tangan nak sentuh.
Saya rasa macam menang anugerah bila tengok hingusnya yang berwarna hijau pekat berjuraian keluar dari hidung. Puas hati weh.
Kahak/hingus ini mungkin keluar dari hidung dan mulut. Kalau takde, kool sahaja. Dia keluar kat bawah. Hat dalam pampers. Hehe
Doktor saran untuk ulang 1-2 kali sehari. Siaplah, kita repeat petang ini ya Ameer. Sambil buat stim, Ummi pun buat facial sauna. Haha
Lepas stim dan percussion tadi, saya mandikan dia. Tak sampai 10 minit lepas menyusu, terus tidur.
Sumber: Siti Nurain Mohd Amin
The post Stim Dan Tepuk Percussion Legakan Selesema, Batuk Anak. Hingus Pekat Boleh Keluar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/stim-dan-tepuk-percussion-legakan-selesema-batuk-anak-hingus-pekat-boleh-keluar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tepuk Belakang Tunggu Anak Sendawa Tak Perlulah Sampai Keluar Bunyi Sekejap Dah Ok

Tepuk Belakang Tunggu Anak Sendawa Tak Perlulah Sampai Keluar Bunyi Sekejap Dah Ok

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 315 hits
Persiapan fizikal dan mental penting buat ibu bapa yang baru pertama kali bergelar ibu bapa atau yang dah ada anak tapi masih belum mengetahui lagi beberapa info penting Jangan ingat bab penjagaan bayi ini mudah seperti memandikan dan menid...
Pergilah Daddy Halalkan Semuanya Nukilan Bapa Anak 2 Bulan Pergi Dulu Lepas Batuk Selesema

Pergilah Daddy Halalkan Semuanya Nukilan Bapa Anak 2 Bulan Pergi Dulu Lepas Batuk Selesema

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 440 hits
Belum puas kasih sayang dicurahkan anak kesayangan akhirnya pergi dulu ke syurga pada usia 2 bulan Catatan bapa ini memilukan siapa sahaja membacanya Masih terbayang bayangkan senyuman dan keletahnya Namun dalam keterpaksaan bapa ini terpak...
Akhirnya Kami Bawa Ayra Ke Tempat Awam Selepas Dapat 9 Bulan Vaksin Ummi Baru Berani Bawa Anak Keluar

Akhirnya Kami Bawa Ayra Ke Tempat Awam Selepas Dapat 9 Bulan Vaksin Ummi Baru Berani Bawa Anak Keluar

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 397 hits
Pelakon Ummi Nazeera melalui instagramnya memaklumkan bahawa dia dan suami Dr Izzar akhirnya membawa anak sulungnya Ayra 9 bulan keluar ke tempat awam setelah mengambil vaksin yang dijadualkan kepada anaknya Baca Selanjutnya Finally we brin...
Bila Anak Dah Boleh Jalan Jangan Cepat Sangat Pakaikan Kasut Biarkan Anak Berkaki Ayam 30 Minit Sehari

Bila Anak Dah Boleh Jalan Jangan Cepat Sangat Pakaikan Kasut Biarkan Anak Berkaki Ayam 30 Minit Sehari

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 449 hits
Teruja sangat bila tengok si kecil mula melangkah Mama lah orang paling bahagia dah terbayang macam macam jenis kasut yang akan dibeli Tapi sebenarnya bila anak mula berjalan jangan cepat sangat pakaikan mereka kasut Kenapa Baca perkongsian...
Elak Guna Sudu Untuk Beri Ubat Pada Anak Boleh Beri Jangka Masa Panjang Pada Kanak Kanak

Elak Guna Sudu Untuk Beri Ubat Pada Anak Boleh Beri Jangka Masa Panjang Pada Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 445 hits
Menurut kajian terkini penggunaan sudu yang tidak tepat saiz untuk mengukur ubat cecair akan menyebabkan kesukaran menentukan dos Ini kerana amaun ubat cecair yang dituang ke dalam sudu akan bergantung kepada saiz sudu tersebut lalu mengaki...
Ubat Selsema Boleh Membunuh Anak Anda

Ubat Selsema Boleh Membunuh Anak Anda

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 1134 hits
Ubat Selsema Boleh Membunuh Anak Anda Awas Selsema merupakan keadaan yang selalu dialami oleh kanak kanak Ini kerana pada ketika itu kanak kanak masih lagi belum terdedah dengan kuman di luar sana Apabila dia demam batuk dan selsema bermaks...
Pekat Noh Sebutan English Dia Netizen Kagum Dengan Kepetahan Anak Jozlynn

Pekat Noh Sebutan English Dia Netizen Kagum Dengan Kepetahan Anak Jozlynn

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 290 hits
Pelakon Ozlynn berkongsi sebuah video dimana anaknya Chantiq sedang petah bercerita menggunakan bahasa Inggeris di instagram yang dikongsi bersama suaminya Johan Raja Lawak Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 54k hanya dalam tempoh ma...
Gara Gara Tak Cukup Tidur Anak Tantrum Sepanjang Hari Kalau Nak Keluar Pastikan Anak Cukup Tidur

Gara Gara Tak Cukup Tidur Anak Tantrum Sepanjang Hari Kalau Nak Keluar Pastikan Anak Cukup Tidur

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 425 hits
Blogger dan Instafamous Yuyu Zulaikha mengakui anaknya mula tantrum hanya kerana tidak cukup tidur Sebelum ini anaknya jarang tantrum walaupun dibawa kemana sahaja Perkongsian tersebut dibuat melalui akaun instagramnya Dia turut bertanya pe...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Selepas Penceraian Dengan Minhwan Yulhee Bakal Saman Individu Tinggal Komen Buruk

Video Ketua Penasihat Sg4 Patut Rasmi Majlis 39 Tahun Peringati Memali

Hassan Makin Melampau Disiasat Dakwaan Menghina Yang Di Pertuan Agong

Beg Sekolah Anak Kena Gunting Ibu Pesan Tanya Kelakuan Anak Dekat Sekolah Masa Perjumpaan Ibubapa

Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024