Bayangkan setiap kali nak bagi anak makan ubat, saya kena ‘kunci’ tangan & kaki anak gunakan kaki saya (baringkan anak & tinggikan kepala atas sebelah peha & silangkan kaki sebelah lagi supaya tangan & kaki anak tak boleh meronta). Sebijik macam gaya orang wrestling tu haa.. Hahah 
Kononnya lepas makan ubat, nanti dapat reward – boleh tolong basuhkan set syringe & cawan dia kat sinki dapur (rewardlah sangat
) Dak Fydh ni seronoklah sebab dapat main air kat sinki. Umminyer memang pejam sebelah mata jela tengok dapur & baju anak basah kuyup main air
Takpelah, janji anak makan ubat

Kalau nak ajar anak picit syringe sendiri, pegang pemicit syringe macam ni (kedudukan tangan kanan). Tujuannya supaya korang boleh kawal kuantiti ubat yang anak picit. Sebab selalunya anak akan picit ubat dengan banyak & laju bila picit sendiri ni..
Jika gunakan syringe (picagari), pastikan picit ubat pada bahagian dalam pipi
Ni bertujuan supaya ubat tak terus sampai ke tekak – salah satu punca anak tersedak & termuntah.
Kalau anak jenis yang suka ludahkan balik ubat, memang kena buat macam ni. Sebab bila terus picit banyak², membazir je kalau anak tak sempat telan/ludahkan balik ubat. Tahan sikit dagunya kalau anak cuba ludahkan.
Ni cara saya buat reminder ubat masa Fydh 2 tahun dulu.. Tampal kat fridge supaya senang tengok. Masa ni saya selangkan ubat batuk dan antibiotik sebab bila makan ubat antibiotik (bau kuat) anak nak termuntah. Jarakkan masa ubat untuk elak anak muntah & terpaksa repeat semua.
Tekan & urut pada bahagian ulu hati elakkan muntah
Dulu saya selalu tengok mak saya tekan & urut menghala ke bawah pada ulu hati setiap kali lepas bagi adik² makan ubat. Masa tu tak tahu apa fungsinya. Sekarang ni baru tau, rupa²nya point pada ulu hati tu adalah point refleksologi (diafragma)
Bila berlaku kontraksi pada diafragma ni, akan memudahkan perut keluarkan segala isinya/muntah. Tekan beberapa saat & urut ke bawah untuk elak muntah & juga masalah pernafasan.
Kalau anak anda pemuntah tegar cam dak Fydh ni dulu..
Lepas bagi makan ubat, wajib hilangkan fokus/ganggu konsentrasi anak & bercerita tentang perkara lain (cerita je apape tentang watak kartun fav ke, dll) supaya anak leka & berhenti menangis. Sebab lebih lama anak menangis & fokus pada rasa mual dia, lagi mudahlah anak akan muntah. Masa tu, kalau saya tak berjaya ganggu konsentrasi/terlambat memang konfirm muntah ler.. 
Ok, tip ni hanya valid bagi anak yang jenis suka muntahkan ubat. Saya lebih suka berikan anak ubat dimulai dengan ubat yang paling anak tak suka dulu. Sebabnya, ubat yang paling anak tak suka ni lah selalunya jadi punca anak muntah.. Sebabkan 1 je ubat yang anak paling tak suka & muntah, dah terpaksa ulang balik bagi semua ubat (jika muntah kurang 20 min lepas makan ubat).. Kalau anak terus muntah lepas makan ubat yang paling tak sedap, sekurang²nya mak² hanya perlu ulang 1 ubat je.. 
Ni selang waktu makan ubat sebagai rujukan.
Selangkan Masa Pemberian Ubat
Kalau mak² tetap risau gak anak akan muntahkan semula ubat cecair, boleh juga jarakkan sikit masa pemberian ubat seterusnya (sekurang²nya 20 minit) supaya tak perlu repeat ubat yang dah diberi sebelumnya.. Jika anak muntah selepas makan ubat yang ke-2, hanya ubat kedua je yang perlu diulang. Tapi kalau buat cara ni, pastikan BUAT REMINDER ubat yang dah beri & belum. Jangan lupa sudah ler! 
Kalau dah anak takut makan ubat, macam² taktik la mak² terpaksa guna kan..? Hehee.. Lepas berikan ubat tu pastikan anak minum air/sediakan kudapan ringan untuk hilangkan sisa² rasa ubat dalam mulut. Ala, korang mengandung dulu pun, bila rasa loya² pun dok carik kudap² gak pun kan nak hilangkan rasa loya tu.. Bagi can la kat anak tu.. 

|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |